in , ,

Pelakon Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Azwan Annuar Meninggal Dunia

Dunia hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar, 38 tahun dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi di rumahnya di Kepong 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.

Menurut Pengurus Produksi Enjit Semut Sdn Bhd (syarikat pengarah, Mamat Khalid), Norhashimi Samsudin, beliau telah menghubungi telefom bimbit Allahyarham sebaik menerima berita itu kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

“Yang menjawab panggilan adik Allahyarham dan beliau mengesahkan berita sedih itu. Saya sempat bekerjasama dengan Allahyarham untuk filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan dan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya.”

Sementara itu, kakak Allahyarham ketika dihubungi berkata, adiknya mula mengadu sakit belakang sejak tiga minggu lalu selepas pulang dari Johor Bahru.

Menurut kakak tirinya pula, Norzaleha Saleh, arwah yang membawa watak Wan Kaswi dalam filem itu mengadu sakit sejak tiga minggu lalu.

“Sebelum ini arwah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Dia ada mengadu sakit belakang dan pergi berurut. 

Malangnya, arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah dinasihati oleh keluarga. Dia juga berpesan supaya merahsiakan masalah kesihatannya.”

– Norzaleha Saleh
Azwan Annuar Meninggal Dunia

Menurut Azzah Annuar, Allahyarham mengalami sakit yang berdenyut sehingga ke perut.

“Ketika mengalami sakit itu, Allahyarham ada mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam,”

– Azzah

Jenazah Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kepong selepas solat Asar.

Selain berlakon, arwah juga penulis skrip dan pegawai perhubungan awam serta cukup terkenal dalam kalangan media dan artis. Menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham sinonim dengan tagline “sabo aje lah”.

Al-Fatihah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kakak Ratu Rock Malaysia Jojie Bakal Menikah Jun 2015

Filem POLIS EVO Lakonan Shaheizy Sam & Zizan Razak