in ,

Azwan Annuar Dalam Kenangan

Pada hari ini, genap 3 tahun pemergian Allahyarham Azwan Annuar. Arwah merupakan seorang wartawan, blogger dan pelakon yang cukup dikenali dalam industri seni dan hiburan tanah air. Dikenali menerusi watak ‘Wan Kaswi’ dalam filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, filem ke-11 arahan Mamat Khalid itu telah melonjakkan nama Azwan Annuar dalam dunia seni lakonan tempatan walaupun diberikan hanya watak kecil.

Azwan Annuar Dalam Kenangan. Al-Fatihah

Kemudian, beliau membintangi beberapa filem lain termasuk ‘Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, Apokalips X dan juga beberapa buah drama tempatan. Allahyarham juga merupakan seorang penulis skrip beberapa buah drama dan filem tempatan antaranya, ‘Filem Gerimis Mengundang (2012)’ arahan pengarah terkenal, Ahmad Idham. Drama bersiri berjudul ‘AKU’ (disiarkan di TV3 menerusi Slot Aksi tahun 2013) tulisan Amy Ikram dengan idea dan konsep oleh Arwah Azwan Annuar antara drama popular sentuhan bersamanya dalam industri seni ketika itu.

Filem ‘Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (2016)’ arahan @pekin7words Pekin Ibrahim antara filem kerjasama Arwah Azwan Annuar bersama Pekin. Namun arwah tidak sempat menyiapkan draf terakhir filem tersebut tetapi Pekin mengabadikan kenangan terindah bersama arwah menerusi filem tersebut. Sebelum Filem Mat Moto, arwah juga merupakan penerbit bersama filem ‘Ophilia’ (2014) arahan @rajamukhriz yang memenangi Pengarah Harapan dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27, 2015).

Sebelum bergelar pelakon, Arwah Azwan Annuar merupakan seorang blogger terkenal menerusi kolum ‘Sensasi Selebriti’ kelolaan Budiey.Com. @budiey. Arwah telah meninggal dunia pada 18 April 2015, pada jam 10.15 pagi. Moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan di sayangiNya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lost in Space di Netflix

Jelajah GEGAR Pagi ke Pantai Timur