in ,

Aznil Nawawi Riuhkan Pos Malaysia

AZNIL RIUHKAN POS MALAYSIA DENGAN POSTME.COM.MY CHARITY DRIVE

Pos Malaysia melalui PostMe.com.my akan bekerjasama dalam satu program bersama Era.fm, ‘Aznil Riuhkan Pos Malaysia’ yang bakal diadakan di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur. Ia merupakan destinasi keenam Aznil dalam program ‘PostMe.com.my Charity Drive’.

PostMe.com.my merupakan sebuah portal membeli-belah secara online yang diinovasikan oleh Pos Malaysia Berhad. Program tersebut merupakan satu inisiatif oleh PostMe.com.my dalam memberi kesedaran terhadap usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk berderma secara lebih inovatif, iaitu melalui portal membeli belah online. Ia adalah sebagai sebahagian daripada program amal melalui Post.Me.com.my dan pelbagai aktiviti menarik tersedia untuk para pengunjung Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, dan juga para peminat Aznil.

Satu sidang media tentang program terbaru yang melibatkan Aznil Hj Nawawi ini akan diadakan pada 21 Februari 2011 ini di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad.

Aznil

Gambar Aznil Hj Nawawi yang juga sedang buat persediaan rapi untuk menjayakan Konsert Hore Hore

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Rozmey Bakal Lancar dRPlanet TV

Maybank Malaysian Open 2011