Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Azmil, Aina & Sarah Berjaya Ke Final MENTOR LEGEND

Mentor Legend telah selesai pusingan separuh akhir kedua pada hari Ahad lalu.Tiga Finalis Mentor Legend yang berjaya meraih undian dan markah tertinggi juga telah diumumkan. Mereka adalah protégé Dayang Nurfaizah, Azmil, protégé Ella, Aina, dan protégé Amy Search, Sarah. Sarah juga merupakan juara mingguan yang berjaya membawa pulan sebuah set televisyen 58 inci, Angel QEOS. Mereka akan berentap di konsert final pada hari Ahad ini. Haa, bertembung pulak dengan event Anugerah Meletop Era la kan? Korang rasa siapa yang akan jadi juara? Budiey rasa Sarah yang akan jadi juara. Tak per kita tengok la nanti ya.

Konsert Separuh Akhir Mentor Legend malam tadi sekali lagi menampilkan Datuk Ramli MS selaku juri jemputan disamping juri tetap, Azmeer dan Adlin Aman Ramli. Turut menjadi panel juri selaku juri awam adalah Siti Elizad, Aepul Drama Band, Leez Rosli, Maria Tunku Sabri, Mohd Mentor 4, Keena Mentor 3 dan ramai lagi.

Menurut Adlin Aman Ramli, selaku juri tetap Konsert Separuh Akhir Mentor Legend Kedua:

“Minggu ini saya betul-betul dapat rasakan persaingan hebat antara protégé-protégé. Baru kini saya dapat lihat persembahan mereka penuh dengan warna, originaliti, stail, perwatakkan, dan banyak lagi sudut yang saya cari, terserlah dari mereka. Tidak dinafikan juga bahawa bakat yang Mentor Legend akan lahirkan ini adalah bakat-bakat yang dapat menjanjikan perubahan untuk industri muzik tanah air. Ini kerana semangat yang terpateri dalam jiwa mereka sudah seakan-akan superstar yang profesional.”

Di ambang Konsert Akhir Mentor Legend 22 Febuari 2015, Ahad ini, para finalis Mentor Legend sudah pun memulakan latihan mereka serta merta. Pastinya hadiah wang tunai sebanyak RM300, 000 dan dua buah Proton Iriz menjadi rebutan disamping Trofi Juara Mentor Legend.

Berikut adalah senarai lagu yang telah dipersembahkan oleh keenam-enam protégé Mentor Legend serta markah pemberian juri awam:

PROTEGE LAGU JURI AWAM(20%)
FAHMIE I Believe I can Fly & Lelaki Ini (Medley) 16
AINA Stay, If I Were A Boy & Cinta (Medley) 19
AZMIL Sedang Apa Dan Di Mana & Inikah Cinta 16
NADEERA Fatwa Pujangga & Wrecking Ball (Medley) 19
TUAH Nuri, Permata Pemotong Permata & Kemelut Di Muara Kasih (Medley) 18
SARAH Single Ladies, Love On Top, & Tunggu Sekejap (Medley) 19

Persembahan akhir para protégé pada malam itu diakhiri dengan sebuah lagu bonus. Di bawah bimbingan penasihat persembahan, Sazlan dan garapan tunjuk ajar penasihat vokal, Azmeer, tirai Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend malam tadi ditutup dengan persembahan lagu ‘Assalamualaikum’ nyanyian asal Faizal Tahir.

Mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti musim-musim yang sebelumnya iaitu 30% dari undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS), 50% dari Juri Tetap, dan 20% dari Juri Awam. Para pencinta Mentor Legend boleh mengundi Protégé Mentor Legend dengan menaip MENTOR untuk satu undian atau MENTOR5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50. Contohnya MENTOR AZMIL dan hantar ke 33399.

Program Mentor Legend yang mengandungi 13 episod ini diterajui oleh penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa dan dibantu oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit. Kali ini, Mentor Legend menampilkan Awal Ashaari sebagai pengacara program, Shiha Mentor sebagai pengacara Jurnal Mentor Legend. Selain itu, Michelle Wee akan bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas menggantikan Zuan Bikin Panas. Musim ini turut mempersembahkan Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik, Azmeer sebagai Penasihat Vokal, dan Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan.

Saksikan Konsert Akhir Mentor Legend yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad ini, 22 Febuari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Penonton juga boleh saksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor Legend, juga pada hari Ahad selama 30 minit bermula jam 6.00 petang. Untuk menonton siaran ulangan setiap program Mentor Legend, boleh didapati melalui portal video Tonton (www.tonton.com.my).

Program ini juga mendapat sokongan Hot FM selaku radio rasmi, dan peminat setia Mentor Legend boleh mendapatkan informasi Mentor Legend melalui frekuensi radio 97.6 di sekitar Lembah Klang.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version