Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Azizah Ariffin Selamat Lahir Anak Lelaki

Azizah Ariffin Selamat Lahir Anak Lelaki. Pengacara Wanita Hari Ini, Azizah Ariffin telah selamat melahirkan bayi lelaki, Isnin lalu di Pusat Perubatan Tropicana Damansara, jam 10 pagi pada 27 Ogos 2012 yang lalu. Pasti ramai yang nak tengok gambar bayi lelaki Azizah Ariffin, kan?

Bayi yang diberi nama Muhammad Jibrael Mohd Khaifairil itu dilahirkan seberat 3.33 kilogram dalam keadaan sihat walafiat. Menurut teman SS yang rapat dengan Azizah, ini adalah bayi lelaki keempat berikutan sebelum ini dia sudah mempunyai tiga anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Lima tahun menanti pastinya ini adalah kelahiran yang dinanti-nanti Azizah dan suami, lebih istimewa lagi kelahiran berlaku dalam bulan Syawal yang mulia ini.

Walaupun sebelum ini Azizah sudah mempunyai anak lelaki, kehadiran bayi ini pastinya lebih menceriakan mereka yang turut sama merindui suara tangisan kanak-kanak di rumah.

Kata teman SS lagi, selepas mengetahui dirinya hamil awal tahun ini, Azizah sentiasa berjaga-jaga dan membataskan jadual hariannya berikutan bimbang masalah timbul disebabkan faktor usianya.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version