in , ,

Azhar Sulaiman Akui Besarkan Anak Ikut Cara Moden, Mahu Dekatkan Diri Dengan Islam

Mengakui dirinya telah membesarkan anak-anaknya dengan cara moden sehingga aksi dan penampilan cahaya matanya, Kasih Iris Leona acap kali menimbulkan rasa kurang senang netizen, pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dirinya kini masih cuba untuk membimbing keluarganya semula.

Katanya, beliau juga akan memperbetulkan segala kesilapan dan akan kembali mendekatkan diri dengan Islam.

“Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ‘urban’ sejak dari awal lagi. Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesilapan saya sendiri.

Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kecam.

Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.”

– Azhar Sulaiman
Azhar Sulaiman Akui Besarkan Anak Ikut Cara Moden, Mahu Dekatkan Diri Dengan Islam

Dalam pada itu, Azhar juga mengakui bahawa perempuannya Leona masih belum matang kerana sering melakukan perkara yang diluar jangkaan seperti merakam dirinya di aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya malah sering bertindak mempamerkan segala aksi yang dilakukannya di media sosial.

“Saya rasa dia masih muda dan kadang-kadang belum matang untuk mengawal situasi yang dihadapinya.

Sepatutnya dia tidak perlu menjawab atau balas kembali teguran dari netizen itu.”

– Azhar Sulaiman

Sekadar informasi, meskipun diasak dengan pelbagai kecaman, namun Leona pada Mac lalu turut hangat diperkatakan apabila beliau dan kembarnya Andika Rees Pahamin berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019.

Untuk rekod, Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dikurniakan tiga cahaya mata iaitu sepasang kembar Leona dan Andika Rees Pahamin serta Kasih Leia Ixora yang kini berusia 21 tahun.

Azhar Sulaiman Akui Besarkan Anak Ikut Cara Moden, Mahu Dekatkan Diri Dengan Islam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Puteri Gunung Ledang Bakal Ditayangkan di Netflix

“Kami Tiada Masalah Langsung,” – Nabil Ahmad & Azwan Ali Tidak Bergaduh