in , ,

Ayda Jebat Dipilih Nyanyi Lagu Tema Filem MOANA

Budiey pada hari ini, berada di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre Singapura untuk mengikuti Sidang Media Filem MOANA. Terima kasih banyak Budiey nak ucapkan kepada Disney Malaysia. Korang boleh follow IG: @disneymalaysia.

Sebelum sesi soal jawab bersama media, kami bersama media dan blogger seluruh negara Asia Tenggara telah dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi yang membawa lagu tema filem MOANA dalam bahasa negara masing-masing. Semua

Untuk negara kita, Malaysia… penyanyi Ayda Jebat telah dipilih untuk membawa lagu tema berjudul HOW FAR I’LL GO dalam bahasa Malaysia. Tahniah diucapkan. Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Alessia Cara. Sebuah lagu yang cukup dinamik dan boleh menandingi fenomena lagu LET IT GO.

Ayda Jebat

Turut menyanyikan lagu tema itu ialah
1. Janelia Salvador, 18 tahun, wakil dari Filipina.
2. Maudy Ayunda, 21 tahun, wakil dari Indonesia.
3. Ayda Jebat, 24 tahun, wakil dari Malaysia
4. Myra Maneepat Moiloy, berusia 19 tahun dari Thailand.
5. Minh Nhu, berusia 17 tahun dari Vietnam.

Lagu ini juga boleh didengar versi asal di Spotify. Budiey dah dengar berkali-kali lagu ini semalam dan ternyata ia sangat best untuk dilayan.

Filem MOANA akan berada di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Disember 2016.

Ayda Jebat

Ayda Jebat

Ayda Jebat

Ayda Jebat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Komen Pedas Tok Ram, Elly Mazlein Tarik Diri dari GEGAR VAGANZA

Ayai Ilusi Dedah Syamel Ciplak Lagu HIDUP DALAM MATI