in

AXN Beyond HD, National Geographic Wild & Saluran Baru Astro

Lebih saluran baru di Astro
AXN Beyond HD, National Geographic Wild dan Dua Saluran Radio dilancarkan

Para pelanggan Astro kini boleh menikmati pelbagai pilihan dengan pelancaran dua buah saluran baru; AXN Beyond HD dan National Geographic Wild (Nat Geo WILD) serta dua saluran baru Malaysia Timur; Radio Bayu dan Radio Kenyalang.

NGW-BarrVsBear-Premieres 19 Sep,9pm

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Sejajar dengan usaha kami untuk terus menjadi pilihan No. 1 para pengguna, Astro terus menyasar untuk menguatkan tawaran pengisian kandungannya dengan menawarkan beberapa saluran baru seperti AXN Beyond HD (Saluran Astro 720), Nat Geo WILD (Saluran Astro 550) , Radio Bayu (Saluran Astro 869) dan Radio Kenyalang (Saluran Astro 870) bermula pada Isnin depan, 30 Ogos.

Saluran-saluran ini kecuali AXN Beyond HD akan mula dipertontonkan kepada semua pelanggan Astro di bawah Pakej Keluarga. Selain itu, AXN Beyond HD juga akan turut dipertontonkan kepada semua pelanggan Astro B.yond sebagai saluran prebiu.

Dalam mengotakan janji kami untuk mengukuhkan kedudukan Astro di bahagian timur Malaysia, kami akan melancarkan dua buah saluran radio; Radio Bayu dan Radio Kenyalang menerusi platform Astro yang bertujuan untuk memenuhi tuntutan pelbagai segmen budaya di kawasan ini. Astro berhasrat untuk menyediakan landasan bagi menyiarkan seleksi muzik-muzik tempatan dan tradisional bagi semua penduduk Malaysia dan pada masa yang sama, turut memberi peluang kepada para penyampai radio tempatan untuk tampil dan menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik.”

Pelanggan Astro B.yond akan mempunyai sebuah saluran HD yang baru iaitu AXN Beyond HD (Saluran Astro 720), yang akan menyiarkan pelbagai rancangan hiburan yang terkini. Daripada hiburan ke fesyen ke fantasi, komedi ke suspen, romantik ke sains fiksyen dan drama termasuklah program-program utama seperti LOST, Drop Dead Diva, Melrose Place, The Prisoner, The Rachel Zoe Project dan sebagainya.

AXN Beyond HD Logo

Selain itu, sebuah saluran pembelajaran baru – Nat Geo Wild akan mula dipertontonkan kepada semua pelanggan Astro menerusi saluran 550. Selaras dengan komitmen Astro untuk memantapkan lagi pembekalan pengisian kandungan tempatan, Nat Geo WILD telah bersedia untuk membawakan keseronokkan menonton kepada rakyat Malaysia dan berpeluang menyaksikan menyelami kehidupan haiwan-haiwan liar – semuanya di dalam Bahasa Malaysia.

Saluran ini menyasarkan untuk menbawa penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur menyusuri perjalanan yang sukar untuk dilupakan menerusi sinematografi yang sangat menakjubkan dan jalan penceritaan yang sungguh menarik. Ini adalah termasuk siri terbaru Dangerous Encounters, siri Big Cats dan sebagainya.

Pastikan anda menonton keempat-empat saluran baru Astro bermula Isnin depan pada 30 Ogos untuk lebih rancangan pilihan.

Tentang Astro
Astro ialah penyiar multimedia pertama di Malaysia dan penerbit bagi rancangan kandungan berbahasa Melayu, Cina, India dan Inggeris. Ia mempunyai dan mengeluarkan hanya terus-ke-rumah satelit televisyen dangan akses kepada beberapa 14 juta penonton pada lebih 2.93 juta rumah, iaitu 49% bagi televisyen rumah di Malaysia, menjadikan ia salah satu daripada saluran berbayar yang terbesar di Asia Tenggara. Saat ini, ia menawarkan 128 saluran televisyen, termasuk 33 saluran penjenamaan Astro bagi asli dan keseluruhan kadungan bagi pelbagai genre dalam pelbagai bahasa. Astro juga yang pertama untuk memperkenalkan penyiaran Berdefinasi Tinggi (HD) di Malaysia melalui Astro B.yond, menjadikan ia sebuah innovasi yang pertama. Pada hari ini, Astro mempunyai 9 saluran HD, termasuk National Geographic HD, History HD, HBO HD, ESPN HD, Astro Super Sports HD, Astro Zhi Zun HD, FX HD, AXN HD dan AXN Beyond HD.

Radio_Bayu3

Radio_Kenyalang3

AXNBeyondHD-SuperNatural - Premieres 31 Aug, 9pm

AXNBeyondHD-SuperNatural – Premieres 31 Aug, 9pm

AXNBeyondHD-Melrose Place-Premieres 31 Aug,10pm

AXNBeyondHD-SuperNatural - Premieres 31 Aug, 9pm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani, Razali Hussin dalam Telemovie Azan

Kedutaan Malaysia di Indonesia Dibaling Najis