in , , ,

Lagu CORETAN PILU Nyanyian Awie Dipilih Jadi Lagu Tema Drama AYAHANDA

DRAMA Ayahanda’, drama bersiri istimewa inspirasi daripada novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N bakal bersua dengan penonton TV3 bermula 10 Julai 2021. Drama bersiri 13 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam.

Lagenda muzik Rock Malaysia, Dato’ Awie atau lebih dikenali sebagai Awie, tampil dengan single terbaharunya berjudul Coretan Pilu pada minggu ini. Tentunya ramai yang menanti untuk mendengar suara rock penyanyi utama kumpulan Wings ini. Gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar.

Lagu Coretan Pilu ini mengisahkan tentang seorang ayah yang rindukan belaian kasih sayang anak-anaknya. Lirik dan lagu yang meruntun jiwa ini telah menjadi soundtrack untuk drama Ayahanda arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar. Bait-bait lirik yang diilhamkan oleh dua karyawan muda ini dilihat dapat mencengkam perasaan penonton apatah lagi apabila melihat lakonan hebat seperti Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud dan Fikry Ibrahim.

Coretan Pilu - Dato Awie

Drama bersiri Ayahanda ini merupakan adaptasi daripada novel karya penulis tersohor, Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N yang diterbitkan pada 1997. Drama ini sesuai untuk tontonan sesisi keluarga kerana menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak serta kesetiaannya kepada agama. Ayahanda bakal bersua penonton TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam bermula 10 Julai 2021 ini. 

Coretan Pilu edaran MonkeyBone ini telah dilancarkan di semua platform digital secara serentak mulai 9 Julai ini di Spotify, Apple Music, Itunes, KKBOX, Deezer, Joox dan Youtube Music. Audio Video Rasmi Coretan Pilu juga sudah boleh di tonton di laman Youtube MonkeyBone.

Lirik Coretan Pilu Nyanyian Awie.

AWIE – CORETAN PILU 

Lagu: Ikhwan Fatana / Wan Saleh

Lirik: Ikhwan Fatana / Fedtri Yahya

Copyright Owner: Monkey Bone Records 

Komposer/Lirik : Ikhwan Fatana, Wan Salleh, Fedtri Yahya

(Verse)

Tangan ini pernah menyentuh

Membelai wajahmu kasihku

Sedalamnya aku rasakan

Bahagia lalui dunia

(Pre Chorus)

Namun segala mula berubah

Diriku tak lagi kau hargai

Terdampar sunyi aku berserah

Diriku dihukum begini

(Chorus)

Mampukah aku menghamparkan

Hati untuk menerima semua

Dugaan yang telah menerpa

Menguji segala keringat

Ku yang bergelar ayah

(Bridge)

Andainya dicoretkan rasaku 

Beratnya rindu terhadapmu

Kembalikan kasih yang masih tersimpan

Lupakan saja dendam ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neon Band | 23

AKU BUDAK BOY Neon Band Bakal Saingi Kejayaan Lagu Aku BUDAK GIRL Suekhaizhar

Mukarakat | 24

MukaRakat Kembali dengan Sesuatu Yang Real Tanpa Gimik Menerusi UNDOGEZE