in , ,

Awal Umum Scha Hamil 4 Bulan, Lara Alana Mahu Adik Lelaki

Anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana mengumumkan ibunya sedang hamil sambil menunjuk alat pengesan kehamilan menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG), sebenar tadi.

Berita ini sekali gus mengesahkan spekulasi mendakwa pelakon drama 3 Dara Pingitan itu sedang hamil anak kedua.Lara memberitahu ibunya kini hamil dan bakal menjadi kakak dalam video itu. Lucunya, Lara turut memaklumkan akan mendapat adik lelaki. Ramai tergelak melihat keletah Lara seolah-olah mengetahui jantina adiknya.

Selepas enam tahun usia Lara Alana, pengacara Awal Ashaari mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Scha Alyahya kini hamil empat bulan.

Awal Ashaari Umrah

Awal atau nama sebenar Ahmad Awaluddin berkata, khabar gembira ini merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya yang bakal menyambut ulang tahun ke-39.

“Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna di hari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua,” tulisnya.

– Awal Ashaari

Awal berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya pada malam Khamis dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk keluarganya.

Pengacara Melodi ini berharap proses kehamilan Scha berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Kami menantikan kelahiran cahaya mata kedua kami, InsyaAllah ini bulan keempat usia kandungan.

“Doakan mummy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

“Syukur ya Allah di atas rezeki ini dan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

– Awal Ashaari

Awal turut berseloroh menyatakan isterinya dalam fasa membenci melihat telefon bimbit.

“Ada kala saya pun dia benci juga,”

– AWAL ASHAARI

Pada Januari lalu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) yang menyukarkannya untuk hamil.

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

Tahniah buat Scha dan Awal!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezad Lazim Gaya Hiasan | 23

Ibu Ezad Lazim Meninggal Dunia Rebah dalam Bilik Air

Siti Nurhaliza | 24

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang VULVAS