in

Australia Network 24 jam di Saluran Astro 521

Australia Network kini bersiaran selama 24 jam secara eksklusif menerusi saluran Astro 521

Astro sebagai peneraju dalam industri pengisian kandungan industri hiburan, informasi dan pendidikan amat komited dalam membekalkan pengisian tempatan dan luar negara yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Bermula dari 20 Disember 2008, Australia Network (AN) boleh ditonton secara eksklusif di Pakej Berita Astro  menerusi Saluran 521 secara berterusan selama 24 jam setiap hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan “Dengan adanya Australia Network (AN) menerusi saluran Astro, kami membawakan terus kepada anda berita dan hiburan yang penuh informasi kepada rakyat Malaysia setiap hari selama 24 jam tanpa henti. AN adalah merupakan sebahagian daripada Pakej Berita Astro yang menawarkan pelbagai program yang menampilkan berita dari dalam dan luar negara serta isu-isu semasa selain daripada saluran lain seperti CNN, BBC World, Al-Jazeera English, The Astro News Channel, CNBC Asia dan Bloomberg Television. Selain itu, penonton juga berpeluang untuk mengikuti laporan berita daripada program tempatan seperti yang ditawarkan oleh Pakej Keluarga Astro seperti Astro Awani, Bernama TV dan CCTV9.”

AN menawarkan barisan program yang unik yang akan melaporkan berita bebas serta isu semasa yang boleh dipercayai, dokumentari berkualiti bertaraf dunia, hiburan hebat dan sukan. Tidak ketinggalan juga program kanak-kanak yang popular serta program pembelajaran bahasa Inggeris turut akan disiarkan menerusi saluran ini.*

3141432512 0E4E22667D | 3

(Sila rujuk lampiran 1 untuk senarai terperinci mengenai program baru yang ditawarkan oleh Australia Network sepanjang Disember 2008 dan Januari 2009)

Astro dan Australian Network amat komited dalam usahanya untuk memastikan agar kandungan saluran ini bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia. Untuk menarik minat penonton, Australian Network juga turut memperkenalkan sari kata dalam Bahasa Malaysia menerusi kepelbagaian program yang mempunyai genre yang berbeza-beza. Selain daripada itu, AN juga akan meneroka peluang baru untuk memastikan pembangunan program kanak-kanak dan pembelajaran yang berkualiti tinggi sejajar dengan perlancaran Kampus Astro.

Untuk melanggan Pakej Berita Astro, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Astro di talian 1 300 82 3838. 

Lampiran 1: Program utama di Australia Network (Saluran Astro 521)

December 2008
Synopsis

Join Australia for Breakfast
Isnin hingga Jumaat, 3 pagi

Berdurasi selama 3 jam, ABC News Breakfast ialah sebuah program yang membuat liputan tentang berita kebangsaan, analisis, perdebatan, isu kewangan, sukan dan cuaca di Australia. Pasukan News Breakfast adalah terdiri daripada Virginia Trioli, Barrie Cassidy dan Joe O’Brien selaku hos bersama, Ben Worsley  selaku wartawan Canberra, penyampai sukan Paul Kennedy dan juga Vanessa O’Hanlon selaku penyampai laporan cuaca.

Painting Australia
Rabu, 6.30 petang
Khamis, 12 pagi dan 2 petang

Painting Australia ialah sebuah program yang akan membawa anda untuk melawat tentang seni di seluruh Australia. Saksikan penampilan tiga artis yang berlainan setiap minggu kerana mereka akan menunjukkan kehebatan untuk ‘melukis’ pemandangan lanskap yang istimewa di kawasan tempatan. Siri ini akan memaparkan tentang seni, sejarah, budaya, kesusasteraan, seni bina pembangunan, pengembaraan dan meneroka kawasan terpencil yang terpilih di Australia.

3140607021 81C78Dd926 | 4

The Lion Man
23 Disember, Selasa, 6 petang dan 8.30 malam

Dengan lebih 30 jenis kucing yang bertempat di Zion Wildlife Gardens, Craig Busch akan menyediakan sebuah habitat yang besar di savana yang mempunyai keluasan 7 ekar – membolehkan kucing-kucing tersebut berkeliaran dengan selamat. Siri Lion Man 3 akan membawa anda untuk mengikuti dengan lebih dekat pelbagai aksi hebat seperti; ketibaan harimau kumbang; lawatan istimewa oleh pasukan All Blacks; perjalanan Craig Busch ke South Africa untuk mendapatkan tiga ekor singa putih. Pastikan anda mengikuti Craig kerana beliau akan ke safari Lion Man yang bertempat di Tanzania.

January 2009

Great Australian Albums
22 Januari, Khamis, 7.30 malam & 11 malam

Siri dokumentari ini akan membawa anda di sebalik tabir penciptaan empat album karya agung. Nantikan juga sorotan yang memaparkan perjuangan peribadi artis-artis tersebut.

Wa$ted
1 Januari, Isnin, 6.30 petang
                                    
WA$TED! Ialah sebuah program yang membuktikan bahawa anda tidak perlu menjadi ekstrem untuk bergelar pencinta alam. Daripada ladang ulat dan kawasan tadahan air hujan hingga ke tenaga solar, program menarik penuh informasi ini akan menukar kebiasaan seluruh isi rumah yang selama ini tidak mementingkan alam sekitar kepada kawasan lindungan hijau tanpa perlu menelan belanja yang tinggi. Ini dilakukan dengan mengira penghasilan karbon seisi rumah ataupun jejak-eco menggunakan Kalkulator-Eco yang unik. Keseronokan bermula apabila keluarga-keluarga ini cuba mengurangkan ukuran tersebut dengan bantuan dan nasihat daripada pakar.

3141435278 92E1D6392F | 5

The Art of War            
20 Januari, Setiap Rabu, 6.30 petang

Dalam The Art of War, Betty Churcher menerusi perspeksifnya yang unik akan membawakan anda untuk mendalami tentang seni yang telah mendapat inspirasi atau didorong oleh  pembabitan dalam pelbagai konflik sepanjang abad yang lalu. Membawa anda ke dari Perang Dunia yang pertama hingga ke “war on terror”, program ini akan mendedahkan tentang penerimaan ke atas perang yang telah berubah secara dramatik dan bagaimana trauma kesan daripada peperangan telah mengubah seni itu sendiri. Program ini bersifat penerokaan dunia seni secara peribadi.

Australia Network (Saluran Astro 521) Program Utama

3140606309 Ec0526Aea3 | 6

News Hour bersama Jim Middleton
Isnin hingga Khamis jam 10 malam
News Hour bersama Jim Middleton akan memaparkan detik pelbagai peristiwa utama yang berlaku, sesi diskusi dan perbincangan bersama barisan panel yang terdiri daripada para pengulas dan pakar serta meninjau isu-isu tentang pandangan dan perspektif mengenai Australia dan Asia.

Business Today
Setiap hari jam 6.30 pagi, 7.30 pagi dan 8.30 pagi
Saksikan Business Today untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang perspektif berita perniagaan di Australia dan Asia.

3141432938 B445Edeaf3 | 7
 
Home & Away
Isnin hingga Jumaat jam 5.30 petang
Setiap Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Dibintangi oleh Jessica Tovey dan Bobby Morley, Home & Away memaparkan tentang kehidupan, kasih sayang, kebahagiaan dan keperitan yang dilalui oleh para penduduk di Summer Bay, iaitu sebuah pekan kecil di tepi pantai yang bertempat di New South Wales.

All Saints
Setiap Selasa jam  9 malam
Saksikan drama perubatan popular yang mengisarkan tentang pengalaman para pekerja di sebuah jabatan kecemasan iaitu Wad 17. Turut membintangi siri drama ini termasuklah Judith McGrath dan Tammy Macintosh.
 
Nexus
Isnin hingga Jumaat jam  11 pagi
Dihoskan oleh personaliti terkenal Tania Nugent, Nexus ialah sebuah program pendidikan unik yang berkisarkan tentang kehidupan dan budaya rakyat Australia. Program ini sesuai bagi sesiapa yang ingin memperbaiki bahasa Inggeris mereka.
 
English Bites
Isnin hingga Jumaat, 11.30 pagi dan 4 petang
Ketahui dengan lebih lanjut tentang alam persekitaran, sains, kesihatan dan isu sosial di samping mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mendalam. Program ini akan mengajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris menggunakan perbendaharaan kata dan pengucapan yang betul serta pembinaan struktur bahasa tersebut.
 
Great Outdoors
Setiap Sabtu jam 12.30 petang
Wartawan penyiaran Great Outdoors yang terdiri daripada Shelly Craft, Laura Csortan, Andrew Daddo, Ernie Dingo, Sophie Falkiner, Jennifer Hawkins, Diane Smith dan Tom Williams akan menjelajah ke seluruh dunia termasuk Australia untuk mengalami sendiri pengalaman percutian yang terbaik.

TravelOz
Setiap Ahad jam 5.30 petang
Siri TravelOz akan membawa penonton untuk merasai sendiri pengalaman dan penemuan menarik yang mendebarkan. Musim baru siri ini akan memaparkan destinasi pelancongan yang menarik di Australia, pemandangan hebat, pengalaman mendebarkan, budaya unik, hidupan liar serta pelbagai sambutan perayaan yang sensasi dan menakjubkan. Pasukan TravelOz mengembara menyusuri dari kawasan pantai hingga ke red centre, dari kawasan tempat bermain ski hingga ke kawasan yang penuh dengan bunga-bunga indah dan pelbagai lagi. Setiap minggu TravelOz akan menampilkan kepelbagaian daripada segi jalan cerita yang berkisarkan tentang hotel-hotel mewah, rumah-rumah bersejarah, kapal layer mewah yang selesa, harta karun,  perayaan-perayaan hebat yang meriah serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berada di kawasan-kawasan terpilih.

Totally Wild
Isnin hingga Jumaat, 10.30 pagi dan 4.30 petang
Program Totally Wild yang disasarkan untuk golongan yang agak berusia ini menawarkan siri hebat penuh informasi yang pastinya amat memuaskan serta menghiburkan. Siri ini turut menampilkan minat golongan muda masa kini yang secara tidak langsung masih membayangi masa lalu, pembabitan, pencapaian serta pandangan mereka.

Play School
Isnin hingga Jumaat, 9.30 pagi dan 3 petang
Khusus ditujukan buat kanak-kanak pra-sekolah, program Play School ini akan menggalakkan mereka untuk berasa kagum, berfikir, mengambil bahagian dan membayangkan sesuatu. Setiap minggu program ini mempunyai tema berlainan yang setiap satunya mengandungi pelbagai cerita, lagu dan idea permainan yang boleh menggalakkan mereka untuk mencipta dan melakukan sesuatu mengikut tema yang telah ditetapkan.

Bananas in Pyjamas
Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi
Mari berhibur bersama B1 dan B2, Rat-in-A-Hat yang nakal serta tiga ekor patung beruang iaitu Amy, Lulu dan Morgan.

3140605897 972Fa2988A | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Petanda ‘Sesuatu’ Di Sebalik Tragedi Pembawa Hantaran Ekin Jatuh Pengsan

Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998