in , ,

Atilia Akhirnya Nikah Dengan Adam Sofian Mazlan Dengan Sekali Lafaz

Penyanyi Atilia Haron yang baru sahaja bernikah dengan seorang jurutera bunyi, Adam Sofian Mazlan, 37, pada pagi Ahad merancang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Atilia, 40, berkata, dia enggan menangguhkan perkara itu seperti segelintir pasangan pengantin baru memandangkan usianya dan suami sudah meningkat.

“Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat memahami saya. Sekarang ini, fokus kami adalah mahu segera menimang anak. Maklumlah, usia kami pun bukannya muda lagi.”

atilia haron 1

Dengan hanya sekali lafaz, Atilia sah bergelar isteri kepada Adam dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Hotel The Saujana Subang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad.

Majlis itu dihadiri seramai 160 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.

Kata Atilia, dia bersyukur, perkahwinannya itu berjalan dengan lancar walaupun persiapan yang dilakukan tidak sampai sebulan.

Atilia dan Adam mula berkawan sejak 12 tahun yang lalu.

“Sepatutnya bukan sekarang kami nak kahwin. Tetapi apabila Adam akan ke Amerika Syarikat selama dua bulan, dan saya pula sibuk dengan kerja-kerja nyanyian dan mengajar yoga, maka kami rasa eloklah jika pernikahan kami disegerakan. Alhamdulillah, ia berlangsung dengan lancar pada hari ini (Ahad). Majlis kami pun sederhana, dan inilah yang kami mahukan.”

Sementara itu, ditanya apakah keistimewaan Adam di mata Atilia, kata penyanyi lagu Indah itu, dia suka melihat suaminya yang sangat berdisiplin dalam kehidupan hariannya selain seorang yang begitu rajin bekerja.

atilia haron 3.jpg

“Saya suka orang yang tegas. Dia tak banyak cakap, tetapi bijak menguruskan dirinya dengan cara yang sangat berdisiplin. Sudah 12 tahun kami berkenalan dan mula bercinta pada enam tahun lalu. Syukur, kami disatukan dan saya harap ia akan kekal hingga akhir hayat InsyaAllah.”

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia dan yang pertama buat Adam.

Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009. Sumber – Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere Filem ANNABELLE

Sinopsis Drama Selamat Pengantin Madu Lakonan Eina Azman