in ,

Aswara Lancar PAWAGAM JALAN AMPAS Bakal Dinaik-taraf Universiti

ASWARA bakal mencipta sejarah sebagai sebuah insititusi yang memartabatkan serta menjulang nama seni perfileman negara melalui majlis perasmian Pawagam Jalan Ampas yang berlangsung di Bangunan Baharu ASWARA. Majlis tersebut dirasmikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelbagai tenaga kerja industri perfileman Malaysia.

Aswara Lancar PAWAGAM JALAN AMPAS Bakal Dinaik-taraf Universiti

“Pawagam dengan 130 kerusi ini telah dinaiktaraf bagi menyamai pawagam komersial di industri. Standardnya menyamai pawagam milik TGV, GSC dan MBO. Ia setaraf dan setara dari segi sistem bunyinya, sistem pencahayaan serta sistem projeksinya.” ulas Professor Dr. Hatta Azad Khan, Rektor ASWARA, dalam ucapannya di majlis tersebut.

Antara ciri-ciri yang meletakkan pawagam ini setara dengan pawagam yang lain adalah resolusi 4K, 7.1 surround sound dan digital cinema package (DCP) yang menggunakan sistem hard drive untuk mengawal dan mengelakkan aktiviti cetak rompak.

Menurut Rektor Aswara Professor Dr. Hatta Azad Khan, pawagam ini akan membuat tayangan pada hari Isnin sehingga Khamis, bermula jam 12.45 tengahari. Tayangan ini terbuka kepada semua pelajar, staf dan orang awam secara percuma. Selain itu, pihak ASWARA juga akan memohon agar pawagam ini dimasukkan ke dalam senarai pawagam Skim Wajib Tayang filem tempatan untuk membolehkan pawagam ini membuat tayangan perdana filem-filem baharu.

Pawagam ini terbuka kepada orang ramai, dengan itu dijangka dapat meningkatkan jumlah kutipan bagi filem-filem tempatan. Dengan wujudnya pawagam Jalan Ampas ini akan turut memberi peluang kepada para pelajar di dalam jurusan Pengurusan Seni dan Budaya untuk mengurus pawagam tersebut di bawah pemantauan kakitangan ASWARA.

Semasa Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz menyampaikan ucapannya. Beliau menyatakan bahawa ASWARA mampu meningkatkan kembali usaha penggiat seni filem negara dalam memartabatkan industri filem tempatan.

Beliau turut mengumumkan ASWARA akan dinaiktaraf sebagai sebuah universiti selaras dengan pengumuman YAB PM, Dato’ Seri Mohd Najib Razak di dalam Pembentangan RMK-11 pada 21 Mei 2015 yang lalu di Parlimen.

Sebagai sebuah Universiti, ASWARA yang telah dinaiktaraf dicadangkan diberi nama Universiti P. Ramlee, sebuah universiti yang akan memberi suntikan dan nafas baru kepada seni kreatif negara serta memartabatkan industri kreatif tempatan ke peringkat yang lebih berprestij.

Aswara Lancar PAWAGAM JALAN AMPAS Bakal Dinaik-taraf Universiti

Aswara Lancar PAWAGAM JALAN AMPAS Bakal Dinaik-taraf Universiti

Aswara Lancar PAWAGAM JALAN AMPAS Bakal Dinaik-taraf Universiti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Kembalikan Drama Bersiri Persilatan PENCAK

Avenue K Lancar Buffet Berbuka Puasa Bertemakan NOSTALGIA SINEMA