in , ,

Astro Radio Perkenal SYOK, Aplikasi Hiburan & Gaya Hidup

Semuanya Ada! – Siaran radio, podcast, video asli, artikel dan peraduan

Semua warga Malaysia boleh menikmati SYOK, aplikasi hiburan dan gaya hidup baharu dalam pelbagai bahasa secara percuma. Pengguna boleh mendapatkan akses ke semua jenama-jenama Astro Radio di udara dan televisyen, video asli SYOK, podcast, artikel dan peraduan, juga berita dan perkembangan lalu lintas. SYOK boleh didapati menerusi aplikasi SYOK dan laman web.

Astro Radio Perkenal SYOK

Menerusi SYOK, pengguna boleh melayari dengan mudah, 25 rangkaian jenama Astro Radio di serata Malaysia, mendengar podcast secara langsung (radio on-demand), juga podcast yang dihasilkan secara istimewa.

ambahan, aplikasi SYOK turut menawarkan akses untuk SYOK Originals, iaitu video-video pendek yang memaparkan cerita-cerita menarik dan relevan.

Warga Malaysia juga boleh mendapatkan artikel, berita dan perkembangan lalu lintas yang terkini serta menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah lumayan. 

Astro Radio Perkenal SYOK

“Astro Radio teruja untuk memperkenalkan aplikasi SYOK kepada semua pengguna di Malaysia yang menyediakan kepada mereka satu platform untuk melayari pelbagai rangkaian jenama radio dan muzik kegemaran.

Menerusi aplikasi bertaraf baharu ini, peminat boleh menikmati kandungan video asli – SYOK Originals, yang dihasilkan secara istimewa dengan memaparkan pelbagai topik dan barisan personaliti khususnya buat pendengar-pendengar.

Kami berharap semua warga Malaysia dapat menikmati pengalaman baharu radio digital bersama SYOK.”

Daphne Lourdes, Pengurus Besar Pemasaran & Digital Astro Radio

Muat turun aplikasi SYOKdi Google Play, App Store atau layari laman web SYOK. 

Astro Radio Perkenal SYOK
Astro Radio Perkenal SYOK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dinie & Khai Pertaruh Single Pertama BUKAN CINTA AKU

Dennis Lau & Friends Deliver An Epic World-Class Performance at THE CHOSEN CONCERT