in , ,

Astro Prima Anjur Pertandingan Nyanyian Kilauan Emas

Astro dah lahirkan bakat-bakat baru menerusi Akademi Fantasia dan kini Astro juga bakal melahirkan bintang di kalangan mereka yang berumur 45 tahun ke atas pula. Pada hari ini, Astro Prima telah memperkenalkan sebuah lagi program berbentuk pertandingan nyanyian yang diberi nama Kilauan Emas.

Sekitar Sidang Media Kilauan Emas Astro Prima

Dengan adanya, Kilauan Emas nanti, pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada bakat menyanyi akan jadi bintang. Mana tahu kan? Sudah tentu, ramai kat luar sana yang ada bakat tapi tiada platform nak tunjuk bakat. Lagi pun, pertandingan ini terbuka kepada semua orang, tak kira bangsa, tak kira agama, tak kiralah, kalau anda artis pun boleh masuk. Syaratnya, kenalah berumur dari 45 tahun ke atas.

PC Kilauan Emas

Yang penting, pertandingan ini dilihat sebagai medan untuk makcik dan pakcik kita meningkat daya keyakinan diri, kesungguhan dan keazaman di samping dapat berhibur. Teringat Budiey dengan program-program Astro sebelum ini yang melibatkan makcik dan pakcik ni. Dulu pernah, masa program Glamor Raya bersama Aznil dulu, ramai makcik melaram bukan main nak nyanyi lagu raya. Glamor boleh masuk TV.

Tapi mungkin juga ada tanggapan negatif masyarakat di luar sana, bila tengok orang tua menyanyi di kaca TV, ada pula yang kata, orang tua tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari. Apa-apa pun, ada dari kita yang merasakan platform ini memberi peluang untuk mereka menikmati dan mendengar semula lagu-lagu yang mungkin sudah lama tak didengar yang pernah popular suatu ketika dulu.

Pencarian peserta Kilauan Emas akan dimulakan tak lama lagi menerusi sesi uji bakat di empat buah negeri iaitu Johor, Kuantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Untuk info, Kilauan Emas yang turut mendapat kerjasama dari pihak penaja Polident ini juga akan dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. Semua peserta akan berentap bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20ribu.

Raja Azura

Kilauan Emas akan dihoskan oleh Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih dikenali sebagai Kak Engku. Akan mula disiarkan bermula 24 Jun 2011.

Hadiah utama untuk Kilauan Emas ini ialah wang tunai sebanyak RM20,000, tempat kedua RM15,000 dan tempat ketiga sebanyak RM10,000.

PC Kilauan Emas

Pengurus Saluran Astro Prima, Encik NIzam Sani

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Encik NIzam Sani berkata, “Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Astro Prima sebagai sebuah saluran keluarga yang menghiburkan, kami bawakan pula sebuah program Kilauan Emas yang merupakan sebuah lagi testimoni saluran ini dalam menawarkan program-program hiburan beraneka genre dan format khusus untuk tontonan ramai.

“Setiap generasi penonton sasaran berhak untuk menikmati hiburan yang sesuai dengan usia dan kecenderungan mereka. Oleh yang demikian, kami berasakan sudah tiba masanya bagi pihak Astro untuk menyediakan platform kepada generasi ini pula untuk menonjolkan bakat yang ada tetapi mungkin tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian sebelum ini.”

Untuk musim pertama ini, Astro begitu yakin program ini dapat menarik perhatian ramai penonton..

Sohaimi Meor Hassan

Sohaimi Meor Hassan

Penaja utama Kilauan Emas ini ialah Polident, sebuah produk khas penjagaan untuk pemakai gigi palsu dan Radio Sinar FM sebagai radio rasmi. Maka, selaras dengan penglibatan Polident, yang mana dapat membantu meningkatkan daya keyakinan diri dan kualiti hidup pemakai gigi palsu. Ini ditekankan sendiri oleh Phoon Shi Fun, Pengurus Kategori GlaxoSmithKline Consumer Healthcare yang turut hadir di majlis sidang media petang tadi. Produk ini dikilangkan di Ireland dan diperakui oleh Australian Dentist Prosthetists Association (ADPA).

Pihak produksi akan mengunjungi empat buah negeri untuk mencari peserta yang layak. Antara lokasi ujibakat Kilauan Emas ialah:

1. Skudai Parade, Johor Bahru – Zon Selatan pada 7 & 8 Mei 2011

2. Berjaya Megamall, Kuantan – Zon Timur pada 14 & 15 Mei 2011

3. Plaza Alam Sentral, Shah Alam – Zon Tengah pada 21 & 22 Mei 2011

4. Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang – Zon Utara pada 28 & 29 Mei 2011

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Syarat-syaratnya, dah tentu kena menjadi warganegara Malaysia yang berumur 45 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Para peserta juga kena pilih satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yang telah disediakan.

Sepuluh lagu wajib yang ditentukan ialah:

  1. Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu – Ramlah Ram
  2. Di Persimpangan Dilemma – Nora
  3. Seri Dewi Malam – Sharifah Aini
  4. Gerhana – Kembara
  5. Ku Pendam Sebuah Duka – Khatijah Ibrahim
  6. Sampaikan Salam Cintaku – Alleycats
  7. Epilog Cinta – Sohaimi Meor Hassan
  8. Akhirnya Kini Pasti – Anita Sarawak
  9. Sejati – Wings
  10. Widuri – Broery Marantika

Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang mana dua orang peserta terbaik akan dipilih untuk mewakili setiap zon seelum mara ke peringkat seterusnya. Ini bermakna tiada undian SMS diperlukan untuk menang dalam pertandingan ini.

Peserta akan diadili oleh juri yang dilantik iaitu penyanyi Sohaimi Meor Hassan dan Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Binti Ariffin. Mereka akan menilai bakat peserta dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

Kilauan Emas akan disiarkan bermula 24 Jun 2011 dengan 4 buah episod pengenalan Zon Kilauan Emas setiap Jumaat jam 7.30 malam di Astro Prima.

Pentas Kilauan Emas pula akan disiarkan setiap Jumaat jam 9 malam dengan 5 buah episod selama 90 minit.

Profil Kilauan Emas akan menyusul setiap Jumaat jam 7.30 malam sebanyak 2 episod selama 30 minit.

Manakala, malam Kemuncak Kilauan Emas akan disiarkan pada hari Jumaat, 28 Julai 2011 jam 9 malam.

Budiey: Selamat Hari Jadi buat pelakon Remy Ishak. Usia dah lanjut, bila nak kawin bro?

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Saya nak tanya bila pertandingan kilauan emas musim ke 2 bermula? Untuk Zon Selatan bila akan di adakan dan di mana? Saya berminat dan harap dapat jawapan nya secepat mungkin. Senarai lagu2 yg di senaraikan oleh pihak penganjur. Terima kasih

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Charles Worthington Media Launch

Usop Wilcha Shy8 Naik Angin Pihak Ambil Kesempatan