in , ,

Astro Originals LIAR Adaptasi Antarabangsa Thriller Terbaik di BAFTA

Astro Originals Mempersembahkan ‘Liar’, Drama Adaptasi Antarabangsa Daripada Calon Siri Thriller Terbaik di BAFTA Awards! ‘Selepas UK dan Remake Versi Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali & Turki, Kini Giliran Malaysia’

Selepas kejayaan dan fenomena luar biasa drama premium High Council, Astro Originals mengukuhkan lagi jenamanya sebagai jenama terbaik dalam mempersembahkan konten berkualiti menerusi naskhah terbaru bertajuk LIAR, sebuah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. 

LIAR POSTER IG

Liar diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional. Siri asal Liar merupakan terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017. 

Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Drama hebat ini telah berjaya meraih jumlah tontonan paling tinggi 7 juta, sekali gus mencatatkan jumlah terbesar bagi drama baru yang pernah ditonton di ITV sejak 2014.  Drama ini juga ditayangkan di Australia dan New Zealand. Menariknya, Liar turut mempunyai versi remake dari Sepanyol pada tahun 2020 menggunakan tajuk ‘Mentira’s, versi Jerman menggunakan tajuk ‘Du Sollst Nicht Lügen’, serta negara lain yang membuat remake adalah Perancis, Itali dan Turki. 

DSC03704

Sinonim dengan jalan cerita yang penuh plot twist dan watak-watak yang menonjol sehingga berjaya mencetus keterujaan penonton pada setiap episod, Liar mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.    

ASTRO_2447

Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah,   Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts. Manakala, pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Drama berdurasi 1 jam ini akan ditayangkan bermula 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria. 

https://flic.kr/p/2opX4iR

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara dan merangkap Penerbit Eksekutif Liar, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Rentetan kejayaan drama-drama Astro Originals, kami berusaha meningkatkan kualiti sekali gus dapat menampilkan kandungan yang mampu mencipta penanda aras baru dan memberi impak kepada industri seni negara. Terbaru adalah Liar yang diadaptasi daripada calon siri terbaik luar negara dan kami rasa amat teruja untuk mempersembahkannya dalam versi dan format Malaysia.

3. Penerbit Eksekutif Astro Originals, juga selaku Head of Astro Shaw _ Malay Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Ini merupakan kali pertama Astro Originals mempersembahkan naskhah adaptasi dan kami memilih naskhah Liar kerana daya tarikannya seperti jalan cerita, konsep dan tema yang diangkat; serta percaya ia mempunyai potensi untuk hangat diperkatakan ramai. Sementara itu, bekerjasama dengan produksi Double Vision dan All3Media International membuka lagi ruang untuk Astro mempamerkan keupayaan sebagai platform yang menghasilkan karya yang mampu mendominasi arena antarabangsa. Kami harap naskhah Liar versi Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri dan dapat menawan hati penonton seperti mana versi-versi di negara lain.” 

DSC08643

Naib Presiden, APAC All3Media Internasional, Kit Yow, berkata, “Kami amat teruja siri LIAR mempunyai satu lagi versi adaptasi terbaru dan ia akan ditayangkan di Malaysia hasil kerjasama bersama Astro dan Double Vision. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan LIAR dan memastikan versi Malaysia turut menyelitkan kreativiti elemen budaya tempatan agar drama dan watak dapat meninggalkan kesan di hati penonton”.  

4. Director Jason Chong

Wakil Double Vision merangkap Penerbit Eksekutif dan Pengarah Liar, Lim Siu Min – “Liar adalah projek yang amat dekat di hati saya kerana ia mengangkat subjek yang sering berlaku di negara kita namun jarang diketengahkan di kaca televisyen Malaysia dan saya percaya topik ini perlu diketengahkan. Meskipun subjek ini dilihat sensitif namun ia dapat dipersembahkan dalam nilai hiburan dengan membawakan mesej pengajaran. Semua ini tidak akan berhasil tanpa kerjasama Astro yang berani mengetengahkan topik ini. Saya harap penonton dapat melihat hasil usaha kami penerbit, barisan pelakon, tenaga kru dalam mempersembahkan naskhah yang bukan sekadar menghiburkan tetapi penuh pengajaran.”

DSC09630

Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu. Lara mengenali Aiman Yusuf iaitu seorang pakar bedah. Aiman Yusuf juga pernah melalui episod perit dalam kehidupannya sebelum ini. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing. Namun, temu janji pertama mereka berubah menjadi mimpi ngeri. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar? Liar menyaksikan penipuan yang memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

DSC08940

Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial, Instagram, TikTok, Twitter, Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak untuk maklumat lanjut.   

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THE POPE'S EXORCIST

Peraduan Menangi Pas Premiere Menonton Filem THE POPE’S EXORCIST

MICHELLE MAALI

Viral di Tiktok, Michelle Penyanyi Jerman Hasilkan Lagu Raya Melayu