in

Astro On-The-Go Pecah Rekod Dunia

Wow, ohsem! Memang terkejut gak Budiey bila mana dapat tahu yang Astro telah memecahkan rekod dunia untuk kategori Banner Dalam Talian Paling Panjang di Dunia atau World’s Longest Online Banner.

Tahniah Astro!

Oh ya, terbaru, Budiey dengar Anugerah Industri Muzik juga akan disiarkan secara langsung melalui Astro On-The-Go. Ohsem kalau macam tu, peminat dari luar negara pun boleh tonton kan?

Aotg_Device_Visual

Kalau korang ada masa, korang boleh tengok sendiri betapa panjangnya banner ni. Panjaaaaaannngg sangat! Sampai letih jari ni nak gerakkan cursor ke kanan.

Astrolong2

Untuk info pembaca, banner ini dibuat bersempena dengan kempen Astro On The Go yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Where do YOU Want Astro On-The-Go contest yang menggalakan pengguna Astro On The Go menunjukkan aksi yang paling kreatif mereka di pelbagai lokasi. Sampai dalam tandas pun nak ber-Astro-On-The-Go.

Screen Shot 2012-10-24 At 10.16.02 Am

Kalau nak tahu, gambar-gambar yang anda lihat dalam banner ini adalah gambar yang telah diupload oleh pengguna Astro On-The-Go sepanjang kempen berlangsung iaitu dari Julai hingga Ogos 2012 yang lalu. Entah-entah, gambar korang pun ada, sila cari sekarang, mana tahu terselit kat situ. Tapi kalau tak upload, tak payah cari ler, memang takde.

Astro On-The-Go

Kalau diukur, katanya panjang banner sepanjang 61,500 pixel bersamaan dengan 68 kaki. Bermakna ia telah berjaya menyaingi saingan rekod sebelum ini iaitu 18,001 pixel bersamaan dengan 20 kaki yang pernah dibuat oleh BMW. Pergh! Ko mampu?

Baru-baru ini juga, pemenang telah dipilih untuk gambar yang paling kreatif. Dalam banyak-banyak gambar tu, pasti yang kebaboooom punya. Jadi, tahniah buat pemenang ya. Anda memang kreatif dan berinovasi, macam Astro On-The-Go jugak.

Group Photo Of Winners

Budiey dengar, dah ramai orang yang menggunakan Astro On-The-Go semenjak dilancarkan. Sampai ke makcik jual goreng pisang pun dah pandai guna Astro On The Go, apatah lagi budak-budak sekolah, bawak iPad ke sekolah pun boleh tengok program pendidikan katanya. Eh?

Ha, itulah inovasi yang dibuat oleh Astro untuk memudahkan kita, untuk menjimatkan masa kita. Segalanya senang, bak kata orang tu, segalanya ada di hujung jari. Hanya satu klik sahaja.

Bukan setakat itu je, satu lagi usaha yang unik untuk kempen ini, Astro melangsungkan Astro On-The-Go Human iPad theatre di mana flash mob yang sangat gempak dibuat di beberapa lokasi sekitar ibu kota. Ramai yang kagum. Siapa tak terkejut bila secara tiba-tiba ada penari yang menggabungkan 50 buah iPad menjadikan satu layar skrin yang besar. Ia menayangkan semua program yang best digemari ramai dalam saluran Astro On-The-Go. Wherever you go, wherever you want.

Untuk mengujakan rasa anda, apa kata tonton video nih, gempak ke tidaaak?

Budiey dikhabarkan kempen ini telah berjaya meningkatkan jumlah penonton dan pengguna Asto-On-The-Go sebanyak 50% peningkatan berbanding bulan Oktober berbanding bulan Ogos lalu.

Astro On-The-Go boleh dilayari dengan menggunakan laptop, iOS (iPad & iPhone) dan juga alat peranti Android yang terpilih. Dengan aplikasi ni, anda boleh menonton 12 Astro TV dan 8 saluran radio termasuklah Live Events, Video On Demand dan Catch Up TV.

Rasanya berbaloilah korang upload sebab channel makin bertambah dari masa ke semasa. Jadi, kat mana sahaja boleh tonton TV, tak kira masa. Dalam bas pun boleh.

Oh ya, berikutan dengan kegempakan teknologi Samsung yang ada sekarang tumbuh dengan pesatnya, Astro On-The-Go juga tersedia untuk gadget buatan Samsung, tak kiralah Galaxy Note ke atau Samsung S III. Jadi, kepada pengguna gadget yang sebut ni, jangan lupa pulak untuk download aplikasi ni sebab ia memang aplikasi yang wajib.

Terbaru, dalam Astro On-The-Go ni ada content yang baru seperti Hollywood blockbuster. Macam-macam filem terbaru kita dapat tonton seperti sekaran gni tengah rancak ditayangkan filem The Avengers, Cabin in the Wood (pergh, best citer ni, Budiey dah tengok. Seram thriller gitu.), Good Deeds, The Proposal dan banyak lagi termasuklah drama terkini iaitu Adam & Hawa serta drama Korea yang tengah hot sekarang ni seperti Scent of a Woman, New Gisaeng dan banyak lagi.

Pada yang rasa dia lahir di zaman teknologi ‘segalanya ada hanya di hujung jari’, kena dowload aplikasi ini secara percuma ya: www.astro.com.my/onthego/getitnow

Jika anda nak tengok banner ini, sila layari www.astro.com.my sehingga penghujung bulan Oktober 2012 ini.

Gambar Pemenang:

Picture 2 - Ahmad Faizal Bin Hashim, Second Prize Winner

Picture 5 - Fariza Ilyani Binti Mustaffa

Picture 3 - Tan Siang Leng

Picture 4 - Ng Pui Hai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Interview with Sarah Jackson and Preview of New Album Release

Maxis Perkenal Pakej Internet Wayarles Rumah & Jalur Lebar Wayarles