in ,

Maxis Perkenal Pakej Internet Wayarles Rumah & Jalur Lebar Wayarles

MAXIS MENAWARKAN PELANGGAN LEBIH PILIHAN DAN NILAI UNTUK WANG DENGAN PERKHIDMATAN JALUR LEBAR MAMPU MILIK MELALUI RANGKAIAN TERLUAS DAN TERPANTAS DALAM NEGARA

  1. Internet di rumah – Perkhidmatan Internet Wayarles Kediaman Maxis menawarkan pelanggan pelbagai pakej data termasuk modem WiFi percuma dengan kemudahan ‘plug-and-play’, serta telefon DECT percuma untuk menikmati peruntukan minit percuma ke nombor tetap dan mudah alih di seluruh negara
  2. Internet di mana sahaja – Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Maxis kini menawarkan pelanggan dengan kuota Internet yang lebih pada harga yang lebih baik, pilihan modem prestasi tinggi percuma untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup mereka, dan perkhidmatan nilai tambah percuma
  3. Pelanggan Pascabayar Maxis menikmati kemudahan bil tunggal, dan diskaun bulanan sebanyak RM10 untuk pelan 28 GB dan 48 GB

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, terus menguja pasaran, dengan memberikan pelanggan lebih nilai untuk wang, kemudahan dan pilihan dengan pelancaran pelan Internet Wayarles Kediaman dan Jalur Lebar Wayarles Maxis. Sama ada di rumah atau di mana sahaja, pelanggan mempunyai pilihan pakej dan peranti untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup mereka. Dari harga serendah RM59 sebulan untuk Internet Wayarles Kediaman, atau RM48 sebulan untuk Jalur Lebar Wayarles, pelanggan boleh menikmati Internet yang pantas, mampu milik dan boleh dipercayai, disokong oleh rangkaian 3G berkelajuan tinggi yang terpantas dan terluas dengan lebih 80% liputan 3G berkelajuan tinggi di seluruh negara.

Perkhidmatan Internet Wayarles Kediaman Maxis

Mark Dioguardi, Ketua Pegawai Operasi Bersama, Maxis Berhad berkata, “Kami sedar bahawa keperluan pelanggan dari segi bagaimana mereka menggunakan Internet di rumah sedang berubah. Dengan maklumat, hiburan dan berita dinikmati oleh lebih ramai pengguna melalui pelbagai peranti di rumah, dan peningkatan ketersediaan peranti internet yang mampu milik dari PC ke tablet, tidak mengejutkan bahawa permintaan pelanggan untuk WiFi di rumah sedang meningkat. Perkhidmatan Internet Wayarles Kediaman kami membawa WiFi ke lebih 5 juta kediaman di seluruh Malaysia dengan kemudahan ‘plug-and-play’. Untuk membolehkan lebih ramai keluarga berkongsi kegembiraan internet di rumah, kami kini memperkenalkan dua pakej baru yang mampu milik dengan kuota yang lebih tinggi. Satu lagi tawaran hebat dari Maxis.”

Perkhidmatan Internet Wayarles Kediaman Maxis

“Pelanggan yang memerlukan internet di mana sahaja boleh memilih perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Maxis yang menawarkan mereka kemudahan sambungan sama ada mereka berada di rumah, di pejabat atau di mana sahaja. Kami menawarkan pilihan modem berprestasi tinggi yang terluas secara percuma untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup para pengguna. Selain itu, had laju tidak akan dikenakan ke atas pelan Jalur Lebar Wayarles kami, oleh itu para pengguna boleh menikmati kelajuan terbaik berdasarkan modem dan keupayaan rangkaian.”

Pelanggan Pascabayar Mudah Alih Maxis akan menikmati kemudahan pembayaran dengan satu bil tunggal, yang disepadukan dengan perkhidmatan Pascabayar Mudah Alih mereka, untuk kedua-dua perkhidmatan Internet Wayarles Kediaman dan Jalur Lebar Wayarles. Mereka yang melanggan pakej 28GB dan 48GB dapat menikmati diskaun tambahan sebanyak RM10 dari yuran bulanan mereka untuk pakej ini. “Kami gembira untuk menyediakan nilai tambahan dan kemudahan kepada pelanggan Pascabayar kami sejajar dengan kedudukan kami sebagai pengendali bersepadu yang terkemuka di Malaysia,” kata Mark.

Internet Wayarles Kediaman Maxis

Pakej Internet Wayarles Kediaman Maxis memberi nilai terbaik buat mereka yang berkeluarga, terutamanya yang berada di luar liputan fiber, pelajar di penginapan berkongsi atau penyewa yang memerlukan internet kediaman ‘plug-dan-play’. Seperti sebelum ini, Maxis menawarkan peruntukan kuota bagi dua tempoh masa yang berbeza: 8 pagi hingga 2 pagi dan 2 pagi hingga 8 pagi. Tempoh 2 pagi hingga 8 pagi disediakan terutamanya bagi para pelanggan yang melakukan muat turun yang besar atau menggunakan aplikasi berat semalaman. Pelan-pelan ini termasuk pelan 3GB pada RM59 sebulan, pelan 8GB pada RM79 sebulan, pelan 20GB pada RM99 sebulan, pelan 28GB pada RM139 sebulan dan pelan 48GB pada RM169 sebulan. Pakej 8GB dan 28GB baru diperkenalkan untuk menyediakan pelan yang lebih mampu dan berkuota tinggi kepada pengguna.

Pelanggan yang mendaftar untuk pelan-pelan ini juga dapat menikmati modem WiFi percuma dan telefon DECT tanpa wayar, serta peruntukkan minit percuma ke nombor tetap dan mudah alih di seluruh negara, dari 100 minit kepada 300 minit bergantung kepada pakej yang dipilih.

Panggilan berikutnya dikenakan bayaran pada hanya 10 sen/min untuk panggilan di seluruh negara.

Jalur Lebar Wayarles Maxis

Disasarkan kepada pelajar, eksekutif muda dan profesional yang memerlukan akses internet apabila mereka berada di luar, serta di rumah; untuk kerja, rangkaian sosial dan keperluan hiburan mereka, Maxis mempunyai pelan semua dalam satu dengan tawaran Jalur Lebar Wayarles Maxis. Didorong oleh permintaan dan penerimaan pengguna untuk kuota lewat malam bagi pelan Internet Wayarles Kediaman, Maxis kini memperkenalkan ciri ini dengan kuota internet tambahan dari 2 pagi hingga 8 pagi untuk pelan Jalur Lebar Wayarles Maxis juga.

Pakej Jalur Lebar Wayarles kini menawarkan pelan data yang sama seperti pakej Internet Wayarles Kediaman. Pelan mampu milik dan nilai-untuk-wang yang baik ini termasuk pelan 3GB pada RM48 sebulan, pelan 8GB pada RM68 sebulan, pelan 20GB pada RM88 sebulan, pelan 28GB pada RM128 sebulan dan pelan 48GB pada RM158 sebulan.

Walaupun pakej kemasukan pada harga RM48 ditawarkan dengan ‘dongle’ USB 7.2 Mbps, pelanggan yang ingin melanggan pelan RM68 ke atas akan dapat memilih daripada pelbagai modem prestasi tinggi percuma yang paling sesuai dengan keperluan gaya hidup mereka; modem PortaFi 21Mbps atau modem MiFi 21Mbps untuk bersambung dengan pelbagai peranti, atau modem USB 42Mbps.

Pelan Jalur Lebar Wayarles baru ini menawarkan lebih nilai dan kemudahan dengan perkhidmatan nilai tambah percuma. Semua pelan baru Jalur Lebar Wayarles ditawarkan dengan perkhidmatan ruang simpanan awan peribadi percuma 5GB dengan Maxis Loker. Pelanggan yang melanggan pelan RM68 ke atas akan menikmati kuota tambahan percuma sebanyak 2GB sebulan daripada lebih 2,300 ‘HotSpot’ Maxis WiFi di seluruh negara. Maxis merancang untuk meningkatkan jumlah ini kepada lebih 8,000 pada awal 2013. Di samping itu, pelanggan yang mendaftar ke pelan RM128 dan RM158 akan layak untuk penggunaan Facebook tanpa had.

Kedua-dua pelanggan Internet Wayarles Kediaman dan Jalur Lebar Wayarles boleh terus mengakses internet walaupun selepas mereka telah melebihi peruntukan kuota mereka. Walau bagaimanapun, apabila peruntukan kuota bulanan habis digunakan, pelanggan tidak akan dapat mengakses internet pada kelajuan biasa mereka. Untuk terus menikmati kelajuan biasa, pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah nilai kuota mereka melalui Portal MyAccount yang boleh diakses di mylaunchpad.com.my. Kuota tambahan adalah sah selama 30 hari selepas pembelian.

“Pelan Internet Wayarles Kediaman dan Jalur Lebar Wayarles kami melengkapkan perkhidmatan Internet Fiber Kediaman sebanyak 10, 20 atau 30Mbps yang disediakan kepada 1.3 juta kediaman dan pejabat di Lembah Klang serta lokasi terpilih di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Ipoh. Kini, dengan Pelan Internet Wayarles Kediaman dan Jalur Lebar Wayarles yang baru ini, kami gembira untuk menyediakan pelbagai penawaran internet terbaik yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup pelanggan di mana sahaja mereka berada,” kata Mark.

Untuk maklumat lanjut atau untuk melanggan pelan Kediaman dan Jalur Lebar, sila lawati Pusat Maxis terdekat, cawangan rakan kongsi eksklusif Maxis atau layari maxis.com.my/home untuk perkhidmatan Internet Fiber Kediaman dan Internet Wayarles Kediaman, dan di maxis.com.my/broadband untuk perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro On-The-Go Pecah Rekod Dunia

AirAsia Japan Celebrates Inaugural Flight to Seoul