in , ,

Astro & Les’ Copaque Lancar UPIN & IPIN BERSAMA KAWAN-KAWAN

Kedua-dua watak pasangan kembar ini dilihat sentiasa dekat di hati dan animasinya yang bersifat hiburan ringan boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Bersempena dengan musim cuti sekolah yang bakal bermula pada 26 November ini, Astro dengan kerjasama Les’ Copaque Production akan memperkenalkan sebuah saluran khas yang diberi nama “Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan”.

UPIN & IPIN BERSAMA KAWAN-KAWAN

Seperti ramai sedia maklum, Les’ Copaque merupakan sebuah syarikat animasi Malaysia yang bertanggungjawab mengangkat karakter Upin & Ipin menjadi satu jenama yang cukup popular dan disayangi terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Kedua-dua watak pasangan kembar ini dilihat sentiasa dekat di hati dan animasinya yang bersifat hiburan ringan boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Bertepatan dengan nama yang diberikan, saluran “Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan” ini akan turut menampilkan rakan-rakan animasi Upin & Ipin di dalam beberapa segmen istimewa seperti ‘Pada Zaman Dahulu’ dan ‘DaDuDiDo’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM dari Kaca Mata Penonton

Dokumentari MARIAH’S WORLD Selongkar Rahsiah Mariah Carey