in ,

Ulasan FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM dari Kaca Mata Penonton

Guys, semalam kita dah pun menonton filem terhebat abad ini, FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM. Amacam, best tak?

Kepada korang yang hadir semalam, diwajibkan buat posting ulasan dan pendapat korang tentang filem ini. Jika tidak, korang tak dapat imuniti untuk filem seterusnya.

Banyak lagi premiere filem hebat untuk korang di masa akan datang. Diharap dapat memberikan sokongan.

Jom sama-sama kita baca, antara ulasan yang telah pun disiarkan di laman sosial beberapa orang Budieyators yang hadir.

FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM

Ulasan FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM dari Kaca Mata Penonton

Dzeng

Fantastic Beast and Where to Find it, adalah sebuah filem adaptasi dari buku JK Rowling yang sama sekali tidak seperti naskah dalam Harry Porter yang terdahulu, walaupun ia kisah sejarah awal Harry Porter . Filem yang retro ini adalah lebih “ganas” dan lebih banyak adegen magis yang lebih “hitam”. Kiranya pada masa dahulu peraturan pengunaan magis di dunia manusia itu masih belum kukuh.

Karektornya juga kurang British seperti karektor-karektor dalam filem Harry Porter sebelum ini, walaupun rujukan terhadap naskah Harry Porter yang terdahulunya agak banyak. Dalam tempoh dua jam, berbagai perkara disumbat di dalam filem ini dengan begitu bijak dari pengenalan watak-watak utama dan organisasi magis sebelah Amerika. Apa sahaja berkaitan dengan Amerika tentulah berbeza terutama dari segi undang-undang, peraturan dan pengurusan magisnya. Sudah tentu mesti ada muka Asia dengan sedikit dialog.

Filem ini mentitikberakkan masalah berkaitan dengan perbezaan yang penuh dengan sifat ketidakpercayaan, prejudice dan ketakutan kepada perkara yang tidak difahami, dan perkara inilah yang menjadi cabaran yang cuba di tangani oleh Newt Scamender dan rakan-rakannya.
Sepanjang filem, begitu sukar untuk melihat wajah Newt secara total kerana kebanyakkan masa dia melihat kearah lain dari kamera. Termasuk satu lagi karektor yang juga mempunyai tabiat untuk melihat kearah lain. Mungkin ada sebab musabab yang difikirkan oleh Director.

Apapun seperti yang diperkatakan, dalam tempoh 2 jam itu terdapat berbagai-bagai elemen yang magis dan menakjubkan dipadatkan dalam satu filem yang lebih berat tetapi seperti semua filem JK Rowling kita tidak perlu fikir lebih kerana kesemua jawapannya akan diberikan dibahagian akhir, tetapi yang pasti elemen tergantung itu mesti wujud sudah tentu untuk franchais seterusnya. Termasuklah satu cameo yang wow!

Kipas susah mati Harry Porter akan suka dengan filem yang berkisahkan penulis buku teks sekolah Harry Porter di Hagworth. Peminat filem akan merasakan filem ini banyak elemen-elemen yang boleh dipelajari. Peminat filem aksi seperti fast and furious atau Filem Marvel Comic, mungkin akan merasakan filem ini kurang ommph.

Peminat yang suka pergi tengok wayang untuk tengok orang mati di tembak dan berdarah-darah mungkin akan merasa kecewa. Peminat filem romantis atau romantic comedy, akan terhibur dalam beberapa scene. Seperti yang dibagitau awal, memang banyak elemen digarap dalam filem ini.

Saya sendiri yang meminati Harry Porter memberi filem ini 4*/5 Star. Sebuah filem mesti tuntun.

Zam Conteng Kasot

Fantastic Beast n Where to Find Them – rasa sedikit teruja sebab menjadi antara yang terawal dpt menonton filem ni yerlakan sapa x teruja cite dr J.K.Rowling kot. Penuh satu GSC tu dah macam nak nengok concert!! Mula2 sebelom nengok dah tebayangkan diagon alley, station 9 1/2 tapi lepas nengok mmg jauh dr dunia harry potter yg sebelum ni. Kali ni sorg budak nama Newt Scanander pula yg jadi heronya. Budak ni bekas student dr Hogwards dpt arahan utk ke New York, antara pelajar favorite Dumbledore tapi x habis belajar. Peminat haiwan dan mgkn hobi dia membela haiwan2 liar kot, sume binatang yg dia bela ni dtg dr wizarding world, so ada nagala, helang 4 sayapla kupu2 sume binatang yg pelik2, cantik2 lak tu, pastu cantik2 tetibe bole kua api!! Tu yg tajuk fantastic beast tu.

Permulaan cite agak ringan bila Newt sampai ke New York dr London dgn membawa sesuatu yg misteri di dalam luggage bag dia, misi adalah utk melepaskan salah sekor binatang yg di jaga ke tempat asal di New York. Masa sebelum dia melepaskan binatang tu jd satu insiden binatang2 yg lain terlepas berkeliaran di sekitar bandar secara terbuka dan membuat kacau dlm dunia manusia biasa. Masa kelang kabut Newt nak tangkap balik binatang2 misteri ni, ada ahli sihir jahat menggunakan peluang yg ada menghasut binatang yg paling ganas utk membunuh sorg manusia yg paling berpengaruh dgn tujuan memberitahu manusia biasa, tentang ada dan bahayanya ahli sihir dr wizading world ini. Sekali gus, memang plan dia bagi mewujudkan peperangan terbesar antara manusia dgn ahli sihir.

Bagi aku tak leh lawan Harry Potter, tapi ok sb dapat nengok balik power2 wand dgn spell2 yg sama dorg guna dlm cite ni.

Dapat 4 bintang wey!! Mmg kena layan kat pawagam!!

Mazran Achik

Movie Fantastic Beasts hasil arahan J.K Rowling sekali lagi mempertengahkan konsep berunsurkan kuasa magik. Cuma kali ini, pengarah menambah kan lagi konsep “beast”, pihak berkuasa iaitu Macusa dan orang awam “nomaj” bagi memberikan impak movie yang lebih harmoni.

Penonton akan terhibur dengan aksi Newt bersama-sama temannya untuk mencari binatang magis yang terlepas dari begnya dan juga menyelesaikan misi untuk mencari punca kucar-kacir di bandar.

Terima kasih kepada Budiey Isma di atas jemputan istimewa ini. Untuk rating movie ini saya kasi 4 bintang.

Zack Arya

Thank you so much for the tix abg Budiey ! Berpusu-pusu manusia nak menonton film ni. So guys, please watch this movie ye coz there’re many unexpected things. Hehe. Igt org tu yg baik tapi sebaliknya. #jkrowling punya storyline mmg kena fikir sikit. End up u will know the conclusion.

Action, cinematography, acting n bla bla mmg tip top. Cuma dipertengahan tu mcm mendatar sikit. Pape pun pergi tengok sendiri la. Hehehe. Untuk filem FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM… Saya kasi 4.48/5.

Mazumi

Semalam Berkesempatan Menonton Premiere Fantastic Beast and Where to Find Them… it was a great movie #superb for sure siapa yg minat filem yg diadaptasi dri novel penulisan J.K Rowling a.k.a Harry Potter sure gonna love this movie.. kita memang penggemar cerita Fantasy Plus action plak.. owhh yes bezanya dalam cerita ney ianya lebih menjurus tentang Mahluk Ajaib dan How dark Magic from a single child (obscurial) will threaten the magic society it was a very good movie new thing to learn at the same time quite funny 😉 i will give 4.5 star out of 5

Hasib

Thanks @budiey isma sebab dah invited Premiere Sceeening “Fantastic Beasts And Where To Find Them” #fantasticbeastmy beribuan manusia dengan pembukaan hall yang banyak utk filem ni membuatkan Gsc Mid Valley crowded dengan Finatik2 filem dan fans of Harry Potter.Mahkluk Aneh dan Kat Mana Nak Cari Mereka ni adalah filem yang sangat menakjubkan dan membuatkan anda sedang menyelami dunia fantasi harry potter zaman era puluhan.Lakonan Eddie Redmayne yang sangat mendalam sebagai Newt Scamander telah menbuktikan filem ini berkualiti.Tidak ketinggalan juga @danfogler sebagai Jacob No-Maj yg sangat funny dan happening, Katherine Waterston sebagai tina seorang anggota ahli sihir dlam filem ni yang tegas dan menahan Newt ,dan juga Alison Sudol sebagai Queenie yan cantik dan menawan hati Jacob.Tidak ketinggalan juga Beats2 yang berunsur 3D yang cantik dan smart ,dan visual effect yang sangat perfect dalam filem ni. Congrate David Yates. Dengan kemunculan JD secara tiba2 hhaha.Siapa JD kenalah tengok. I bagi 5/5.

Ezer

Fantastic Beasts is an awe inspiring adaptation movie from the famous author J.K Rowling. If you are a Harry Potter freak, this movie is going to be your cup of tea. It is about an adventure of a young British wizard and the secret community of witches and wizards in New York.

Full with magical scene and wizard adventure will make you feel like living in a world of magic. Entertaining and amusing with cute and unique beasts will definitely make you fall in love with their cuteness and superb CGI effect.

I would love to give this movie 4/5

Wan Shairil

Fantastic Beasts and Where to Find Them… well, the beasts really are fantastic and the movie is quite fun and light, even though it has a darker tone than most of the Harry Potter movies, especially the earlier ones… The actors were wonderful bringing the new characters to life, especially the NoMaj guy… good show indeed.

Asrul

Ini dia ulasan saya tentang filem FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM

Filem ini adalah prequel kepada filem Harry Porter dan menceritakan tentang Newt Scamander iaitu pengarang buku Fantastic Beasts and Where To Find Them yang juga merupakan buku teks pembelajaran ketika zaman persekolahan Harry, Ron n Hermione.

Mengambil Kota New York pada tahun 1926 sbg latarnya telah membawa penonton melihat sisi dunia magis Amerika Syarikat, cabaran yg dihadapi oleh pengamal magik dengan no-maj (muggle) serta ancaman kuasa jahat dan tentu sekali bagaimana Newt boleh terjebak ke dalam ancaman itu.

Sebagai filem pengenalan utk siri filem Fantastic Beast (dgr nya ada 5 filem total), ternyata tidak mengecewakan. Beberapa insiden n maklumat untuk filem seterusnya telah diberikan hint awal oleh Rowling. Begitu juga indirect link kepada Harry Potter sendiri. Peminat HP pasti boleh dpt mengagak. Karakter Newt dan watak sokongan juga telah diestablish dgn baik.

Secara kesimpulan, filem FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM benar2 mengembalikan nostalgia fenomena Harry Porter. J.K Rowling sekali lagi berjaya membawa para penonton ke alam magis.

REVELIO…

Saya kasi 4/5 bertih jagung.

Aiman Aliyah

Semalam kami telah dijemput untuk Tayangan Premiere FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM anjuran www.budiey.com bertempat di GSC Mid Valley bersama-sama Selebriti terkenal seperti Kak Maria JJCM, Sasha Saidin, Hatta Dolmat dan ramai lagi.

Best ke tak filem ini? FANTASTIC BEAST AND WHERE TO FIND THEM ini menyajikan jalan penceritaan yang menarik dan penuh kelainan dari filem2 keluaran J.K.Rowling, iaitu siri Harry Potter yang lain. Jangan harapkan spell atau mantera yang panjang2 mcm filem2 Harry Potter. Semua ahli magik yang ada memang yang mahir2 punya la.

Filem yang diarahkan oleh David Yates dengan barisan pelakon seperti Eddie Redmayne (Newt Scamander), Katherine Waterston (Porpentina Goldstein), Colin Farrell (Percival Graves), Ezra Miller (Credence), Dan Fogler (Jacob Kowalski), Fine Frenzy (Queenie Goldstein) dan ramai lagi. Juga ada penampilan khas Johnny Depp. Kos pembikinan filem ini ialah USD180 Juta.

Berkisar dalam tahun 1926, Newt Scamander datang ke New York dalam misi pencarian makhluk aneh yang mempunyai kuasa magika (magical creatures) untuk dijadikan bahan rujukan dan penulisan karya beliau. Ketika di New York, Newt Scamander bertemu dengan Jacob Kowalski seorang No-Maj apabila beg mereka tertukar semasa satu insiden di sebuah bank. Sesuatu yang aneh dan menakjubkan telah berlaku di situ. Apa yang terjadi seterusnya? Saksikan sendiri filem Fantastic Beast and Where To Find Them di pawagam berhampiran mulai 17 November 2016. Anda pasti terhibur dengan aksi lucu, sedih, terpukau dan macam2 lagi.

Kerana saya meminati filem ini, saya beri 5*/5. Terpulang kepada anda untuk menilai sendiri karya J.K.Rowling ini.

Terima kasih yang tak terhingga buat Budiey Isma dan blog BudieyDotCom kerana menganjurkan Tayangan Premiere ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Googlegram: Now Your Photos Look Better Than Ever

Astro & Les’ Copaque Lancar UPIN & IPIN BERSAMA KAWAN-KAWAN