in , ,

Astro Lancar Ultra Plug & Play Box, Tanpa Piring Satelit, Tiada Lagi Gangguan Siaran Ketika Hujan

‘Ultra Plug & Play Box’ yang terbaharu ini boleh berfungsi tanpa piring satelit, justeru mengurangkan isu gangguan siaran yang berkaitan dengan hujan.

Sebagai usaha Astro untuk menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan terhebat kepada sajian pilihan penuh variasi, dengan nilai yang lebih menarik dan kemudahan fleksibiliti dalam dunia penstriman hari ini, Astro hari ini melancarkan Ultra Plug & Play Box yang terbaharu, di mana ia menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan tanpa gangguan kepada program-program tempatan dan antarabangsa, tanpa menggunakan piring satelit. 

Pertama seumpamanya, Ultra Plug & Play Box baharu ini membenarkan pelanggan melakukan pemasangan secara sendiri dan anda boleh menikmati ciri-ciri Ultra Box menerusi Rakaman Awan atau ‘Cloud Recording’, menggunakan fungsi ‘Play from Start’ dengan hanya menyambungkan Ultra Plug & Play Box anda ke TV dan internet, untuk terus menonton program-program kegemaran anda. Langkah-langkah pemasangan adalah sangat mudah dan ia dipaparkan dalam video panduan pemasangan yang disertakan bersama kotak anda. 

Astro Lancar Ultra Plug &Amp; Play Box, Tanpa Piring Satelit, Tiada Lagi Gangguan Siaran Ketika Hujan

Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata: “Pelanggan kami berhak mendapat pengalaman tontonan terbaik dari kami. Justeru, kami komited untuk sentiasa menambahbaik pengalaman mereka dengan menawarkan satu pengalaman perjalanan yang lebih ringkas, demi memudahkan pelanggan untuk membeli dan menikmati produk yang ditawarkan. 

Ultra Plug & Play Box terbaharu ini direka berdasarkan dari maklumbalas yang diterima dari pelangan yang menginginkan produk atau perkhidmatan yang mudah untuk dipasang dan mampu menawarkan pengalaman tontonan secara berterusan, tanpa sebarang gangguan yang dicetuskan oleh keadaan cuaca. Oleh kerana kotak ini disambungkan secara terus dengan internet, dan bukannya piring satelit, ia dapat membantu mengatasi masalah gangguan siaran ketika hujan. 

Kotak terbaharu ini hadir dengan video panduan ringkas yang memudahkan pelanggan untuk membuat pemasangan sendiri, pada bila-bila masa sahaja. Terdahulu, kami telah melaksanakan kajian percubaan-pasaran untuk kotak ini dan sebanyak 87% dari pelanggan kami berpuas hati dengan kaedah pemasangan sendiri ini dan keseluruhan proses memasang Ultra Plug & Play Box, kerana langkah-langkah yang perlu diikuti adalah sangat mudah dan ringkas.”

Kotak pemasangan sendiri Ultra Plug & Play Box ini dilancarkan tepat pada masanya ketika negara sedang berdepan dengan fasa ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan, yang mana rata-ratanya pelanggan memilih untuk mengurangkan kehadiran pemasang ke kediaman masing-masing. Kotak ini tidak memerlukan sebarang piring satelit kerana sajian kandungan Astro disiarkan secara perkhidmatan strim menerusi jalur lebar masing-masing. 

Kotak baharu dan Kad SIM Astro akan dihantar kepada pelanggan menerusi perkhidmatan kurier dan setiap komponen dipek bersama dengan langkah-langkah panduan pemasangan yang mudah untuk pelanggan mengaktifkan perkhidmatan ini sendiri. Dalam pada itu, sementara menantikan Ultra Plug & Play Box untuk sampai ke kediaman masing-masing, pelanggan boleh mengaktifkan langganan mereka menerusi aplikasi Astro GO dan nikmati sajian yang sewajarnya dengan perkhidmatan pra-akses Astro GO. 

Ultra Plug & Play Box bertindak lebih menarik jika digandingkan bersama dengan perkhidmatan Astro & Broadband untuk mendapatkan nilai yang lebih hebat, dengan hanya satu bil untuk kesemuanya. Pelanggan Astro yang baru boleh mendaftar menerusi Super Pack Lite, dengan kelajuan internet sebanyak 100 Mbps dan nikmati rebat sehingga RM45 pada setiap bulan. Manakala pelanggan Super Pack Lite yang sedia ada pula, anda boleh menambah lagi 100 Mbps perkhidmatan jalur lebar anda dengan hanya RM89/ sebulan. Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk semua pelanggan Broadband yang melanggan pada mana-mana pek Astro. 

Pelanggan Ultra Plug & Play Box boleh nikmati tontonan 4K UHD, strim sehingga 65 ribu video di on demand dengan Rakaman Awan, dan menggunakan fungsi ‘Play from Start’. Anda boleh nikmati sajian kandungan yang sama seperti di saluran-saluran TV anda, yang kini boleh didapati menerusi perkhidmatan jalur lebar masing-masing. Strim acara sukan terhebat seperti Sukan Olimpik 2020, Liga Perdana dalam kualiti 4K HDR; tonton drama-drama Melayu terkini seperti Love Elsa dan Ratu Ten Pin di Astro Ria, serta episod terbaharu Gossip Girl dan drama bersiri Korea, The Devil Judge di On Demand. 

Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk pelanggan sedia ada yang melanggan perkhidmatan lebih dari RM100 pada setiap bulan. 

Sila rujuk di bawah untuk maklumat lanjut mengenai harga perkhidmatan ini: 

Bayaran Pengaktifan Ultra Plug & PlayPelanggan Sedia AdaPelanggan Baru
Bayaran Langganan > RM100 / Setiap BulanFREERM39
Bayaran Langganan < RM100 / Setiap BulanRM49RM59
MultiroomRM99

Pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Ultra Plug & Play Box di https://product.astro.com.my/tv atau WhatsApp kami di 03 9543 3838 dan taip GET PNP  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit | 23

10 Butiran Penting Ebit Lew Jawab Dakwaan Caprice & Nadir di Siaran Langsung

Fattah Amin | 24

Fattah Amin Mahu Hamba Jadi Penawar Tatkala Pandemik