in

Astro Lancar Saluran MUSTIKA HD

SALURAN MUSTIKA HD
Gedung program hebat khusus untuk penonton Melayu dalam definisi tinggi

Bagi terus mengukuhkan kedudukan selaku pembekal pengisian kandungan utama di Malaysia, Astro dengan berbesar hati menawarkan sebuah lagi pilihan kandungan dalam bentuk definisi tinggi menerusi saluran terbaru, Mustika HD. Bermula 21 Mei 2012, para pelanggan yang melanggan kedua-dua perkhidmatan Astro B.yond HD dan Pek Mustika kini boleh menikmati saluran ini secara percuma selama 24 jam sehari tanpa sebarang bayaran tambahan di Saluran 134.

Sempena pelancaran Mustika HD pada bulan Mei ini, para pelanggan perkhidmatan Astro Byond HD berpeluang untuk menonton saluran Mustika HD dari 21 Mei hingga 31 Julai 2012. Selepas tempoh ini, para pelanggan harus melanggan kedua-dua perkhidmatan Astro Byond hddan Pek Mustika untuk terus menonton saluran Mustika HD.

Mustika Hd

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro; Encik Nizam Sani berkata, “Dalam jangka masa Astro melalui perubahan bagi mempertingkatkan nilai kedudukannya, kami berazam untuk terus gigih membekalkan kandungan premium serta teknologi yang terbaik dan terkini khusus buat para pelanggan. Oleh yang sedemikian, pihak kami sentiasa merebut peluang untuk membawa pembaharuan bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati keseronokan pengalaman menonton yang tiada bandingan menerusi perkhidmatan definisi tinggi HD dengan pilihan saluran yang pelbagai.

Terbaru, kami tawarkan pula sebuah lagi pilihan saluran baru iaitu Mustika HD yang boleh didapati dalam perkhidmatan Astro B.yond HD, menjadikan jumlah keseluruhan saluran HD di platform Astro kini sebanyak 19 buah saluran kesemuanya. Melalui kehadiran Mustika HD, pelanggan perkhidmatan Astro B.yond dan Pakej Mustika yang sedia ada juga dijamin mendapat kepuasan untuk setiap wang yang telah dibelanjakan.

Mustika HD (saluran 134) ialah sebuah saluran definisi tinggi baru yang memaparkan program-program hebat seperti dokumentari, konsert, program realiti, drama, telenovela dan telefilem 24 jam sehari yang disasarkan kepada penonton Melayu. Mustika HD ialah gudang bagi program-program hebat khusus untuk penonton Melayu dalam bentuk definisi tinggi!

Kebanyakkan program yang disiarkan adalah dalam Bahasa Malaysia kecuali untuk program-program luar negara seperti dokumentari yang akan dikekalkan penyampaiannya tetapi dilengkapkan dengan perkhidmatan sarikata.

Sebagai permulaan, Mustika HD akan menyajikan pengisian kandungan-kandungan terbaik tempatan dari saluran-saluran Astro yang lain seperti Masterchef Selebriti, Super Spontan, Imam Muda, Pasion Morena, Emperatriz dan banyak lagi program dalam bentuk definisi tinggi kepada para penonton sepanjang tahun. Corak penjadualan tayangan telah disusun rapi agar menepati kelompok penonton sasaran.

Pelancaran Mustika HD pada hari ini akan menyempurnakan lagi Pakej Astro B.yond sekaligus menjadikan jumlah saluran definisi tinggi di Astro sebanyak 19 buah saluran seperti Fox Movies Premium HD, HBO HD, Sundance Channel HD, AXN HD, AXN Beyond HD, FX HD, KIX HD, Star World HD, One HD, Celestial Movies HD, Astro Zhi Zun HD, Life Inspired HD, Food Network Asia HD, Astro SuperSport HD, Astro SuperSport HD 2, ESPN HD, National Geographic HD, History Channel HD dan Discovery HD World.

Terdapat peningkatan trend pengguna untuk menonton rancangan dalam bentuk definisi tinggi (HD), apabila hampir 50% kediaman-kediaman yang mempunyai Astro tersedia dengan perkhidmatan HD pada hari ini. 7 daripada 10 penonton HD adalah daripada segmen Melayu.

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan Pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan. Manakala bagi para pelanggan perkhidmatan Astro B.yond pula, mereka hanya perlu melanggan Pakej Mustika dengan bayaran RM12.95 sebulan untuk menikmati saluran ini. Untuk melanggan, sila layari laman web www.astro.com.my/byond atau www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1300 82 3838.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Unriddle 2 Siri Penyiasatan Jenayah Popular

Filem PENCINTA Arahan Khir Rahman