in

Unriddle 2 Siri Penyiasatan Jenayah Popular

UNRIDDLE 2
Siri Penyiasatan Jenayah Popular Kembali Dengan Lebih Kejutan

Peminat drama bersiri Singapura, Unriddle kini boleh menyaksikan lanjutan kisah penyiasatan jenayah itu yang bakal membawa penontonnya terpaku dengan jalan ceritanya yang lebih menarik, penuh kejutan dan pelbagai lagi sisi gelap yang bakal didedahkan oleh watak-watak hebat di dalam drama ini.

Unriddle 2 Logo

“Unriddle 2” bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di ntv7 bermula 16 Mei berkisar tentang kehidupan dua orang penghapus jenayah Lin Zheng Yi (juga dipanggil Da Bao dalam siri ini) lakonan (Chen Li Ping) dan Hu Xiao Man lakonan Rui En bekerjasama dalam menyelesaikan pelbagai kes jenayah misteri dan kompleks.

Chit chat session L-R Tay Ping Hui, Chen Li Ping, Rebecca Lim, Elvin Ng, Huan Qi Ming

Drama yang menjadi hit pada tahun 2010 itu telah berjaya menerima empat pencalonan di dalam Star Awards 2011 termasuklah pencalonan bagi Drama Bersiri Terbaik serta pelakon lelakinya, Tay Ping Hui juga baru-baru ini dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Star Awards 2012. Tay memainkan watak sebagai seorang pegawai polis bernama Zhang Yu Ze yang bertgas bersama Xiao Man di Jabatan Penyiasatan Jenayah.

Lanjutan siri ini akan mengetengahkan beberapa watak baru antaranya pelakon pujaan Elvin Ng sebagai rakan setugas yang kompetitif dan Rebecca Lim sebagai ahli psikiatri yang penuh misteri.

Chen Li Ping

Tay yang menghadiri sidang akhbar yang diadakan Malaysia itu berkata bahawa penonton bakal mempunyai perasaan simpati kepada perwatakannya. “Watak saya mungkin bukan watak yang sempurna. Malah memang tiada sesiapa pun yang benar-benar sempurna. Kesemua watak mempunyai kelemahan merekadan apabila penonton mengetahuinya, mereka akan mempunyai perasaan empati kepada watak-watak drama ini,” kata Tay yang hadir bersama tiga orang lagi pelakon drama itu, Chen Li Ping, Elvin Ng dan Rebecca Lim.

Teraju utama drama itu juga bakal mempersembahkan penghabisan tragis menerusi wataknya di dalam drama tersebut. Apabila ditanya mengenai perasaannya diberikan peranan sebegitu, Tay menjawab dengan tegas: “Ini bukan kerana saya tetapi semuanya kerana drama tersebut.”

Sementara itu pelakon yang juga merupakan penyanyi dari Malaysia, Huang Qi Ming atau lebih mesra dengan panggilan Ming akan meneruskan wataknya sebagai seorang peguam bijaksana tetapi mempunyai muslihat jahatnya yang tersendiri. Wee membuat penampilannya yang terdahulu di dalam beberapa episod siri pertama dimana dia cuba memikat Xiao Man.

Rebecca Lim

“Saya amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk terlibat di dalam produksi besar ini. Banyak yang saya pelajari dengan para pelakon lain yang berada di samping saya dan saya berharap dapat terus bekerjasama dengan mereka,” kata Huang yang turut hadir di acara sidang akhbar oleh ntv7 itu. Unriddle 2 merupakan penampilan kedua pelakon itu dalam drama.

Hasil penulis skrip Hollywood terkenal yang dikenali sebagai Tom, Unriddle 2 bakal penuh dengan plot menarik dan kejutan yang tidak disangka. Sementara itu, pelakonnnya Rui En yang sentiasa kelihatan tenang ternyata mengalami impak tekanan untuk membawa wataknya dan pernah pada satu tahap dia dikatakan memikirkan untuk cuba membunuh diri.

Pada satu babak kelihatan aktres itu berjalan terhuyung hayang kebigungan namun adakalanya dia mengacukan pistol terhadap dirinya dan mengeluarkan bahasa kasar. Namun mujur pelakon gandingannya, Chen berjaya membawa dirinya keluar daripada terbawa-bawa watknya. Rui En juga dikatakan mudah serasi bersama Chen ketika penggambaran kedua-dua siri drama itu dan sering berkongsi masalahnya bersama.

“Saya dan rui En memang mudah bekerjasama di dalam drama ini. Kami juga sedang terlibat di dalam penggambaran drama bersiri terbaru di mana saya akan melakukan watak sebagia ibunya,” kata Chen sambil ketawa.

Alvin Wong

Bila ditanya bagaimanakah mereka mengatasi saat tegang selama membawa watak mereka selama tiga bulan yang penuh dengan emosi, Tay berkata mereka akan saling bantu membantu di anta satu sama lain. “Bagi saya, saya tiada masalah untuk keluar seketika daripada watak saya di dalam drama ini namun mungkin ianya sukar bagi para pelakon lain dan kerana itulah kami perlu saling membantu untuk mengatasinya,’’ tambah actor itu.

Bersiaran buat pertama kalinya di kaca TV Malaysia, para penonton semestinya akan terbuai dengan plot jalan cerita Unriddle 2 yang mendebarkan hasil lakonan mantapa para pelakonnya. Setiap kes yang diselesaikan di dalam siri ini bakal membawa kepada kes yang seterusnya.

Pelbagai perasaan akan menyelubungi para penonton tatkala plot ceritanya bertukar dengan kejutan di mana rakan-rakan dan malah orang yang tersayang juga bakal dibunuh satu persatu yang bakal membawa dua wataknya ke sebuah fasa baru. Semakin lama mereka berusaha menyelesaikan kes yang mereka hadapi semakin mereka menyedari masih ada dalang di sebalik segala kejadian ngeri yang berlaku.

Apa pula yang bakal terjadi kepada Xiao Man dalam lanjutan drama bersiri ini? Adakah dia bakal memilih jalan gelap dan berubah kepada watak antagonis? Jangan lupa mencari jawapan kepada segala yang berlaku di dalam Unriddle 2 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.
Layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, untuk maklumat lanjut atau ikuti perkembangan terbaru semua rancangan ntv7 melalui Facebook atau Twitter.

Rui En

Rui En

Tay Ping Hui

Ming

Chen Li Ping speaking at the PC

Tay Ping Hui speaking at the PC

Rebecca Lim speaking at the PC

Elvin Ng

Huang Qi Ming

Group Photo L-R Tay Ping Hui, Chen Li Ping, Rebecca Lim, Elvin Ng, Huan Qi Ming

Tay Ping Hui & Chen Li Ping at the PC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Madagascar Escape 2 Africa Di TV2

Astro Lancar Saluran MUSTIKA HD