in

Astro Lancar Kempen Eratkan Jalinan Satu Ikatan Ribuan Kemungkinan

Bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Astro telah meneruskan tradisi dalam menghimpunkan variasi program istimewa khusus buat tontonan semua. Bertemakan Eratkan Jalinan – Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan, sebanyak 119 buah program menarik termasuk 37 buah program baru bakal memeriahkan musim perayaan ini di rangkaian 10 buah saluran Melayu Astro yang terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Mustika HD (134), Maya HD (135), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).

[pullquote]Kempen Eratkan Jalinan – Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan. Himpunan 119 Buah Program Di 10 Buah Saluran Astro Sepanjang Syawal Ini![/pullquote]

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro; Encik Khairul Anwar Salleh berkata:

“Bagi meneruskan tradisi Astro dalam menyediakan hiburan yang berterusan meliputi setiap kelompok sasaran penonton yang pelbagai, pihak kami telahpun membuat perancangan rapi untuk meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadan ini sempena sambutan bulan Syawal kelak.

Menepati tema kempen tahun ini iaitu Eratkan Jalinan – Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan, program-program yang ditawarkan adalah himpunan daripada pelbagai genre yang berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem-filem tempatan mahupun antarabangsa termasuklah program-program dalam bentuk definisi tinggi serta banyak lagi yang akan disusun untuk siaran secara berselang seli tanpa henti bagi tontonan seisi keluarga sepanjang musim perayaan ini.”

“Selain daripada itu, para penonton juga berpeluang untuk menyelami dan mengetahui kisah pengalaman sebenar tiga selebriti tanah air yang juga merupakan Artis Eksklusif Astro iaitu Nabil, Johan dan Hanis Zalikha mengenai memori sambutan hari raya dalam hidup mereka yang belum pernah dikongsi kepada umum sebelum ini menerusi iklan komersial televisyen Astro sempena raya.

Sempena musim perayaan ini juga, Astro turut melancarkan Astro First Eksklusif iaitu produk filem premium yang dihasilkan khas untuk tayangan melalui saluran-saluran Astro First.

Sejak pelancarannya pada tahun 2011, Astro First memberikan suatu pengalaman tontonan yang berbeza sama sekali, membawakan filem pawagam terbaharu dan terhebat terus ke ruang tamu rakyat Malaysia. Kini, dengan Astro First Eksklusif, kita melangkah beberapa tapak lagi ke hadapan untuk menerbitkan produk filem premium yang bermutu tinggi, setanding dengan filem-filem yang berada di pawagam. Kami percaya Astro First Eksklusif bakal diterima baik, terutamanya oleh penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan persembahan karya yang lain daripada yang lain di kaca televisyen.

Sama seperti tahun sebelum ini, penonton juga boleh menonton program-program kesukaan mereka menerusi perkhidmatan inovatif Astro On-The-Go yang memberi pilihan kepada para penonton untuk menyaksikan himpunan program-program terbaik kegemaran mereka yang juga turut disiarkan di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Astro Oasis menerusi peranti pilihan masing-masing pada bila-bila masa di mana sahaja mereka berada.

Manakala bagi aktiviti promosi jelajah atau on-ground pula, kami telah memulakan sesi jelajah Eratkan Jalinan serta Marhaban NJOI di bazaar-bazaar ramadan yang turut melibatkan penampilan istimewa oleh bekas peserta Imam Muda, bintang-bintang AF dan Artis Eksklusif Astro untuk turun padang bagi sesi beramah mesra dengan masyarakat di lokasi-lokasi terpilih sekitar Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur,” kata Khairul lagi.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Astro untuk tahun ini, pihak Astro Radio juga tidak ketinggalan mengudarakan program-program menarik khusus buat pendengar setia mereka sepanjang musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd; Dr. Jake Abdullah pula berkata,

“Kami akan memberikan sepenuhnya kemeriahan kepada pendengar setia kami. Stesen-stesen radio kendalian Astro Radio, terutamanya stesen radio Bahasa Malaysia iaitu ERA fm, SINAR fm dan THR Gegar bakal menyemarakkan suasana Hari Raya nanti. Seperti tahun-tahun lalu, penyampai-penyampai radio sentiasa gigih dengan komitmen mereka demi pendengar di sepanjang lebaran sambil memutarkan lagu-lagu raya pilihan serta menyampaikan ucapan pendengar kepada orang tersayang

Laporan trafik sepanjang musim perayaan akan sentiasa dilaporkan secara lebih komprehensif bagi memastikan perjalanan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman lebih selamat. Dengan adanya sajian menarik dari stesen radio kami di sepanjang Syawal, pastikan anda tidak terlepas program-program menarik di radio ERA fm, SINAR fm dan THR Gegar. Dapatkan juga info–info penting buat anda sepanjang musim perayaan.”

Menerajui kempen Eratkan Jalinan – Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan pada tahun ini, Astro Ria (104) bakal menyiarkan program-program menarik sempena Aidilfitri seperti Malam Raya, Raya Sampai Pengsan! Kaunter Kaboom Raya! Romantika Raya 2, Syawal Sehangat Bintang, Meletop Raya, Propaganza Raya serta banyak lagi.

Manakala Astro Prima (105) pula membariskan program-program hiburan seperti Primadona Khas Raya, Konsert Pulanglah Raya Dato Shake, Rumah Terbuka Jaguh Kampung 3, Madu Madu Raya, Syair Si Bonda, Kasih Bersulam Daun Palas dan banyak lagi.

Astro Oasis (106) tidak ketinggalan untuk menawarkan program-program istimewa sempena Aidilfitri seperti Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias (special raya), Tanah Kubur (istimewa raya) dan Rasa Halal Antarabangsa Musim 2.

Astro Citra (131) pula bakal menyiarkan filem-filem seperti Aji Noh Motor, Baik Giler, Taikun, Scooby Doo 2 dan Looney Tunes : Back In Action yang turut disiarkan secara serentak di saluran Mustika HD (134).

Astro Warna (132) selaku satu-satunya saluran komedi di Malaysia pula bakal menyajikan program-program komedi yang pastinya menggeletek hati seperti Lari Lari Raya, Warna Raya, Rabak Raya, Pian Kenan Balik Raya, Hantu Tanah Kubur Berhari Raya serta banyak lagi.

Selain daripada menawarkan program-program yang turut disiarkan secara serentak di saluran lain, saluran yang hanya menyiarkan program-program dalam bentuk definisi tinggi iaitu Mustika HD (134) turut menyiarkan sebuah drama bersiri hebat berjudul Jodoh Itu Milik Kita.

Saluran terbaru Astro iaitu Maya HD (135) juga tidak mahu ketinggalan dalam membariskan program-program menarik sempena Aidilfitri seperti koleksi filem P.Ramlee & Bollywood dalam bentuk definisi tinggi serta program-program lain yang turut disiarkan secara serentak di saluran lain.

Sebagai sebuah saluran kanak-kanak, Astro Ceria (611) juga turut membariskan program-program seperti Ceria Berhari Raya, Upin & Ipin Raya, Ceria Super Popstar dan Strawberi Karipap The Series

Selain itu, pakej Indo Pek juga tidak ketinggalan untuk membariskan program-program bermutu untuk tontonan sepanjang Ramadan ini. Menerusi saluran Bintang (141), para penonton boleh menyaksikan program-program hiburan dan konsert seperti Show Imah Raya, Borak Ngomong Raya, Opera Van Java Raya dan Bukan 4 Mata Raya serta banyak lagi.

Manakala menerusi saluran Pelangi (142) pula, antara filem-filem menarik yang telah disusun khas termasuklah Perahu Kertas 1 & 2, Antara Mimpi, Bintang & Cinta, Kepergok Pocong serta banyak lagi.

Untuk sebarang berita terkini dan maklumat lanjut mengenai Kempen Eratkan Jalinan, Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan, sila layari laman sesawang www.astrogempak.com.my/raya.

Jangan lupa temujanji anda bersama program-program hebat di Astro di sepanjang bulan Syawal 1434 Hijrah ini. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Sedia 119 Program Menarik Sempena Aidil Fitri

Sah! Ashraf Muslim Nikah Dengan Sakinah di Bangkok