in ,

Sah! Ashraf Muslim Nikah Dengan Sakinah di Bangkok

Akhirnya terjawab sudah, segala pekulasi mengenai pelakon Ashraf Muslim yang dikatakan telah berkahwin satu lagi atau dalam erti kata lain berpoligami. Ini satu berita yang mengejutkan juga apabila Asyraf Muslim sendiri mengaku yang dia sudah menikahi gadis yang digosipkan dengannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, di Thailand pada Ahad lalu. Menurut bapa Dayana, segalanya berlaku tanpa pemberitahuan Dayana atau dalam erti kata lain, Ashraf tak memaklumkan niatnya untuk berkahwin lagi satu itu kepada isteri pertamanya, Dayana.

Segala cerita dan kisah di sebalik isu ini diceritakan sendiri oleh bapa kepada Dayana, untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh tonton sendiri video kat atas ni.

[dropcap]A[/dropcap]shraf yang memfailkan permohonan berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi tadi mendapat kebenaran oleh Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab untuk menarik balik permohonannya itu, namun diperintahkan untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada isteri pertamanya Noor Dayana Lokman.

Pengakuan Ashraf sekaligus membuktikan gosip hubungan cinta antara dia dengan wanita tersebut adalah benar walaupun Ashraf sebelum ini pernah menafikan mengenai kontroversi yang melanda dirinya itu.

Ashraf bernikah dengan Dayana yang juga merupakan anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah pada 30 Ogos 2011 di Mekah, namun selepas tiga tahun mendirikan rumahtangga, pasangan ini tidak dikurniakan zuriat.

Ashraf Muslim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancar Kempen Eratkan Jalinan Satu Ikatan Ribuan Kemungkinan

Gambar Najwa Latif & Sleeq di Pelancaran Dikir Aidilfitri