in , ,

Astro Bekerjasama Dengan Barisan Tutor Terkemuka Untuk Siri Akademik SPM PRO+

Dari rantaian siri kegemaran ramai, ‘Oh My English’ ke siri kesayangan ramai, ‘SMK Study Squad’, Astro sentiasa komited dalam menyajikan kandungan pendidikan yang segar dan menghiburkan, sesuai untuk tontonan seisi keluarga yang hadir dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

Sentiasa dianggap sebagai salah satu pemain utama industri yang sentiasa menzahirkan sajian kandungan pendidikan yang segar dan berinovatif, Astro sekali lagi menerbitkan sebuah siri pendidikan berbentuk ‘edutainment’ yang menghiburkan dan terkini menerusi ‘SPM PRO+’, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu organisasi tanah air yang sentiasa menitikberatkan elemen pendidikan untuk semua. 

Spm-Pro+_Key-Visual_Bahasa

Yasmin Yahya, Penolong Naib Presiden, Penciptaan Kandungan – GenNext Studio Astro berkata, “Terdahulu, kami telah melaksanakan penyelidikan pasaran secara menyeluruh dan mendapati bahawa pandemik telah membuatkan sesi pembelajaran semakin mencabar di kalangan pelajar sekolah, terutamanya kepada mereka yang sedang bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Astro Assistant Vice President, Content Creation - Gennext Studio, Yasmin Yahya

Oleh sebab itu, dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar ini, kami telah mencipta kandungan baharu – SPM PRO+ bertujuan untuk mengurangkan tekanan mereka semasa menghadapi peperiksaan ini kelak. Menerusi rancangan akademik baru ini, kami telah mengumpulkan pasukan “pro” yang terdiri daripada tutor muda dan popular yang boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, namun pada masa yang sama kekal bermanfaat. Mereka yang membarisi barisan tutor ini adalah seperti Iqbal Ahyar, Ifwat Rosdi, Syahmi Azizi, Syuhadak Seplee, Maryam Khan, Farez Atan dan PU Azman, masing-masing dengan misi utama untuk membantu pelajar mencapai sukses dalam SPM mereka. Siri ini juga bertujuan untuk mengurangkan tekanan pelajar semasa mereka menyiapkan diri untuk peperiksaan SPM akan datang menerusi kaedah yang lebih canggih dan kontemporari.”

From Left Sir Iqbal, Sir Ifwat And Sir Syahmi

Saksikan SPM PRO+ On Demand dan di Astro GO atau tonton setiap hari dari Isnin hingga Sabtu pukul 9.00 malam di saluran Astro Tutor TV (CH603). SPM PRO+ merangkumi semua mata pelajaran teras – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam yang mana setiapnya mengikuti format Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) terkini. Terdapat sejumlah 180 episod dalam siri ini dan setiap episod berdurasi 7 minit. SPM PRO+ komited untuk membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengemudi topik dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang akan dinilai dalam peperiksaan SPM akan datang melalui contoh-contoh soalan, Petua PRO+ dan kandungan pembelajaran berguna yang lain.

Edison Cheam, Assistant Vice President Of Original Content

Menurut Edison Cheam, Penolong Naib Presiden Kandungan Asal Astro: “Selain kandungan video, kami juga ada menawarkan kandungan pendidikan 360 darjah (secara menyeluruh) dalam talian. Pelajar juga boleh mengakses nota ringkas tambahan, soalan latihan dan video lain di Upped (www.upped.com.my), portal pendidikan Astro secara percuma. Laman web ini akan memuatnaik rujukan terkini subjek-subjek yang disiarkan di SPM PRO+ dan juga subjek-subjek yang tidak diliputi dalam rancangan tersebut seperti Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perakaunan, Perniagaan dan Matematik Tambahan.”

Sejak bertahun-tahun lagi Astro telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk memantapkan agenda pendidikan negara. Pada awal tahun ini, siri pendidikan hebat Astro, ‘SMK: Study Squad’ berjaya meraih lebih 1.46 juta tontonan, seterusnya menjadikan ia rancangan akademik yang paling banyak ditonton di negara ini. Astro juga telah mengeluarkan beberapa rancangan pendidikan lain yang mantap seperti Misi Studi SPM, Pelan A+ SPM dan Dekoded.

Selain melengkapkan semua 10,000 sekolah kerajaan, 5 asrama dan satu pusat belia di Malaysia Timur dengan Astro dekoder, yayasan tanggungjawab sosial korporat di bawah Astro, Astro Kasih turut menyumbangkan 30 komputer riba kepada sekolah rendah untuk membantu murid-murid dengan pembelajaran dalam talian.

Semua program pendidikan Astro boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan On Demand menerusi Astro PVR Box atau Ultra Box. Dapatkan matlumat lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sophia | 16

Sophia Liana Muncul Dengan Wangian SophiaShals Aloe Vera Gel

Sissy Iman | 17

Lazada Raikan Ulang Tahun Jualan 12.12 Ke-10, Nissan Almera Percuma Menanti Anda!