in , ,

Aktiviti Pelancongan Patuh Syariah Bersama Keluarga Sharifah Aleya 

Usaha memulihkan industri pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19 disokong sepenuhnya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menyiarkan program-program travelog yang mengajak orang ramai mengutamakan aktiviti pelancongan dalam negara.

Tidak terkecuali program yang satu ini terbitan JAKIM, “Sahaja Aku” mulai bersiaran 18 Disember ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 6.00 petang di TV1.  Persoalan dimanakah letaknya lokasi menarik dengan kos yang rendah dan patuh syariah sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pastinya berlegar di fikiran kita.

Sharifah Aleya santai bersama anak-anak

Sertai keluarga Sharifah Aleya melakukan aktiviti pelancongan patuh syariah yang pastinya menyumbang idea kepada penonton untuk turut sama mengunjungi lokasi percutian dikongsikan. 

Program empat episod ini menampilkan Sharifah Aleya, suami dan dua anak lelakinya ke destinasi berbeza dalam menambah erat hubungan keluarga dengan meluangkan masa santai bercuti bersama yang tersayang, 

Episod pengenalan Sahaja Aku mengunjungi Hotel Movenpick & Pusat Konvensyen KLIA, Sepang dan berkongsi aktiviti menarik yang dilakukan di sana. 

Sharifah Aleya dan suami

Seterusnya program ini membawakan aktiviti mengujakan dilakukan mereka seisi keluarga di sekitar Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Selangor. Ketahui kelebihan dan keistimewaan buah Naga dengan menemu bual pengusaha ladang buah naga, HL Dragon Fruit ECO Farm yang sememangnya memberikan pengalaman baru dan menarik. Di sini mereka berkesempatan melihat dan mendengar penerangan tentang buah naga, sememangnya satu info terbaru yang berharga. Mencuba dan menikmati makanan dan minuman menggunakan buah naga yang sememangnya berpotensi dikomersilkan untuk pasaran yang lebih besar.

Ikuti banyak lagi aktiviti percutian mereka di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur dan aktiviti yang mengujakan turut dicuba mereka dalam percutian di Kuala Selangor Cabin Camp, Jeram, Selangor.                                                                                                                                                          

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SPM PRO+

Astro Bekerjasama Dengan Barisan Tutor Terkemuka Untuk Siri Akademik SPM PRO+

Filem Menarik Hiburan Hujung Tahun 2021 di TV2