in

Astro AWANI bawa program khas #AgongKita

Astro AWANI bawa program khas #AgongKita untuk singkap sisi berbeza yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

Astro AWANI dengan berbesar hati membawakan dua buah program istimewa sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai 2019. 

Saksikan program temu bual santai #AgongKita jam 12.00 tengah hari yang menampilkan sisi berbeza Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara eksklusif di www.astroawani.com.

EKSKLUSIF-BERSAMA-YDPA-XVI_INSTA-POSTER

Video Promosi #AgongKita:

Saksikan program temu bual khas “Eksklusif Bersama Yang di-Pertuan Agong XVI” jam 9.00 malam memaparkan keperibadian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

Program istimewa ini turut disiarkan secara serentak di platform Astro menerusi saluran-saluran berikut:

  • Astro AWANI (CH501) & www.astroawani.com
  • Astro Ria (CH104) & Ria HD (CH123)
  • AEC (CH301) & AEC HD (CH306)
  • Astro Vaanavil (CH201) 
  • Hello (CH110)

Video Promosi untuk “Eksklusif Bersama Yang di-Pertuan Agong XVI”

Nota: Astro AWANI juga bakal menyiarkan siaran langsung Istiadat Pertabalan bermula jam 9.00 malam pada 30 Julai 2019. 

##TAMAT##

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nazeera Sardi Rebut Hati Ustaz Dalam SKRIN SENTUH HATI ERYNA

Filem & Siri Power di iflix Hujung Minggu Ini