in ,

Senarai Selebriti Yang Bakal Meriahkan Anugerah Skrin 2019

7 Anugerah Kategori Bukan Drama & Teknikal Diumumkan Hari Ini. Gandingan Pasangan Selebriti Berkarisma Gamatkan Anugerah Skrin 2019

Zizan Razak & Nabila Huda, Rozita Che Wan & Zain Saidin, Siti Sarah & Shuib, Shaheizy Sam & Syatila Melvin, Eira Syazira & Azad Jasmin, dan Elly Mazlein & Shuk Sahar, 6 pasangan selebriti berkarisma bakal menyerikan Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 1  November 2019 dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di TV3. Selain itu, malam anugerah ini juga boleh distrim secara langsung dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my dan YouTube @TV3Malaysia. 

Anugerah Skrin, anugerah berprestij anjuran TV3 bertujuan mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem. Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, ASK 2019 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air. Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO SHAW dan BERNAMA untuk menyertai ASK 2019 ini. 

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Alhamdullilah, Anugerah Skrin kembali dan mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan stesen TV dan para penggiat seni tanah air. Kejayaan sesebuah rancangan hiburan merupakan hasil usaha keras oleh semua pihak tidak mengira di hadapan lensa ataupun di sebalik tabir yang seharusnya diraikan bersama-sama.”

Susulan dengan maklum balas positif yang diterima pada tahun lepas, ASK 2019 mengekalkan konsep untuk tidak menampilkan hos utama. 6 pasangan selebriti popular dan sensasi akan berperanan sebagai penyampai anugerah untuk mengacarakan majlis anugerah penuh gilang-gemilang ini. Selain itu, ASK 2019 menjanjikan pengisian program yang menghiburkan sepanjang kelangsungan malam anugerah nanti. Antaranya, persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo seperti Dato’ Jamal Abdillah & Sissy Imann, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat & Santesh, pertunjukan silat mata yang memukau oleh The MADgicians, tarian yang energetik oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey & Zizi Kirana, dan jangan ketinggalan persembahan daripada Andi Bernadee,” tambah Cik Sherina.  

Secara keseluruhan, ASK 2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. Tiga kategori baharu di bawah kategori drama yang diperkenalkan pada tahun lepas turut bertanding dalam ASK 2019 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian. 

Malam Anugerah ASK 2019 bakal menyaksikan 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman  barisan pemenang untuk 7 kategori yang lain akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober 2019, pukul 12.00 tengah hari nanti. 

Hari ini, ASK 2019 meraikan 7 pemenang dari kategori bukan drama dan teknikal iaitu Rekabentuk Set Terbaik, Montaj Terbaik, Rancangan Dokumentari Terbaik, Rancangan Bual Bicara Terbaik, Laporan Khas Berita Terbaik, Rancangan Hiburan Terbaik dan Rancangan Anugerah Terbaik. Kelangsungan majlis ini dirakam dan akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober 2019. 

Anugerah Skrin 2019 diserikan dengan Nivea sebagai penaja bersama, mekarkan keyakinan dengan wangian floral bersama Mandian Creme Oil Pearls dan Deodoran Nivea Hokkaido Rose. Turut disokong oleh Hot FM & Kool FM sebagai radio rasmi, manakala tonton, xtra, Oh Bulan! dan Drama Sangat ialah rakan digital

Kru penerbitan ASK 2019 diketuai oleh Tengku Shahilawati selaku penerbit eksekutif dan Shahrizan Razali sebagai penerbit. Karpet Merah ASK 2019 dikemudikan oleh Sean LJE dan Nina Nadira akan bersiaran secara langsung menerusi TV9 dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. Selain itu, kemeriahan acara karpet merah ini juga dapat disaksikan secara langsung di laman sosial Facebook dan YouTube @TV9Malaysia dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam.  

Rancakkan perbualan ASK 2019 di laman sosial anda dengan hashtag #ask2019!. Dapatkan berita lanjut, kisah di sebalik tabir dan perkembangan ASK 2019 di www.xtra.com.my

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil

Kemunculan Ezlynn Dalam Drama Bersiri 30 JUZUK CINTA