in

Artis Ajak Peminat Bersama Fahami Maksud Surah

Artis Ajak Peminat Bersama Fahami Maksud Surah Dalam Program Bicara Surah di TV1

Tanggungjawab menyampaikan dan menyebarkan kebaikan terletak pada setiap individu apatahlagi ketika seluruh umat Islam meraikan Ramadan yang mulia ini. Ternyata usaha dilakukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi sebuah program menarik bertajuk Bicara Surah sememangnya berkesan menyumbang kepada mengajak seluruh umat Islam menghayati erti dan pengertian maksud surah-surah yang terkandung dalam al Quran.

Menampilkan pengacara Saiful Bahrim, program disiarkan hujung minggu setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 4.30 pagi serta ulangannya setiap Isnin hingga Rabu, jam 4.30 petang di TV1.

Artis Yang Terlibat Jayakan Bicara Surah

Bersama artis undangan Mr Os, Osman Kering, Munir Phyne Bollez, Engku Faridah, Amylia, Alif Azfar, Joey, Yusmal, Farid Amirul dan Azza Elite, setiap 13 episod siarannya penonton di ajak berkongsi pengajaran melalui huraian ayat sebagai panduan dan motivasi manusi sejagat. Ayat dipilih mengkhususkan perbincangan tentang manusia yang mendapat perlindungan dari Allah sebagai pelindung utama, menjaga hati agar lebih tawaduk kepada Allah.

Ayat-ayat dipilih seterusnya mengkhususkan perbincangan tentang perlunya mengasihi sesama manusia lebih-lebih lagi anak yatim piatu dan janganlah kita menzalimi mereka (anak-anak yatim), kelalaian manusia dalam mentaati perintah Allah, ketaksuban manusia yang berlumba-lumba mencari harta kekayaan, pangkat dan darjat sehingga leka dan berakhir dengan pembalasan dari Allah yang amat azab.

Perbincangan turut mengupas tentang ayat yang menyentuh soal penderhakaan Abu Lahab sebagai musuh yang terang lagi nyata kepada Allah. Allah juga mengecam Abu Lahab yang derhaka, yang merosakan kaum nabi Muhammad denga harta kekayaannya, sebagai peringatan kepada manusia agar tidak ghairah dengan apa yang dimiliki sehingga lupa diri dan bangga diri, sifat Allah Taala yang tidak sama sekali dengan manusia dan peringatan kepada manusia supaya taat akan segala perintah Allah juga tentang anugerah Allah kepada kaum Quraish dengan memberi keamanan dan kenteteraman dalam mencari sumber rezeki dengan limpahan yang tidak terhingga, memperingati manusia tentang anugerah dari Allah agar manusia sentiasa bersyukur dan beramal soleh kepada Allah.

Menariknya program ini menyentuh tentang kemuliaan malam Lailatul Qadar yang terjadi pada bulan Ramadan. Memberi tahu manusia tentang kehebatan malam tersebut yang lebih mulia berbanding 1000 bulan pada bulan yang lain.

Lain-lain ayat yang dikupas maksudnya termasuklah tentang manusia yang suka mencaci, mengeji dan yang leka mengumpulkan harta mereka sehingga lalai kepad perintah Allah,orang-orang kafir yang menyembah berhala, pengajaran Allah terhadap azab dan pembalasan terhadap tentera Abrahah yang ingin meruntuhkan kaabah, keamanan dan kedamaian negeri Mekah dengan limpahan kurnian Allah Taala dengan tersemai pelbagai buah-buahan seperti buah Tin, Zaitun dan Kurma dan diakhiri dengan ayat menyentuh kemudahan dan kelapangan kepada nabi Muhammad dan umatnya yang beriman bagi melaksanakan pelbagai urusan.

Justeru pastikan anda yang ingin berkongsi ilmu dan pengajaran ayat-ayat al Quran pastikan anda menonton Bicara Surah sepanjang Ramadan ini hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faezah Elai Umum Kahwin 9 September

Buffet Berbuka Puasa Nasi Padang di Melting Pot Cafe