in , ,

Art of Speed Malaysia 2023 Dibawakan Khas oleh BRO ASIA – Raikan Beza Mu

Budaya Kustom & Counter berkembang maju dalam tahun 2023 dengan lebih banyak dewan & aktiviti

Dengan sambutan yang luar biasa dari pengunjung pada tahun 2022, Art of Speed kembali untuk tahun 2023 – lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya! Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia mengambil tempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – ruang tertutup seluas 350,000 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar – mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung. 

SYQ_9799

MAEPS akan menganjurkan Art of Speed 2023 (AOS 2023) pada 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam).

AOS 2023 mengalukan tetamu komuniti kustom dan juga media antarabangsa seperti:

  • Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun 
  • Cycle Zombies; Amerika Syarikat
  • V-Twin Visionary; Amerika Syarikat
  • Wild Road Choppers; Jepun
  • Cosmic Chopper City; Jepun
  • Geoff dari Return of Cafe Racer; Amerika Syarikat
  • Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
  • Side Yakotani; Jepun
  • Hopping Shower; Jepun
  • Boopin; Jepun
  • Ken Flat Top; Jepun
  • Jetwrench_artstudio; Jepun
  • Vondutch; Indonesia
  • Ya Seat; Thailand
Yang Berbahagia Tuan Zaidi Shahrin (CEO MAEPS)

Sorotan khas AOS 2023 bakal merangkumi:

  • Terbaharu Untuk 2023! – Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal. Sorotan untuk ThunderCircus termasuk pertunjukan aksi motosikal yang dipersembahkan oleh penunggang profesional, serta tunggangan mega dan perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia dan dari sekitar rantau ini.
  • Terbaharu Untuk 2023! -Pada 2023, Dewan B akan diambil alih oleh Hot Wheels Collector Convention Rasmi Pertama di rantau Asia Tenggara. Pengunjung bakal menikmati lebih banyak lagi aktiviti Hot Wheels, paparan diorama – yang merangkumi Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi. Peminat Hot Wheels juga bakal bertemu dan mengalukan kedatangan pereka Hot Wheels terkenal dari Amerika Syarikat. Dan menariknya, percubaan memecahkan rekod untuk pembuatan Hot Wheels terbesar di Malaysia turut diadakan. Untuk memperingati ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel akan bekerjasama dengan jenama automotif nasional ikonik negara iaitu PROTON untuk mencipta sebuah kenderaan Hot Wheels – Proton Saga yang pertama. Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, Mattel menjemput semua kanak-kanak di Malaysia datang melatih kreativiti mereka untuk menyertai Hot Wheels x PROTON Kids Design Competition. Reka bentuk yang menjadi pemenang akan diperingati melalui kad ‘blister’ Proton Saga ‘edisi khas’ dan akan dijual di seluruh negara di Malaysia pada awal 2024 nanti!
  • Terbaharu Untuk 2023! -Hot Wheels Legends Tour bakal membuat debut di AOS 2023. Pada tahun ini, pertandingan rasmi di Malaysia akan diadakan pada hari Ahad ketika berlangsungnya AOS 2023, menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih johan yang akan mewakili Malaysia di pentas dunia. Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends akan diadakan di AOS 2023.
  • Kerjasama dengan NoEqual.co akan menampilkan Pesta NEAT di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia.
  • Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid kembali ke Dewan C untuk 2023 – menampilkan menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.
  • Hail Vintage kembali untuk AOS 2023 dan akan diadakan di Dewan D, mempamerkan pelbagai jenis koleksi vintaj. Vendor pakar akan dijemput bukan sahaja untuk menjual tetapi juga mempamerkan koleksi mereka. Tema tahun ini ialah MUZIK dan menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.
  • Qhalis Najmi dari NoEqual.co akan menjadi hos pada tahun ini untuk acara Kustom & Koffee Talk tahunan di Dewan A pada pukul 3.30 petang pada hari Sabtu, bersama-sama dengan ahli panel dari luar negara. Forum ini akan membincangkan trend terkini dalam industri pengayuhan basikal dan automobil.
  • Show & Shine juga kembali di Dewan A, menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2023 nanti.
SYQ_9523

Aktiviti tambahan AOS 2023 merangkumi:

  • Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang anjurkan oleh Retro Mania
  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
  • Streetware Con – pelbagai vendor fesyen streetwear di Dewan D
  • Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour
  • Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat DG 
  • Automotive Flea Market
  • Pelancaran produk di pentas
  • Test Ride Zone untuk motosikal (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain)
MRL02920

Turut kembali ke AOS 2023 tahun ini adalah SoundCircus Festival yang ditunggu-tunggu. Barisan persembahan untuk SoundCircus Festival* akan diumumkan tidak lama lagi.

L-R _ Nop Lee, Ameerah Aisha, Fiona Chin from IGL Coatings

Acara *SoundCircus Festival hanyalah untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas SAHAJA!

Untuk menamatkan acara pada hari Ahad nanti, seorang (1) pemenang yang memegang tiket bertuah bakal membawa pulang sebuah Toyota Celica 1979 bermodifikasi dengan ‘air-ride suspension’ oleh Art of Speed Malaysia (AOSM).

Pas hujung minggu AOS 2023 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. AOS 2023 akan menjual pas Speed Lane, yang dibuka sejam lebih awal pada jam 9:00 pagi; berharga RM60.00 sah untuk kedua-dua hari. Pengunjung juga berhak menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama A, B, C dan D. Dewan dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam pada kedua-dua hari. Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass akan tersedia atas talian tidak lama lagi.

SYQ_9886

Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar.”

“Pada tahun ini, AOSM akan meraikan ulang tahun ke-12 pertunjukan tahunannya, bagi menyemarakkan lagi semangat peminat yang bersemangat tinggi, kami persembahkan sebuah acara yang rugi untuk dilepaskan oleh semua,” kata En. Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM). 

Untuk AOS 2023, pengeluar e-peranti tempatan, BRO ASIA, menjadi Penyampai Tajuk, “Kami sangat berbangga dan teruja menerima jemputan dari AOSM untuk menjadi sebahagian daripada acara menarik yang dijayakan bersama, selari dan sesuai dengan hala tuju jenama kami yang sememangnya disasarkan untuk peminat Budaya Kustom & Counter” kata Encik Roman Lai, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas BRO ASIA.

Permohonan Vendor & Korporat kini dibuka, sila hubungi Rafiq di talian +6012 2620 405 untuk sebarang pertanyaan perniagaan. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SURIA FM

Suria FM Lancar Lagu ILUSI FATAMORGANA Sempena Bulan Ramadan

TikTok Malaysia Lancar Kempen #InspirasiRamadan & #InspirasiRaya