in , , ,

Aramaiti! Karnival Jom Heboh Sabah Banjir Dengan Setengah Juta Orang Pengunjung!

Setelah enam tahun tidak berkunjung ke Sabah, Karnival Jom Heboh (KJH) di Dataran Kompleks Sukan, Kota Kinabalu pada 7 & 8 September lalu telah dibanjiri dengan kehadiran setengah juta orang pengunjung!

Sudah pasti tarikan terbaharu di KJH edisi 2019 ini iaitu Jom Menang Kereta yang menawarkan sebuah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star turut mendapat sambutan hangat oleh para pengunjung dengan beribu-ribu penyertaan. Selain itu, sudah pasti yang menjadi tarikan utama adalah Studio A dan Studio B yang menghimpunkan pelbagai aktiviti. Para pengunjung yang hadir tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti bersama barisan artis iaitu Bella Dally, Nafiz Muaz, Megat Mentor, Wani Kayrie, Afieq Shazwan dan Alyssa ICSYV  seperti Tiru Gaya Saya, Lip Sync Battle, Karaoke Boom! di Studio A yang dihoskan oleh Acap dan Zee Tokan.

pandangan udara pengunjung konsert di KJH Sabah
Pemandangan dari udara pengunjung konsert di KJH Sabah

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN),

“Warga Sabah tidak pernah mengecewakan kami. Kehadiran 500,000 warga Sabah selama dua hari sepanjang karnival ini berlangsung membuktikan acara padang terbesar ini amat dinanti-nantikan.

Perkarangan Kompleks Sukan Kota Kinabalu sudah dipenuhi oleh para pengunjung seawal jam 9.00 pagi.

Orang ramai juga sudah mula membanjiri pentas utama seawal jam 5.00 petang untuk menyaksikan persembahan para penyanyi seperti Misha Omar, Hael Hussaini, kumpulan Slam dan ramai lagi yang membuat persembahan pada sebelah malam. 

Walaupun pada hari kedua, hujan turun dengan lebat di sebelah petang namun orang ramai tidak berganjak daripada pentas utama.

Ada yang datang jauh dari Sandakan, Tawau dan juga Brunei untuk sama-sama merasai kemeriahan di KJH.

Kami amat terharu dengan penerimaan warga Sabah. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat kesemua warga Sabah yang telah mengunjungi KJH Sabah. Sokongan anda amat kami hargai!,”

Encik Johan Ishak
Afzan A. Rahman di Bazar Selebriti
Afzan A. Rahman di Bazar Selebriti

Di  Studio B yang dihoskan oleh Harris Alif dan Shah Sulaiman, pengunjung terujadengan pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk anak-anak kecil seperti aktiviti DIY, permainan kanak-kanak, sesi bergambar di B! Insta, persembahan penjagaan gigi serta sesi ramah mesra dan peluang bergambar bersama maskot  Ejen Ali, Boboiboy dan juga Alif & Sofia. 

Faye Kusairi di Bazar Selebriti KJH Sabah
Faye Kusairi di Bazar Selebriti KJH Sabah

Pentas Hot FM Nite Jam yang dihoskan oleh Shuk GPH, Shuib GPH, Fizie GPH dan jugaSarancak  telah menggegarkan pentas utama KJH dengan persembahan penyanyi hebat Misha Omar, Hael Husaini, Drama Band, Amir Masdi dan juga Neon.

Pada malam Ahad, Konsert Jom Heboh tidak kurang hebatnya apabila orang ramai dihiburkan pula dengan persembahan Kumpulan Slam, Zizi Kirana, Atmosfera Band, Velvet, Qody Rani dan Qalisya Mentor

Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan ‘busking’ oleh anak tempatan seperti Lentaratari, Markaz 69, Chugs On Deck dan Bolos Ru Bulur.

Untuk info terkini mengenai Karnival Jom Heboh jangan lupa layari laman sesawang www.xtra.com.my/jombeboh dan juga laman sosial @TV3Malaysia. 

Persembahan Neon di HOt FM Nite Jam KJH Sabah
Persembahan Neon di HOt FM Nite Jam KJH Sabah
Drama Band di HOT FM Nite Jam di KJH Sabah
Drama Band di HOT FM Nite Jam di KJH Sabah
Misha Omar membuat persembahan di pentas Hot FM Nite Jam
Misha Omar membuat persembahan di pentas Hot FM Nite Jam
Pelakon Nafiz Muaz di Studio A
Pelakon Nafiz Muaz di Studio A
Afieq Shazwan di Studio A
Shuk Geng Pagi Hot (GPH)
Shuk Geng Pagi Hot (GPH)
Bella Daly di booth bazar selebriti
Bella Daly di booth bazar selebriti
IMG_0185
Misha Omar di Konsert Hot FM Nite Jam KJH Sabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misi Nabil Mahir Cari Teh Tarik Terbaik Dalam TEH TARIK ROAD TRIP

Sertai Pengalaman RM1 untuk memperingati Hari Malaysia Anjuran Airbnb