in ,

Sertai Pengalaman RM1 untuk memperingati Hari Malaysia Anjuran Airbnb

Untuk memperingati Hari Malaysia pada 16 September, lapan hos Malaysia akan menawarkan siri Pengalaman unik dengan harga RM1* untuk pilihan tarikh terhad yang berlangsung sepanjang bulan September, yang mempamerkan kebudayaan dan warisan Malaysia yang terbaik. Pengalaman ini akan tersedia berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Foto Kredit: SalamToday.com

Daripada penghayatan budaya sambil berjalan kaki yang membawa anda kembali ke masa lalu hingga kembara berpandu untuk pengembara yang inginkan aktiviti yang mencabar. Pengalaman ini akan membolehkan anda mengenali Malaysia seperti warga tempatan yang tulen.  

Lawatan Berbasikal Warisan Pulau Pinang Semua-Dalam-Satu, Pulau Pinang

RM1 bagi setiap orang, 10 orang sahaja, tersedia pada 16 September

Ken dan rakan-rakannya akan membawa anda ke sekitar Georgetown dalam lawatan berbasikal warisan untuk menikmati makanan penjaja yang paling enak, seni jalanan dan tapak bersejarah terbaik di Pulau Pinang. Bagi mereka yang tidak boleh berbasikal, Ken juga menawarkan pilihan untuk mengalaminya dengan menaiki beca!

Temuan Village Trail with Native Guides

Keajaiban Kampung Baru, Kuala Lumpur

RM1 bagi setiap orang, 6 orang sahaja, tersedia pada 17 September 

Terokai rahsia dan cerita tersembunyi tentang keluarga Melayu yang tinggal di Kampung Baru apabila Fuad membawa anda bersiar-siar mengelilingi kawasan Melayu terakhir tempat beliau membesar. Anda juga akan dapat melawat tempat yang biasanya dikunjungi oleh penduduk tempatan dan mengalami cara hidup Kampung Baru yang tulen. 

Kelas Memasak Kuih Nyonya Melaka, Melaka
RM1 bagi setiap orang, 8 orang sahaja, tersedia pada 19 September

Pelajari cara membuat Kuih nyonya – snek Peranakan tradisional dengan Li Ting dan ibunya dalam keselesaan banglo 2 tingkat mereka sambil mereka berkongsi resipi rahsia keluarga mereka. Anda juga akan dapat membawa pulang kuih manis ini.

Sew a Batik Blouse

Jahit Blaus Batik, Kuala Lumpur

RM1 bagi setiap orang, 6 orang sahaja, tersedia pada 19 September

Pemilik bersama Maker’s Habitat, Ching, telah menjahit pakaian dan beg sejak 20 tahun lepas. Rasai keseronokan menjahit melalui bengkel ini, dan bawa pulang blaus batik Malaysia anda sendiri.

3-dalam-1 Masjid + Batu Caves + Kuil Bukit, Kuala Lumpur
RM1 bagi setiap orang, 12 orang sahaja, tersedia pada 23 September

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang komuniti Muslim di Malaysia? Sertai Ahmad dalam Pengalaman penghayatan budayanya sambil berjalan-berjalan, dan hayati seni bina dan sejarah masjid yang berbeza di sekitar Kuala Lumpur. 

Denai Kampung Temuan dengan Pemandu Orang Asli, Petaling Jaya
RM1 bagi setiap orang, 10 orang sahaja, tersedia pada 22 September

Pengalaman Impak Sosial ini merupakan inisiatif bersama antara Native, sebuah perusahaan sosial berasaskan pengembaraan dan Epic Collective, sebuah ekosistem syarikat dan platform yang bertujuan untuk mewujudkan peluang sukarelawan bagi mereka yang ingin menyumbang kembali kepada masyarakat. Sertai Daniel dan pasukannya semasa mereka mengembara merentasihutan komuniti Orang Asli Temuan yang dilindungi dan ketahui lebih lanjut tentang penduduk tempatan dan persekitaran mereka. 

Belajar bermain Sape bersama dengan juara muzik, Kuala Lumpur

RM1 bagi setiap orang, 10 orang sahaja, tersedia pada 28 September

Ketahui cara bermain Sape, alat tradisional dari Sarawak dari pemain muzik juara dunia, Saufi Aiman. Di akhir sesi kelas ini, anda akan dapat membaca nota muzik asas dan memainkan beberapa lagu Sape bersama-sama dengan rakan muzik baharu anda!

Penang All-In-One Heritage Bike Tour

Alami kehidupan kampung di Malaysia, Kuala Lumpur

RM1 bagi setiap orang, 6 orang sahaja, tersedia daripada 28 September hingga 29 September

Nikmati pengalaman tradisi dan budaya suku suku Semai pada pengembaraan selama dua hari dimana tuan rumah Adi akan membawa anda untuk mengalami kehidupan di sebuah kampung tradisional. Anda akan mendaki untuk melihat bunga terbesar di dunia, menikmati Air Terjun Damak dan juga belajar menenun, memancing dan memburu!

*Hos boleh menerima pampasan daripada Airbnb sebagai pertukaran untuk menawarkan harga istimewa ini kepada tetamu.  

Bilik Akhbar Airbnb ditujukan kepada wartawan. Kesemua Rumah dan Pengalaman yang dirujuk di Bilik Akhbar Airbnb adalah semata-mata untuk memberi inspirasi dan ilustrasi. Airbnb tidak mencadangkan atau mengesahkan senarai Rumah atau Pengalaman tertentu pada platform Airbnb.

+++

Tentang Airbnb

Airbnb yang diasaskan pada tahun 2008 mempunyai misi untuk mencipta dunia di mana orang ramai boleh rasa seperti di rumah melalui pengembaraan sihat yang bersifat tempatan, tulen, pelbagai, inklusif dan mampan. Airbnb memanfaatkan teknologi secara unik untuk memperkasakan jutaan orang di seluruh dunia untuk membuka dan menjana pendapatan menerusi ruang, minat dan bakat mereka untuk menjadi pengusaha hospitaliti. Pasaran penginapan Airbnb menyediakan akses kepada 5+ juta penginapan unik di lebih daripada 81,000 bandar dan 191 negara. 

Dengan Pengalaman, Airbnb menawarkan akses buat julung-julung kalinya kepada komuniti dan minat tempatan melalui 15,000 aktiviti yang unik dan direka sendiri, yang dijalankan oleh hos merentasi 1,000+ bandar di serata dunia. Platform individu-ke-individu Airbnb memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan, termasuk hos, tetamu, pekerja dan komuniti tempat ia beroperasi.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aramaiti! Karnival Jom Heboh Sabah Banjir Dengan Setengah Juta Orang Pengunjung!

Rawang BC Dapat Suntikan Semangat Menjelang ACPLJ2019