Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Ara Johari Bersumpah Tak Pernah Meneguk Minuman Keras

Penyanyi Ara Johari bersumpah tidak pernah menyentuh jauh sekali meneguk minuman keras dan barang terlarang seperti tuduhan yang tersebar, baru-baru ini.

Kontroversi itu tercetus selepas penyanyi lagu Bunga itu menarik diri pada saat-saat akhir daripada sebuah program televisyen (TV) dengan memberi alasan mengalami masalah kesihatan. Tindakan itu dikatakan menyukarkan produksi hingga terpaksa mencari penyanyi gantian secara mengejut.

Ara atau nama sebenar, Nurfarrah Izattie Johari, 23, berkata, tuduhan dirinya ‘kaki minum’ dan mengambil barang terlarang bukan kali pertama didengar.

Ara Johari

“Hanya disebabkan tubuh kecil, saya dituduh kaki minum dan mengambil barang terlarang. Selepas kira-kira dua tahun berada dalam industri, nama saya mula dikaitkan dengan cerita kurang enak.

“Ramai yang membuat tuduhan seperti itu. Saya berani bersumpah tidak pernah minum dan sentuh barang terlarang,”

– Ara Johari

Ara yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2016 mengaku kecewa dilemparkan tuduhan tidak berasas membabitkan akhlaknya.

“Tetapi saya tidak mampu menutup mulut orang. Perkara itu sebenarnya sangat sensitif. Kadang kala timbul rasa marah tetapi apa yang penting keluarga tahu siapa saya,”

– Ara Johari

Tidak mampu menutup mulut orang, Ara, bagaimanapun percaya mereka akan berhenti bercakap apabila sudah penat.

Lagipun, Ara lebih mementingkan perasaan keluarga berbanding memikirkan pandangan serong netizen terhadap dirinya.

Pada masa sama, Ara percaya dirinya terheret dengan kontroversi itu berikutan perhubungan sosialnya.

“Saya berkawan dengan semua orang. Saya mengaku ada dalam kalangan mereka mengambil minuman keras, namun, dalam hal ini, kita yang tentukan siapa diri kita.

“Tidak semestinya apabila berkawan dengan mereka, saya perlu ikut apa yang mereka lakukan,”

– Ara Johari

Ara berkata demikian di depan media semasa hadir pada kempen ‘Malaysiaku Kita Selamat Bersama’ sempena Bulan Kemerdekaan Negara anjuran Astro, semalam.

Sumber: BH Online

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version