in

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang AirAsia Premium Red Lounge di KLIA2

Kumpulan Syarikat Penerbangan AirAsia dan AirAsia X memperkenalkan AirAsia Premium Red Lounge di klia2 yang bakal dibuka kepada tetamu pada 2 September 2016, dengan menawarkan perkhidmatan 24 jam dengan kemudahan-kemudahan seperti bufet, internet tanpa wayar, ruang rehat, stesen kerja, kemudahan bilik mandi dan sebagainya.

Tetamu Premium Flatbed dan Premium Flex kumpulan syarikat penerbangan tersebut akan dapat menikmati akses percuma ke AirAsia Premium Red Lounge. Ia juga disediakan untuk semua tetamu lain pada harga RM79 seorang.

Photo 1

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang AirAsia Premium Red Lounge di KLIA2

[dropcap]D[/dropcap]atuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Kumpulan AirAsia X dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad serta Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad melancarkan kemudahan baru tersebut hari ini bersama Datuk Badlisham Ghazali, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Kumpulan AirAsia X berkata,

“Sebagai perintis penerbangan tambang rendah di rantau ini, kami berazam untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kami bagi perjalanan tambang rendah dan mengekalkan kedudukan kami sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di dunia. AirAsia Premium Red Lounge, salah satu ruang istirehat penerbangan tambang rendah yang pertama di dunia, yang juga melambangkan komitmen kami dalam mencipta nilai yang luar biasa bagi tetamu kami melalui produk-produk inovatif dan perkhidmatan yang berbeza.”

“Kami menerima sekurang-kurangnya 5,000 penumpang transit sehari dan berharap agar perkhidmatan seperti AirAsia Premium Red Lounge sebagai kemudahan tambahan dalam pengalaman perjalanan mereka. Ruang rehat ini boleh memuatkan sehingga 110 tetamu pada satu-satu masa, dan kami teruja untuk melayan semua tetamu yang akan menggunakan perkhidmatan ini apabila ia dibuka secara rasminya esok,” tambah Datuk Kamarudin Meranun.




AirAsia Premium Red Lounge dibuka di klia2

AirAsia Premium Red Lounge terletak di Aras Mezanin di Balai Berlepas Antarabangsa di klia2. Meliputi seluruh tingkat dengan keluasan 302m2 serta mezanin Sun Room yang menghadap Skybridge dan taxiway, ruang rehat ini akan menjadi sebahagian daripada produk premium kumpulan syarikat penerbangan tersebut termasuk Premium Flatbed and Premium Flex yang direka untuk memenuhi keperluan para tetamu dengan keperluan yang bijak.

[pullquote align=”right”]Ruang rehat penerbangan bakal menjadi tarikan buat pelancong transit dan mengukuhkan kedudukan klia2 sebagai hab tambang rendah di Asia.[/pullquote]

AirAsia telah dinamakan sebagai Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun kelapan berturut-turut dan AirAsia X memenangi Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium bagi tahun keempat pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax yang telah berlangsung di Farnborough, UK baru-baru ini.

Kerusi Premium Flatbeds AirAsia X mempunyai ciri-ciri termasuk soket kuasa universal, penyandar kepala yang boleh dilaraskan dan utiliti terbina seperti dulang, pemegang minuman, cahaya untuk membaca dan skrin privasi. Tetamu yang menempah kerusi Premium Flatbed juga boleh menikmati produk premium percuma dan perkhidmatan termasuk Daftar Masuk Prioriti, peruntukan bagasi 40kg, makanan, bantal dan selimut serta akses ke AirAsia Premium Red Lounge.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

Sun Room_airasia premium red lounge

Lounge_buffet_airasia premium red lounge

Entrance_airasia premium red lounge

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia FFM 28

Yang Patut Korang Tahu Bila AirAsia BIG Duty Free Kolaborasi Dengan SimplySiti