in ,

Yang Patut Korang Tahu Bila AirAsia BIG Duty Free Kolaborasi Dengan SimplySiti

AirAsia BIG Duty Free hari ini mengumumkan kolaborasi dengan SimplySiti, jenama kecantikan popular di Malaysia dengan menawarkan tetamu AirAsia dua produk ekslusif AirAsia-SimplySiti.

Produk edisi khas, iaitu ‘Simply Elegant 2 Way Cake – AirAsia Edition’ dan ‘Simply Elegant Lip Gloss Duo – AirAsia Edition’ boleh didapati dalam semua penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan AirAsia X (kod penerbangan D7) bermula 1 September 2016.

Produk buatan Korea tersebut dijual pada harga promosi RM54 setiap satu di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X mulai 1 September sehingga 30 September 2016. Ia juga boleh dibeli di laman web bigdutyfree.com. Kedua-dua produk ini adalah dari rangkaian produk paling laris SimplySiti dan tidak boleh dibeli di tempat lain.

AirAsia BIG Duty Free SimplySiti

Produk eksklusif AirAsia-SimplySiti secara rasminya dilancarkan hari ini oleh Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad, bersama- sama dengan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa, Pengerusi Eksekutif SimplySiti Sdn Bhd; Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti Sdn Bhd dan Peter Sellick Davies, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SimplySiti Sdn Bhd.

Turut hadir di perasmian tersebut adalah Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Nik Harris Nik Kamaruddin, Ketua Pegawai Operasi SimplySiti Sdn Bhd.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad berkata,

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan SimplySiti dengan menawarkan dua produk eksklusif yang akan dijual dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang menjangkau lebih daripada 120 destinasi di seluruh dunia. Selain kedua-dua produk ini, AirAsia BIG Duty Free juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa rangkaian penuh produk SimplySiti juga kini boleh didapati secara online di laman bigdutyfree.com, menjadikan AirAsia BIG Duty Free sebagai satu platform khas untuk kesemua produk SimplySiti.”




Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti Sdn. Bhd. berkata,

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat Datuk Kamarudin Meranun kerana dengan kepercayaan dan visi beliau terhadap kolaborasi ini, maka dapatlah kita bersama-sama hari ini untuk menyaksikan hari penuh bersejarah buat AirAsia dan SimplySiti. Kerjasama SimplySiti dengan AirAsia akan membuatkan produk-produk kami kini lebih mudah untuk didapati di pasaran domestik dan antarabangsa. Perkongsian ini akan memudahkan produk SimplySiti merentas sempadan di pasaran antarabangsa dan seterusnya Simplysiti akan dapat melonjak lebih jauh ke dalam pasaran yang belum diterokai secara global. Beli-belah produk Simplysiti di dalam penerbangan anda untuk solekan yang hebat.”

AirAsia BIG Duty Free SimplySiti

AirAsia BIG Duty Free adalah portal Barangan Bebas Cukai AirAsia BIG yang menjanjikan pilihan terbesar pelbagai jenama bebas cukai dan produk barangan dengan tawaran hebat dan kejutan yang besar untuk pembeli secara online.

AirAsia BIG Duty Free bukan sahaja memberi penjimatan dengan membeli-belah bebas cukai, ia juga memberi kemudahan lebih kerana tetamu boleh menempah awal secara online di mana sahaja pada bila-bila masa dan semua pembelian akan dihantar ke tempat duduk mereka pada ketika penerbangan AirAsia atau AirAsia X mereka yang seterusnya.

Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktivit terkini, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang AirAsia Premium Red Lounge di KLIA2

Jackie Chan Terima Anugerah Istimewa Oscar