in ,

Apa Yang Menarik Drama Bersiri 3 Dara Pelamin 1

Kegigihan Tiga Beradik Dalam Drama Bersiri “3 Dara Pelamin 1” Di TVi. Luangkan masa menyaksikan kisah Suhaila, Suhana dan Suhani masing-masing berjaya dalam akademi setelah menggenggam segulung ijazah. Walaupun kedua ibubapa mereka iaitu Syafik dan Anis masih berada diluar negara kerana perniagaan, mereka bertiga masih tinggal dan di jaga oleh tiga orang nenek iaitu Mak Cah, Mak Tipah dan Mak Senah.

Melatari drama bersiri “3 Dara Pelamin 1” yang mengetengahkan pelakon Kilafairy, Ammar Asyraf, Erin Malek, Kay Khaydir, Putri Chichi dan Azam Pitt sebagai pelakon utama selain turut dibantu Ku Fridah Ku Shafie, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri, 13 episod drama ini menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TVi bermula 30 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam.

Poster Drama Bersiri 3 Dara Pelamin 1

Kisahnya berlegar watak mereka bertiga tidak suka duduk sahaja di rumah dan masing-masing sudah mempunyai rancangan kerjaya namun terikat kerana Suhaila dikehendaki menjaga syarikat keluarga dan mengambil alih tempat Syafik, Suhana pula diberi dana untuk menjalankan sebuah perniagaan syarikat penerbitan manakala Suhani pula dilihat lebih suka menjalankan aktiviti perniagaan sendiri dan melibatkan perkongsian bersama seorang rakan bernama Adila.

Walaupun Syafik mahu ketiga-tiga anaknya itu bekerja di dalam syarikat milik keluarga, tetapi mereka menolaknya secara baik kecuali Suhaila yang menerima permintaan Syafik itu kerana memandangkan pengetahuannya semasa belajar lebih kepada undang-undang.

Bermulalah kerjaya mereka bertiga dengan mengendalikan syarikat, perniagaan masing-masing yang mempunyai pelbagai krisis, konflik, dugaan dan cabaran yang adanya di dalam dunia perniagaan.

Kerana ingin belajar erti hidup dan berdikari, Suhaila, Suhana dan Suhani bercadang untuk tinggal di rumah berasingan dengan tiga nenek mereka. Bukan mereka tidak mahu tinggal bersama, tetapi mereka mahu praktikkan apa yang telah diajar oleh ketiga nenek mereka itu tanpa menyusahkan lagi mereka. Walaupun menerima bantahan, namun akhirnya ketiga-tiga nenek seperti memahami kehendak ketiga-tiga cucu mereka itu.

Di alam perniagaan, hubungan di antara Suhaila dengan Johan dilihat renggang kerana hasutan dari Datuk Jalil yang mengumpan Sofea sebagai penghasut demi mencapai cita-citanya untuk merampas syarikat Syafik, Suhana pula terjumpa semula Remy yang kini menjadi pesaing perniagaannya manakala Suhani berhadap dengan sikap Adila yang mahu membeli syer Suhani untuk memilik secara total perniagaan kafe mereka.

Mengenai hubungan cinta pula, Suhaila yang bersahabat dengan Azrai, Suhana dengan Hakimi dan Suhani pula dengan Fitri masih berterusan tetapi masih masing-masing belum meluahkan perasaan cinta kecuali Suhani yang dilihat rapat dengan Fitri. Pertemuan kali pertama setelah tamat belajar memutikan bait-bait cinta di hati mereka berenam tetapi berhadapan dengan krisis dan dugaan sebelum mereka bertiga sama-sama naik pelamin dalam usia yang muda.

Nenek-nenek masih memantau mereka tetapi kali ini tidak terlalu keterlaluan kerana cucu-cucu mereka sudah hidup sendiri. Namun mereka bertiga masih bertindak sebagai penasihat kepada mereka bertiga kerana mereka adalah orang tua.

Sebagai pengantin muda dan melalui hidup berumahtangga, timbul juga asam garam rumahtangga yang dihadapi oleh mereka bertiga. Bagaimanakah cara mereka menangani konflik yang timbul? Ikuti kesudahannya hanya di TVi.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem LOVE IN DISGUISE Lakonan & Arahan Lee Hom Wang

Peraduan Menangi Merchandise Filem BRIDGE OF SPIES