in

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Oh!K HD & Channel M HD

Astro menambah dua saluran Korea Berdefinisi Tinggi (HD), iaitu saluran Oh!K HD (Saluran 394) dan saluran Channel M HD (Saluran 395) pada 16 Februari 2015, justeru mengukuhkan lagi tawaran hiburan Korea di Astro.

Semua pelanggan Astro yang memiliki peranti B.yond boleh menikmati pratonton percuma bagi saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD hingga hujung bulan Februari 2015. Seterusnya, saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD akan menjadi sebahagian daripada pakej baharu iaitu Korean Pack yang berharga RM 10 sebulan.

From Left - Vineet Puri From Channel M Hd, Agnes Rozario From Astro And Marianne Lee From Oh!K Hd

Agnes Rozario, Naib Pengerusi, Kumpulan Pengurusan Kandungan, Astro, berkata:

“Astro merupakan peneraju siaran saluran Korea 24/7 di Malaysia menerusi saluran KBS World dan saluran ONE HD. Kini, saluran KBS World boleh diakses oleh semua pelanggan Astro dan saluran ONE HD merupakan salah satu saluran yang paling banyak ditonton tidak kira di kaca TV mahupun melalui Astro on the Go (AOTG). Saluran Channel M HD adalah antara saluran yang paling kukuh yang berorientasikan belia dan muzik Asia di rantau ini dan menerajui menyebarkan budaya Korea di seluruh dunia. Saluran Oh!K HD menawarkan kandungan yang terbaru dan yang terbaik dari MBC di Korea. Dengan semua penawaran kami iaitu saluran Channel M HD, Oh!K HD, ONE HD dan KBS World, Astro adalah destinasi yang tiada tandingan bagi hiburan Korea dari sudut drama, K-pop dan hiburan variati berbentuk HD dan boleh ditonton pada skrin pilihan anda sama ada di TV atau AOTG pada PC, Tablet atau telefon pintar.”

Agnes Rozario, Vp Content Management Group, Astro

Astro Membawa 2 Saluran Korea Baru. Pratonton percuma untuk saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD untuk pelanggan Astro sehingga hujung Februari 2015

“Saluran Oh!K dan saluran Channel M HD juga akan turut menyiarkan rancangan terbaharu hanya beberapa jam selepas siarannya di Korea, justeru memastikan Astro kekal sebagai cara yang paling mudah dan cepat untuk pelanggannya menonton rancangan Korea kegemaran mereka. Oleh itu, kami yakin bahawa saluran-saluran HD baru ini akan diterima dengan baik oleh pelanggan-pelanggan kami.”

Speech-Bubble-Logo

Phil Nelson, Naib Presiden Kanan Turner International dan Pengarah Urusan di Asia Tenggara, Asia Utara dan Pasifik, berkata:

“Jenama terkemuka Turner – CNN dan Cartoon Network – telah menjadi tunggak saluran berita dan saluran kanak-kanak dalam portfolio Astro selama bertahun-tahun, justeru, kami tidak sabar untuk menggembirakan penonton Malaysia dengan saluran hiburan umum terkini kami, saluran Oh!K HD. Sejak penampilan sulung serantau Oktober lalu, saluran Oh!K HD telah menjana populariti yang kukuh, dengan beberapa siri drama Korea yang terbaik dan hiburan variati dalam masa 24 jam siaran asal mereka.”

Saluran Oh!K HD (Saluran 394) membawa drama siri premium, rancangan variati dan program muzik oleh penyiar Korea, MBC, dengan tajuk drama seperti, ‘Shine or Go Crazy’, yang disiarkan pada hari yang sama seperti di Korea; ‘Rosy Lovers’ dan ‘Four Legendary Witches’. Kandungan muzik dan program variati popular yang terkandung dalam saluran tersebut termasuklah ‘Infinate Challenge’ dan ‘I am a Singer’ (Musim ke-3)

Vineet Puri, Ketua Sektor, Malaysia, Saluran Fox International berkata:

“Saluran Channel M HD, adalah saluran yang menyeluruh, dan menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk drama, K-pop, variati, program realiti dan gaya hidup untuk menghiburkan penonton dari semua peringkat umur dan gaya hidup.

Channel M The Genius 2

Dengan pemahaman yang baik terhadap keperluan penonton kami, pengeluaran produksi tempatan dilakukan sebagai usaha menjadikan Saluran Channel M HD sebagai saluran yang dapat merapatkan jurang antara hiburan Korea dan budaya tempatan penonton. Saluran Channel M yang bertempat di Asia Tenggara, berada dalam kedudukan yang terbaik untuk membawa gelombang Korea, dan kami juga membawa kandungan hiburan terbaik dari Korea.”

M_Logo_Hdslogan(White)

Saluran asal kepada program anugerah popular, MNet Asian Music Awards (MAMA), saluran Channel M HD (saluran 395) menawarkan kandungan yang komprehensif dari trend terkini ‘Hallyu’, K-Pop, variati, drama dan program gaya hidup. Saluran Channel M HD menyalurkan kandungan K-Pop yang terkini dengan program carta muzik popular, ‘M! COUNTDOWN’ yang boleh ditontonkan 24 jam selepas siarannya di Korea. Program popular lain termasuk drama ‘Bad Guys’; dan program variati, ‘Over Flower Series’; ‘Get It Beauty’; ‘Pony’s Diary’; dan ‘K Chef Battlefield 2’.

Di Astro kami komited ke arah lokalisasi dan untuk tujuan ini, saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD akan mempunyai pilihan sari kata terdiri daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina, berserta dengan pilihan audio dalam Bahasa Korea, dan program terpilih yang dialih bahasa dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia. Untuk kemudahan tambahan pelanggan kami, kedua-dua saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD juga boleh didapati melalui Astro on the Go bagi membolehkan pelanggan kami untuk memilih skrin pilihan mereka sama ada di televisyen, dalam talian atau di telefon bimbit.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.astro.com.my/koreanpack

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ANA BEATRIZ BARROS Duta Global SACOOR BROTHERS

Nick Jonas to Host Nickelodeon’s 28th Annual Kids Choice Awards