in ,

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang INVITO HOTEL SUITES Kuala Lumpur

Kuala Lumpur semakin hari semakin lama terus berkembang pesat sehingga menjadi tumpuan para pelancong asing dari pelbagai pelusuk negara. Ini mungkin kerana ibu negara kita memang terkenal dengan pelbagai tempat membeli-belah yang murah dan berkualiti.

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun terdapat beberapa hotel terkenal di KL yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri makin banyak juga hotel-hotel baru yang muncul di bandaraya ini. Terbaru, Invito Hotel Suites merupakan salah satu tempat penginapan yang bakal menjadi pilihan ramai.

Invito-Studio Exe-02-FA-J Low

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang INVITO HOTEL SUITES Kuala Lumpur

[dropcap]T[/dropcap]erbina di kawasan yang terkenal dengan kediaman elit serta kafe dan restoran iaitu Changkat Bukit Bintang di pusat Bandaraya, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di sini semakin bagus setiap hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Yang lebih istimewa, hotel ini bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa.

Dengan konsep suite sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan (serviced apartments).

[pullquote align=”right”]Terdapat pilihan suite dengan satu, atau dua bilik tidur untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja hotel yang datang untuk mengemas seluruh suite seperti di hotel lima bintang yang lain.[/pullquote]

Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gimnasium, dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja serta mereka di kawasan sekitar KL.

Ini kerana selain kawasan kafe dan restoran, hotel ini juga berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka seperti pusat-pusat membeli-belah dan mercu tanda paling mudah untuk mengenali kawasannya adalah kedudukannya yang betul-betul berada di sebelah deretan kafe Changkat Bukit Bintang. Malah akses ke jalan Bukit Bintang memudahkan para tamu untuk ke stesen Monorel dan sebagainya.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia sebuah restoran yang menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat iaitu Hubba Hubba. Tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam restoran ini boleh dinikmati oleh semua yang datang.

Jadi pilihan restoran dan tempat makan di hotel ini menepati cita rasa majoriti tamu yang datang. Jadi sekiranya anda tercari-cari, hotel terbaru yang ranggi dan moden di KL, pastikan Invito Hotel Suites menjadi pilihan pertama!

Invito-PoolGym-Nite KLTower-01-FA-J Hi

Invito-PoolGym-Nite City-01-FA-J Hi

Invito-Pool-Day City-02-FA-J Hi

Invito-Biz-Meeting Room 01-FA-J Hi

20140928_Hubba Hubba

Mengenali Invito Hotel Suites di Kuala Lumpur
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Kembali Bergandingan dalam Filem JEBAT

Filem BAD MOMS Lakonan Mila Kunis & Kristen Bell