in

Apa Itu Maybank 2 Cards #LiveLifeAmplified

Baru-baru ini, Budiey telah menyertai cabaran Maybank 2 Cards #LiveLifeAmplified yang dianjurkan oleh Maybank yang diadakan khusus untuk pelanggan dan pengguna setia. Budiey difahamkan tujuan cabaran ini diadakan adalah untuk membantu pengguna khususnya penulis blog seperti Budiey untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna. Budiey suka untuk menyertai cabaran seperti ini, sememangnya Budiey nantikan dari dulu lagi. Bukan apa la kan, sebagai pengguna, kita kena tahu apa faedah dan keistimewaan yang kita akan dapat setelah menjadi pengguna perbankan ini.

[pullquote align=”right”]Sekurang-kurangnya, dengan menyertai #LiveLifeAmplified ini dapat memudahkan hidup Budiey dan menjadikan hidup kita lebih bermakna.[/pullquote]

Ye lah, dalam hidup kita kan, pasti tak lepas dari masalah. Jadi, dengan adanya, kempen #LiveLifeAmplified ni, dapat memberi tips dan cara bagaimana nak mengatasi dan menyelesaikan masalah dan mengatur kewangan dengan bijak melalui Maybank 2 Cards. Kita pun akan faham tentang apa sahaja masalah dan cuba selesaikannya dengan baik.

Dalam hidup kita seharian, apa sahaja yang kita buat, sudah tentu akan terikat dengan terma dan syarat. Ini membuatkan hidup kita bertambah kompleks dan nampak rumit. Dalam erti kata lain, hidup kita jadi lebih susah bila ada terma dan syarat. Tak kiralah dari segi urusan dengan bank atau sebagainya.

Apa yang membuatkan Budiey tertarik dengan peraduan #LiveLifeAmplified adalah ia memberi informasi berguna kepada kita untuk menggunakan khidmat perbankan yang ditawarkan secara maksima yang mungkin. Contohnya, apabila kita menggunakan mata ganjaran atau TreatPoints yang terkumpul melalui Maybank 2 Cards untuk menukarkannya dengan barangan. Di situ kita tak perlu risau untuk meninjau berapa mata yang kita ada sebab segalanya akan disediakan oleh pihak bank dari masa ke semasa.

Jika diberi pilihan, guna kad kredit atau debit? Budiey akan pilih kad kredit sebab kalau tengok Maybank 2 Cards ni ada Gold & Platinum. Minuman gaji pendapatan tahunan sebanyak RM30,000 untuk Maybank 2 Cards Gold dan RM60,000 untuk Maybank 2 Cards Platinum.

Tips Budiey senang je, tengok pada kemampuan anda. Jika anda layak, tak salah pun nak buat Platinum Card. Yang penting, kita pandai guna dan bijak berbelanja. Betul tak? Sangat fleksibel dan mudah sebab tak perlu bayar fee. Annual fee Lifetime fee waiver.

Banyak lagi kelebihan guna dua kad kredit dari Maybank ni. Tips Budiey tak lain tak bukan, kalau boleh pilihlah kad kredit yang menawarkan mata yang tinggi. Itulah sebab Budiey pilih Maybank 2 Cards sebab ia memberikan TreatsPoints yang berganda. Yang bestnya, kita akan dapat 5X TreatsPoints jika berbelanja dengan menggunakan kad Maybank 2 American Express di Malaysia dan seluruh dunia. Cukup mata terkumpul, Budiey akan tukarkan dengan macam-macam barangan. Itu dah satu keuntungan jangka panjang. Betul tak?

Cakap pasal TreatsPoints atau mata ganjaran ni, apa yang Budiey perhatikan, Maybank sangat bermurah hati memberikan 5X mata ganjaran tak kiralah samada semasa kita membeli belah di Malaysia atau pun di luar Negara dengan Maybank American Express Card. Lebih menguntungkan pengguna apabila kita menggunakan kad kredit ini semasa hujung minggu dengan memberi balik pulangan tunai (cashback) sebanyak 5%. Budiey rasa, ini dah okay la sebab biasanya kita selalunya akan shopping pada hari Sabtu atau Ahad je kan? So, apa lagi yang kita nak?

Budiey suka melancong, tak kiralah di luar negara atau di dalam negara, jadi, nak tak nak kena ada kad kredit. Dengan kad kredit dari Maybank, Budiey rasa ia banyak memberi keuntungan.

Apa yang penting, ke mana sahaja negara yang kita lawati, keselamatan perlu kita jaga. Jadi, itu yang pentingnya kita ada insuran. Dengan membayar travel fares dengan kad Maybank 2 Cards, pengguna akan diberi secara percuma Accidental Death & Disablement coverage termasuklah juga Travel Inconvenience coverage seperti bagasi lambat sampai, missed connections dan sebagainya.

Terbukti semasa lawatan Budiey ke Taiwan baru-baru ini untuk menemubual pelakon terkenal Hollywood, Will Smith dan anaknya, Jaden Smith. Semasa berada di Taiwan, Budiey mendapat banyak kelebihan semasa berbelanja di sana. Boleh dikatakan setiap sen yang Budiey belanja dengan menggunakan kad kredit akan diberi mata ganjaran.

Budiey Will Smith Jaden Smith Taiwan

Sekarang dah tak macam dulu. Dulu kalau nak berbelanja guna kad kredit, kita akan dikenakan caj semasa buat instalment atau bayar ansuran, kan? Sekarang ni, Maybank dah ubah di mana kita tak perlu lagi dikenakan caj tambahan semasa buat instalment untuk produk dan perkhidmatan terpilih. Dengan adanya EzyPay 0% instalment ni, Budiey rasa, sangat menjimatkan pengguna.

Apa yang penting, di zaman yang memerlukan masa yang cepat ini, kita tak perlu nak tulis dalam diari berapa mata yang kita ada, dan apa sahaja info sebab segalanya ada di hujung jari kita. Tak perlu risau lagi dah pasal tu. Segalanya mudah untuk dicapai. Itulah, kita ni beruntung sebab hidup di zaman sains dan teknologi yang serba canggih ni.

Maybank

Dalam hidup seharian, contohnya semasa kita nak membeli belah, sangat mudah jika kita menggunakan kad kredit. Dengan Maybank 2 Cards, kita mendapat lebih kegunaan and maafat berbanding mana-mana kad di dalam pasaran. Kemudian, kita diberi peluang untuk menikmati potongan di beberapa outlet terpilih. Semuanya mudah dan kita ada banyak pilihan yang menjadikan hidup kita lengkap. Lagi pun dengan kad Maybank 2 Cards ni, ada ganjaran sehingga 5X mata ganjaran TreatsPoints. Yang paling seronok lagi, bila kita mendapat ‘cash back’ atau pulangan tunai untuk perbelanjaan yang dibuat pada hujung minggu dan apalagi untuk mengisi petrol. Banyak betul yang kita dapat berjimat.

Itu tak termasuk apabila Maybank hanya mengenakan satu kali cukai perkhidmatan (one service tax). Kiranya ia tidaklah merumitkan dan membazir masa pengguna. Selain itu, Maybank menawarkan pengecualian fi tahunan untuk sepanjang hayat.

Bagi Budiey, apa yang penting, hidup kita kena enjoy & happy. Bak kata orang, don’t worry, be happy. Kita perlu menikmatimya setiap saat dan menghargai masa yang kita ada. Eh, bunyi macam pakar motivasi la pulak tapi itulah, kadang-kadang setengah dari kita tak hargai masa dan tak tahu apa itu erti nikmat hidup.

Cakap pasal hidup dan jangka hayat ini, dari segi caj kewangan tahunan pula, Maybank punya taklah tinggi sangat pun, hanya serendah 8.88% (setahun) per annum sahaja dan Budiey dapati ini terendah dalam pasaran.

Bagi Budiey, hidup bukan sekadar nak bekerja 24/7 je sepanjang masa. Ada masa kita kena pergi jalan-jalan bersama keluarga. Maksudnya kita kena ada masa untuk melancong, masa untuk berhibur, pergi makan-makan, membeli belah dan kadang-kadang kita juga kena berbelanja untuk membeli barangan keperluan, bayar bil dan sebagainya.

Antara keperluan lain yang kita perlu ada ialah bersosial. Ya, dalam hidup kita perlu ada kawan-kawan. Susah senang, kita akan kongsi masa bersama. Bila kita ada kawan sekaligus, rasa bimbang dan takut akan lenyap.
#LiveLifeAmplified adalah untuk kita buat sesuatu dengan lebih dan berkesan dan kita akan dapat lebih.

Jadi, satu cabaran di mana kita dan kawan-kawan semua dijemput untuk mengumpul mata apabila setiap kali anda merekrut rakan-rakan melalui Facebook anda untuk menyertai cabaran ini. Hadiah Utama yang dijanjikan merupakan wang tunai sebanyak RM10000 untuk merealisasikan segala hasrat impian anda atau hadiah mingguan berbentuk gift card PETRONAS bernilai RM100 setiap satu.

Budiey juga dah memberi list dan cadangan nama-nama kawan yang ada. Manalah tahu, Budiey dapat salah satu ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh Maybank.

Di satu peringkat, dalam cabaran ini, kita akan menang dan kemudian diberi peluang bermain cabaran #LiveLifeAmplified untuk membantu rakan yang lain.

Untuk memenangi hadiah utama, anda hendak menjadi ahli Kad Maybank 2 Cards yang sah.

Kalau tanya pada Budiey apakah yang Budiey impikan apabila menang hadiah berbelanja sebanyak RM10,000, pastinya Budiey akan menggunakannya dengan cara yang bijak iaitu Budiey akan membeli kamera terbaru yang canggih di pasaran. Dengan adanya cabaran #LiveLifeAmplified dari Maybank ini akan memudahkan proses pembelian dan pembelanjaan Budiey akan menjadi lebih lancar dan mudah.

Jadi, dalam minda anda semua pasti nak tahu cara untuk menjadi peserta kepada #LiveLifeAmplified ni, kan?

Okay sangat mudah. Kita perlu ada formula dan cara untuk menghadapi cabaran #LiveLifeAmplified ni dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Antara caranya, dengan mendapatkan ramai kawan untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini di www.maybk.co/M2CAmp dan memohon Maybank 2 Cards. Anda juga boleh berkongsi tentang #LiveLifeAmplified di Twitter, Facebook dan juga Instagram. Lagi ramai kawan-kawan yang join, dah tentu kita akan menang.

Bagi penulis blog pula, masa inilah untuk menarik seberapa ramai pembaca dan pengikut untuk menyertai Maybank 2 Cards ni.

Budiey rasa, tak perlulah Budiey nak ceritakan secara terperinci tentang faedah yang kita akan dapat bila memiliki Maybank 2 Cards ni. Anda boleh mendapatkan info lanjut di laman sesawang Maybank www.maybank.com.my atau laman Facebook Maybank. Budiey dah pun menikmatinya dan mahu anda juga menikmati kelebihan yang sama.

Maybank

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johan As’ari Belum Temukan Lana Nordin Kepada Ibu

Roslan Shah | 13

Roslan Shah Tak Jadi Kahwin Bawa Diri ke Mekah