in ,

APA ITU CINTA Kelolaan DJ Lin Musim Kedua Catat Hampir Dua Juta Penonton

Program Apa Itu Cinta merupakan sebuah program bual bicara yang membincangkan kisah cinta selebriti popular tanah air bersama pasangan telah meraih lebih setengah juta tontonan di Facebook dan lebih dua juta jangkauan penonton menerusi 8 episod yang ke udara menerusi radio, Suria FM & secara live di Facebook Suria Malaysia.

Program di bawah kelolaan DJ Lin, penyampai radio Suria Cinta ini bersiaran selama satu jam secara langsung di Facebook Suria Malaysia setiap hari Rabu jam 10.00 malam. Akim, Stacy, Sherry Alhadad, Norman Hakim & Memey Suhaiza, Aliff Aziz & Bella, Nora Ariffin, Tajul, Wany Hasrita dan Joy Revfa adalah selebriti tanah air yang dijemput menjadi tetamu untuk musim kedua ini.

Norman Hakim & Memey Suhaiza

APA ITU CINTA Musim Kedua Catat Hampir Dua Juta Jangkauan Penonton Menerusi Facebook Dan Youtube

Musim kedua program Apa Itu Cinta telah pun bersiaran pada 6 September yang lepas dengan selebriti jemputannya yang pertama iaitu Hafiz Hamidun. Perkongsian kisah kontroversi perkahwinannya bersama Joy Revfa yang ditonton melalui Facebook dan Youtube Suria Malaysia mencatatkan jangkauan penonton yang paling tinggi iaitu hampir 130,000 tontonan sepanjang episod Apa Itu Cinta musim kedua bersiaran.

“Jumlah tontonan dan jangkauan yang kami terima melalui Facebook dan Youtube Suria Malaysia melepasi sasaran awal yang kami jangkakan. Tentunya ini membuatkan kami akan terus berusaha memberikan dan menghasilkan program-program original yang lebih interaktif dan menghiburkan,” kata Shahida Azad Jamaludin, Pengurus Kanan Pengurusan Penjenamaan dan Digital Suria.

“Terima kasih kepada selebriti yang meluangkan masa menghadiri program ini dan peminat setia Apa Itu Cinta kerana tanpa sokongan mereka, Apa Itu Cinta tidak mungkin berada di tahap ini,” kata Cik Roslinda Abd Majid, Pengurus Program Suria.

Program yang berlangsung selama satu jam ini menjanjikan yang terbaik dengan pembabitan penerbit yang berpengalaman seperti Ahmad Shaifullizam (Gbam) dan Ayu Syuhara.

Layari laman web www.suria.my untuk menonton video berdurasi pendek terbitan Suria seperti Sensasi Suria, Suria Jam, #ApaItuCinta, Parodi Zulin.

Ikuti rancangan terbaru kendalian Fizi Ali, Popcorn Suria yang memberikan informasi serta review filem-filem terbaru 2017.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #Suria10Tahun untuk sebarang interaksi berkaitan Suria di laman sosial.

Apa Itu Cinta - Hafiz Hamidun

Aliff & Bella

Akim & Stacy

Mengenai Suria FM
Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria mensasarkan pendengar Melayu yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM yang mempunyai 2.2 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini.

Kini Suria telah memperluaskan platform menerusi siri jelajah (on ground) & digital di mana pelbagai hiburan serta siri original berbentuk visual terdapat di laman rasmi www.suria.my yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Mengenai Kumpulan Radio Star Media (SMRG)
Merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Star Media Bhd, Kumpulan Radio Star Media Sdn Bhd merupakan antara penyiar radio terkemuka di Malaysia. Kumpulan Radio Star Media kini memiliki dan mengendalikan satu stesen radio berbahasa Melayu, Suria dan satu stesen radio berbahasa Cina, 988 FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izara Aishah Selamat Nikah, Kini Bergelar Isteri Adib Khalid

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS