in

Senarai Penuh Pemenang ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

Laman online gaya hidup dan platform strim video, hurr.tv dengan kolaborasi GetCRAFT mempersembahkan buat pertama kalinya majlis anugerah yang seumpamanya, Anugerah Instafamous 2017 bagi menghargai individu sosial media dalam sebuah majlis yang diadakan di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur.

hurr.tv memaparkan kandungan yang segar dan unik antaranya membabitkan selebriti dan personaliti dari industri hiburan dan sosial media. Antara program yang menjadi hit dihasilkan oleh hurr.tv adalah Instafamous, Bakat Ohsem Malaysia, Jejak Terer, Depan Rumah Je, Road to Miss Universe 2018 dan ShowReal.

Menyambut ulang tahun pertama hurr.tv, Anugerah Instafamous 2017 memberi penghormatan kepada individu sosial media di Malaysia yang membawa impak besar kepada industri. Anugerah ini juga meraikan dan memberikan penghargaan kepada personaliti hiburan yang juga merupakan ikon inspirasi yang mamaparkan dedikasi di dalam bidang yang mereka ceburi dan pengaruh yang mereka bawa pada generasi digital kini.

Hampir 1.5 juta undian telah diterima menerusi www.hurr.tv sepanjang 30 hari tempoh undian diadakan bermula 10 November hingga 9 Disember 2017 bagi kategori individu sosial media. Calon dengan undian paling tinggi setiap kategori diumumkan sebagai pemenang.

Senarai Penuh Pemenang ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

Pemenang bagi sembilan kategori bagi individu sosial media adalah:

Paling LOL Faiz Roslan

Paling Layan Ismail lzzani

Paling Kaaching King Afiq

Cas Sihat Hafiz Mahamad

Paling Chantek Littlemisskhan

Paling Bro Syafx

Paling On Point Asyalliee

Paling Stylo Johanis Sani

Paling Ohsem Cupcake Aisyah

Pada majlis yang sama, Anugerah Instafamous turut menghargai sembilan selebriti luar biasa yang sentiasa memberi inspirasi dan memberikan kesan kepada peminat dan orang ramai dengan pencapaian mereka di laman sosial.

Penerima anugerah khas berkenaan adalah:

Anugerah Instafamous Inspirasi Vivy Yusof

Anugerah Instafamous Fenomena Alvin Chong

Anugerah Instafamous Versatil Elfira Loy

Anugerah Instafamous Pujaan Hati Hannah Delisha

Anugerah Instafamous Adiwira Syafiq Kyle

Anugerah Instafamous #tilljannah Nora Danish & Nedim Nazri Aziz

Anugerah Instafamous Idola #mudahterhibur Zizan Razak

Anugerah Instafamous Unggul Neelofa

Penerima anugerah khas turut menerima hadiah eksklusif termasuk penginapan hotel ditaja oleh YTL Hotels, muca Vita Ampul Pencerahan, 10,000 mata AirAsia Big untuk ditebus bagi perjalanan pilihan mereka dan Kad VIP MyEG yang menawarkan perkhidmatan khas disediakan oleh MY E.G Services Berhad.

Majlis yang diacarakan oleh Aidid Marcello itu turut mempamerkan persembahan oleh peserta-peserta separuh akhir Bakat Ohsem Malaysia, rancangan realiti dalam talian di hurr.tv yang bakal mencapai kemuncaknya pada peringkat akhir dijadualkan pada 23 Disember 2017.

Persembahan pada anugerah ini antaranya menampilkan Choreo Freakz Community (Tarian), Iskandar Zambri (Beatbox), Muhamad Adib (Soprano), Nasty Rock Crew (Tarian), Balqis Aleeya (Nyanyian) and NAMA (Nyanyian).

Sebelum acara bermula, majls turut meraikan tetamu yang hadir di Zon Chill-Out di mana beberapa aktiviti disediakan, antaranya kiosk foto oleh GetCRAFT, ais krim oleh Kind Kones, churros oleh Thread & Lilies, kiosk Air Asia BIG Loyalty dan kiosk set penjagaan kulit oleh muca yang menawarkan iPhone X menerusi pertandingan Instagram dianjurkan pada malam berkenaan. Sementara itu, penyedia perkhidmatan jalur lebar fiber optik, Symphonet telah menyediakan WIFI secara percuma pada majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh empat peserta separuh akhir Bakat Ohsem Malaysia, diikuti dengan acara memotong kek yang menampilkan Pengarah Saluran, Datin Elaine Daly serta individu belakang tabir hurr.tv.

Seterusnya berlangsung penyampaian anugerah yang turut diselang-selikan dengan persembahan peserta BOM dan penyayi jemputan Amira Othman.

Majlis turut dihadiri oleh tetamu, penaja dan rakan media serta beberapa penerima anugerah antaranya Neelofa, Nur Ameera Khan, Datin Vivy Yusof, Elfira Loy, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Dato’ Hans Isaac.

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

ANUGERAH INSTAFAMOUS 2017

Anugerah Instafamous 2017 dibawakan kepada anda oleh hurr.tv dengan kolaborasi GetCRAFT. Penaja utama muca dan YTL Hotels serta disokong penaja bersama AirAsia BIG Loyalty, Bubble Gum Wax, Kind Kones, L’Oreal Professional, Glojas Health Clinic by Smart International Aesthetic, Thread & Lilies, Symphonet, Otterbox, LifeProof dan MY E.G. Services Berhad, ### Untuk maklumat lanjut, layari www.hurr.tv atau ikuti kami di: Facebook │ Instagram │Twitter

MENGENAI HURR.TV
hurr.tv ialah hab digital gaya hidup kontemporari yang dilahirkan dari keperluan untuk mencipta portal yang memberikan nuansa segar dengan tumpuan pada kandungan yang hip, urban, relevan dan ‘real’ di layar internet. Ruang ini kami dedikasikan untuk memenuhi kapasiti inspirasi anda merangkumi segenap halaman gaya hidup; dari trend style terkini, gosip hangat artis Malaysia, teknik tata rias paling ‘on-point’, resepi ‘simple’ dan mudah, idea dan tips DIY hiasan rumah, kembara berkayuh sambil beramal, hinggalah tips-tips kesihatan khas untuk anda tampil unggul secara fizikal dan spiritual sepanjang hari! Percaya atau tidak, apa yang kami tampilkan di sini adalah sesuatu yang kami lihat, fikir, dan rasa ia perlu disampaikan kepada anda semua.

Hanya yang hiburan, urban, relevan dan realiti di hurr.tv.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kristen Bell Jadi Hos Untuk SCREEN ACTORS GUILD AWARDS Ke-24

Faiz Dickie Rugi RM4,000 Ruang Acara Miliknya DIpecah Masuk Pencuri