Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Anugerah Bintang Popular 2013 di PICC Putrajaya 24 Mei Ini

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung sidang media khas ABP mengumumkan tarikh baru Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) di mana ABP kali ini akan diadakan pada 24 Mei 2014, jatuh pada hari Sabtu diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya jam 9 malam dan akan disiarkan di TV3 dan Hot FM. Pengumuman ini dibuat selepas ABP ditunda bagi menghormati tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Lokasi asal Arena of Stars (Genting Highlands) juga terpaksa ditukar memandangkan sekarang ini masih dalam pengubahsuaian.

Sidang media berlangsung di PICC Putrajaya itu menampilkan Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga Penaung ABPBH 2013, Mahfar Ali, Pengarang Bersekutu BH2 dan Hiburan BH, Hanizam Abdullah dan Pengarang HIP, BH juga merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2013, Shamshul Azree Shamshir.. Menurut Mahfar pemilihan PICC adalah sangat sesuai untuk mempamerkan imej ‘classy’ selain kedudukan strategiknya bersesuaian dengan temanya Magis Alam yang mengenakan konsep pakaian Black Tie.

ABPBH 2013 sepatutnya diadakan Arena of Stars, Genting Highlands pada 6 April lalu namun bagi menghormati kejadian menimpa MH370 semua program berbentuk hiburan di rangkaian Media Prima Berhad (MPB) dirombak dan digantikan dengan laporan khas, berita terkini selain pengisian rancangan berbentuk ilmiah.

Namun begitu pengacara masih sama seperti yang dirancangkan iaitu Fara Fauzana, Amy Mastura dan kumpulan Shiro.

Beberapa segmen terpaksa dibatalkan bagi menghormati tragedi MH370 dan menggantikan dengan persembahan lebih sesuai. Satu slot egmen khas akan diadakan bagi memperingati mangsa kejadian itu pada malam berkenaan.

“Beberapa persembahan terpaksa disusun semula kerana menghormati mangsa dan keluarga terlibat namun ia akan diganti dengan acara lebih sesuai.”

Antara nama baru yang ditukar untuk tampil pada malam kemuncak itu seperti Zizan Razak, Akim Ahmad, Altimet, Zila Bakarin dan Emma Maembong. Manakala artis yang akan membuta persembahan pula antaranya Asmidar, Indah dan penyanyi dari Indonesia, Tegar.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version