in

Konsert Vertical Horizon Live In KL 2014

Pada jam 3 petang tadi telah berlangung satu sidang media khas pengumuman Konsert Vertical Horizon Live In KL 2014 di Hard Rock Café, Kuala Lumpur. Kumpulan alternatif rock tahun 90-an, Vertical Horizon bakal mengadakan konsert dikenali sebagai ‘Vertical Horizon Live In KL 2014’ pada 3 Jun 2014, jam 8 malam di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Konsert Vertical Horizon pertama di Malaysia ini dianjurkan oleh Te’Ark Records adalah untuk mempromosikan album terbaru mereka berjudul Echoes From The Underground selepas lima tahun mendiamkan diri.

vertical horizon

“Album Echoes From The Underground telah dilancarkan pada tahun 2013 dan tahun ini mereka sibuk dengan konsert jelajah dunia. Malaysia dan Filipina merupakan dua negara Asia yang akan mereka jelajah. Saya percaya, peminat-peminat kumpulan itu di negara ini pasti ternanti-nantikan aksi persembahan mereka.”

Konsert tersebut turut mendapat kerjasama Yayasan Kanser Malaysia sebagai tanda memberi kesedaran mengenai bahaya penyakit itu kepada penonton.

Kumpulan OAG turut mengadakan persembahan sebagai penyanyi jemputan.

“Kami memilih OAG memandangkan muzik mereka sealiran. Tambahan pula OAG mahu membuat kemunculan semula selepas enam tahun menyepi. Saya rasa ini adalah peluang terbaik buat OAG bagi kembalikan memori muzik-muzik popular mereka kepada peminat-peminat mereka.”

Tiket konsert berharga RM128, RM178, RM238 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau boleh didapati di kedai muzik Rock Corner yang berdekatan.

Diskaun sebanyak 20 peratus turut diberikan kepada pembeli-pembeli awal sehingga 19 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, layari www.vhliveinkl.com

Konsert Vertical Horizon Live In KL 2014

Profile Vertical Horizon

[dropcap]V[/dropcap]ertical Horizon was founded in the early 1990s, but it was seven years before lead singer Matt Scannell’s songs became the radio hits that brought the popular grass roots band to national attention. Vertical Horizon released three albums independently (There and Back Again, Running on Ice, and Live Stages) and toured extensively before signing with RCA Records in 1998. In 1999, they released their breakout album, Everything You Want, which went on to sell more than two million copies.

The second single off the CD, the title track “Everything You Want,” captured the #1 spot on Billboard’s Hot 100 and Adult Top 40 charts, and became Billboard’s Most Played Single of 2000. Having carved out a page in the annals of music history the band garnered further radio attention with “You’re a God” (#4 on Billboard’s Adult Chart) and “Best I Ever Had (Grey Sky Morning).” In 2005, “Best I Ever Had” became a top 20 country hit for country star Gary Allan.

In the fall of 2013 Vertical Horizon released their latest album, Echoes From The Underground. The title of the album is a lyric from the song “Evermore.” It captures recurring themes throughout the record, such as a emotional and physical distance, as well as the often-hidden layers of emotion that exist within relationships. The first single, “Broken Over You,” is available for download on VerticalHorizon.com. Vertical Horizon will be touring in 2014 to support the album.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anugerah Bintang Popular 2013 di PICC Putrajaya 24 Mei Ini

Carmen Soo Dalam Oh My English Musim Ketiga