in

Anuar Zain Tunda Persembahan TERINDAH Demi Prihatin MH370

Pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 10 malam semalam masih terngiang-ngiang di telinga Budiey. Mungkin kerana kerap mendengar petikan tersebut yang diulang-ulang di Astro Awani, mmm… mungkin gak. Apa yang pasti, rakyat Malaysia dan seluruh dunia kini sedang bersedih atas nasib yang menimpa pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, dan kini disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Tiada penumpang terselamat. :(

Anuar Zain Tangguh Persembahan TERINDAH Demi Prihatin MH370

Anuar Zain Tangguh Persembahan TERINDAH Tanda Prihatin Kepada Tragedi Yang Menimpa MH370

[pullquote]Nampaknya, segala kerisauan dan kebimbangan rakyat Malaysia ke atas kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 telah pun berjawab. Apa yang berlaku tetap akan berlaku dengan kehendak-Nya. Situasi ini berlaku tanpa kita duga dan di luar perancangan kita. Pada masa ini, Budiey mendapati ramai penganjur dan event telah menangguhkan event mereka ke hari yang lain.[/pullquote]

[pullquote align=”right”]Begitu juga dengan penyanyi terkenal Anuar Zain yang telah menunda tarikh Persembahan TERINDAH… ANUAR ZAIN yang sepatutnya berlangsung pada 8 April 2014, ditunda ke tarikh yang baru iaitu 29 April 2014. Keputusan ini diambil sebagai menghormati situasi yang sedang dialami sekarang ini.[/pullquote]

Peminat yang sudah mendapatkan tiket sudah pun diberitahu. Malah laman web TicketCharge juga sudah pun dikemaskini. Ini adalah tanda penyanyi ini begitu prihatin dengan apa yang melanda negara. Bakal berlangsung di lokasi yang sama iaitu di Ballroom, One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya persembahan eksklusif ini bakal memberikan kenangan terindah buat peminat dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan untuk peminat.

Pada jam 3 petang tadi, Budiey selaku Blogger Rasmi untuk Persembahan TERINDAH… ANUAR ZAIN turut sama menghadiri Sidang Media Pengumuman Terbaru TERINDAH… ANUAR ZAIN yang diadakan secara ringkas di Zebra Square, Kuala Lumpur. Selain mengumumkan tarikh penundaan, Anuar Zain juga menyenaraikan senarai nama penaja hadiah cabutan bertuah yang menanti peminat nanti. Wow, bestnya!

[pullquote align=”right”]Selain melantik Budiey.com sebagai Blogger Rasmi, Anuar Zain Network juga telah bekerjasama dengan stesen radio terkenal, Suria FM sebagai Radio Rasmi TERINDAH… ANUAR ZAIN. Syabas Suria FM![/pullquote]

Persembahan selama 90 minit itu diadakan bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha yang disambut setiap tahun. Namun, persembahan kali ini akan diserikan lagi dengan slot untuk Anuar Zain bermesra dengan peminat di mana Anuar Zain akan make-over peminat yang bertuah di atas pentas. Selain itu, kali ini Anuar Zain bakal memberikan sesuatu yang istimewa di mana peminat yang hadir akan menjadi orang yang pertama untuk mendengar lagu terbaru beliau.

Anuar Zain Terindah

TERINDAH with ANUAR ZAIN in Paris

[dropcap]M[/dropcap]enyentuh pasal hadiah cabutan bertuah, pastinya korang nak tahu kan? Okay, baik… sekarang Budiey akan beritahu anda ya. Hadiah paling grand menanti peminat di TERINDAH… ANUAR ZAIN ialah TERINDAH with ANUAR ZAIN in Paris di mana seorang pemenang bertuah akan diterbangkan ke Paris untuk bercuti bersama rakan dan mengecapi keindahan dan keunikan di Paris. Lebih seronok lagi, pemenang akan dapat mengecapi makan malam yang romantik sambil belayar di Bateux Parisiens cruise! Haa, best tak?

Hadiah istimewa ini diberikan dan ditaja khas oleh FBA Media Sdn Bhd. Wah, Budiey dapat bayangkan macamana bestnya bila dapat bercuti dengan Anuar Zain di Paris. Budiey dah pun ke sana bersama pelakon Fahrin Ahmad. Jika ada rezeki, dapat pulak ke sana bersama Anuar Zain. OMG bestnya. Haha, okay tak payah nak verangan ye.

Seperti yang Budiey katakan sebelum ini, dua orang pemenang akan mendapat hadiah dimana pemenang akan di-make-over sendiri oleh Anuar Zain. Kita semua tahu, Anuar Zain ni memang pakar dalam bidang fesyen dan dia juga seorang fashionista yang arif tentang segala gaya yang kena atau tak kena. Anuar Zain akan dibantu oleh ZALORA Malaysia untuk menukarkan peminatnya menjadi lebih trendy dan bergaya. Budiey dengar, ada peminat setia Anuar Zain sendiri sudi menaja beberapa buah gajet untuk persembahan ini. Fuhhh! Sakanlah untung korang yang beli tiket nanti.

Untuk anda yang membeli tiket juga, anda boleh menyertai satu peraduan istimewa di sosial media di mana dua orang peminat wanita bertuah akan berpeluang untuk memenangi busana ready-to-wear rekaan dari pereka fesyen terkenal, Syomir Izwa dengan menggunakan hashtag #TerindahAnuarZain dan #TerindahSyomirIzwa.

Selain itu, banyak lagi hadiah yang menanti peminat di sesi cabutan bertuah persembahan ini. Antaranya barangan gajet seperti iPad Mini sumbangan dari Maxis, Patchi, L’Occitane, May, Antabax, Pods & Petals Giftlab, Nara MediSpa, One World Hotel, Dolce Gusto, Nescafe, dan banyak lagi. Peminat boleh melihat dan pusing-pusing di sekitar foyer Ballroom di mana ada beberapa booth jualan daripada penaja yang terlibat. Anuar Zain pula akan bergaya sekali dengan pakaian yang ditaja oleh The Sartorial.

Melihat kepada persembahan dan aturcara keseluruhannya membuatkan Budiey sendiri rasa dah tak sabar untuk menyaksikan persembahan menarik ini. Teruja sekali nak merakam segala reaksi peminat yang hadir bila mana mereka mendapat hadiah yang lumayan. Bukan itu sahaja, makanan yang dihidangkan juga memang ada kelas!

Budiey ada mendapat berita dari Anuar Zain, beliau mengatakan tiket sudah laris sebanyak 70%. Jadi hanya tinggal 30% je lagi yang tinggal. Kepada anda yang belum ada tiket, bolehlah cepat-cepat mendapatkan tiket secara dalam talian di TicketCharge: www.ticketcharge.com.my dan di outlet yang sah. Untuk sebarang tempahan korporat dan VIP, anda boleh menghubungi terus Anuar Zain Network untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Liz: 019 3177496.

Untuk info lanjut, anda boleh LIKE Facebook rasmi Anuar Zain: www.facebook.com/anuarzainnetwork.

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PETRONAS Umum Konsert Twin Towers @Live 2014 Dibatalkan

Program Makeweekend Robotik Ilham Kejadian MH370