in ,

Anuar Zain Perform di Konsert Jom Heboh 2011 Bukit Jalil

Karnival Jom Heboh anjuran TV3 dan Media Prima kembali dengan perisian program baru dalam siri penganjurannya yang ke-9 dan juga lokasi terakhir pada tahun ini. Karnival terbesar ini merupakan satu landasan bagi TV3 untuk berinteraksi dengan penonton setianya dengan cara lebih dekat dan terbuka sambil turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan di setiap gerai. Ianya juga menemukan orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair.

jom heboh

Antara aktiviti yang akan dijalankan…

Acara : Lawatan Amal dan Program Kemasyarakatan Jom Heboh

Hari/Tarikh : Jumaat, 2 Disember 2011

Waktu : acara bermula 4.00 petang)

Tempat : Rumah Titian Kasih
Lorong 15, Persiaran Titiwangsa,
Titiwangsa, Kuala Lumpur
Penyampaian Sumbangan KJH 2011-Kuala Lumpur Kepada:
1. Rumah Titian Kasih
2. Rumah Anak-Anak Yatim Dan Saudara Baru Shifa
3. Pusat Perlindungan Dan Jagaan Psiku Azwar

Acara : Aktiviti-aktiviti di Gerai-Gerai Jom Heboh

Hari/Tarikh : Sabtu & Ahad, 3 & 4 Disember 2011

Waktu : 10.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : Perkarangan Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Selebriti : Tasha Shilla, Johan As’ari, Izreen Azminda, Dira Abu Zahar, Zizan, Ryzal Jaafar, Adam Shah, Irfan Roslan

Acara : Lawatan Ketua Polis Kuala Lumpur

YDH Dato’ Mohmad Bin Salleh ke tapak Jom Heboh
Hari/Tarikh : Ahad, 4 Disember 2011

Waktu : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Urus Setia, Karnival Jom Heboh,

Perkarangan Kompleks Sukan Negara

Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Acara : Konsert Penutup Jom Heboh

Hari/Tarikh : Ahad, 4 Disember 2011

Waktu : 8.30 malam

(siaran langsung bermula 9.00 malam hingga 10.30 malam)

Tempat : Pentas Utama, Tapak Karnival Jom Heboh

Perkarangan Kompleks Sukan Negara

Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Artis : Ziana Zain, Anuar Zain, Alyah, Stacy, Awie Rafael, Shila Amzah, Sofazr

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single Terbaru Ella Menyanyilah La La La

Henry Golding Without Boundaries 8TV