in

Anuar Zain Cover Majalah Manja Keluaran Oktober

Khas untuk penduduk Singapura, haa… Manja keluaran Oktober sudah pun berada di pasaran. Wah! Penyanyi bersuara jantan, Anuar Zain dipilih untuk menghiasi kulit Manja bulan depan.

Anuar Zain. Biar dia diserang gosip, berdiam diri tandanya berani. Juga kata Anuar, ada media siber mula mengeksploit fotonya. Bagai rasmi padi, makin merunduk makin berisi. Itulah Anuar Zain, diammnya paling banyak menyimpan makna. Namun akhirnya Anuar menceritakan segalanya kepada Manja.

Istimewa Manja Aidilfiri. Bersama selebriti tempatan seperti:

1.Wahyu Rahman
2.2. Taufiq Salleh
3.J Rosmini
4.Roslan Kemat
5.Nur Habriyah
6.Lydia Jasmani

Namun, Manja kali ini bukan sekadar selebriti. Demi Syawal, Manja tampilkan Décor Aidilfitri dan paling istimewa pelbagai jenis resipi.

Dan Manja keluaran Oktober akan terus meletup dengan gosip dari Budiey! Kalau nak tahu gossip hangat, jangan lupa beli Manja! Antaranya… Kisah si artis ni menumpang glamour si artis tu lah! Kisah perang saraf dua cef selebiri terkenal di Kuala Lumpur! Dan macam2 lagi yang memang HOT!!!!!

Dan eksklusif di Manja… Rima Melati Adams mengaku nak kahwin lagi dengan bintang Indonesia, Marcell. Jangan lepaskan membaca pengakuan tulus Rima Melati.

Juga tidak terlupa Oktober, bulan meraikan Syawal bulan mulia untuk semua umat Islam menghargai kedamaian. Istimewa untuk Syawal juga, Aidilfitri pasti akan lebih meriah dengan rencana, fesyen, tips, resepi dan petua menarik!

Mahukan majalah yang menyatukan segalanya dalam satu… hiburan, gaya hidup, selebriti dan informasi? Apa kata dapatkan keluaran terbaru ini!

Budiey dapat berita yang majalah kesayangan rakyat Singapura ini juga boleh dilanggan oleh rakyat Malaysia tidak lama lagi. Sanggupkah korang bayar RM100.00 untuk melanggan majalah ini selama setahun?

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. salam budiey, to me manja ialah one of the best entertainment mag we ever had.sebab formatnye lain x sama mcm magazine kita..dulu ada manja edisi m’sia..saya mmg x pernah miss beli..best !!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Tayangan Unggul & Astro Shaw

Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam 2