in ,

Anuar Zain Bakal Lancar Album Terbaru September Ini

Penyanyi terkenal pujaan ramai, Anuar Zain bakal melancarkan album terbaharu tidak lama lagi. Budiey tak sabar menunggunya. Korang pula macamana?

Dikhabarkan album terbaru kali ini, Anuar Zain telah berjaya merakam sebanyak lapan buah lagu dan yang istimewanya kali ini, kesemua lagu berirama balada yang menusuk jiwa. Tiada lagu rancak dan pop seperti yang dibuat sebelum ini. Dalam kata lain, album ini sesuai untuk anda yang jiwang karat dan tangkap lentuk dengan lagu cinta menusuk jiwa. Tambah lagi dialunkan oleh Anuar Zain, pastinya ada la yang tengah frust bercinta tu akan lagi meruntun jiwa dengar lagu dalam album ini.

Satu jemputan telah dilayangkan kepada media untuk memberitahu tentang acara pelancaran tersebut yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka ibu kota. Acara berlangsung pada bulan September ini bakal memperdengarkan lagu terbaru dari penyanyi itu. Dikatakan, beberapa siri meet & greet bersama peminat juga akan diadakan bagi tujuan promosi album terbaru ini.

Anuar Zain Bakal Lancar Album Terbaru

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert BRYAN ADAMS – THE GET UP TOUR Live in Kuala Lumpur

Peraduan Premiere With Budiey Filem ONE DAY