in , ,

Anuar Zain Bakal Lancar Album KONSERT TIGA DEKAD Esok

Akhirnya, yang ditunggu sudah tiba. Pada hari esok, penyanyi bersuara lantang Anuar Zain akan melancarkan album Anuar Zain Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert yang begitu lama dinanti oleh peminat. Ya, pasti ramai tertanya-tanya, bilakah album konsert ini akan berada di pasaran. Tak sabar nak beli kan?

Budiey juga masih ingat, konsert yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam ini juga turut melibatkan Budiey.com sebagai Blog Rasmi konsert ini. Jadi, sudah pasti Budiey juga turut teruja untuk menantikan album yang akan menjadi kenangan terindah dalam karier Anuar Zain ini.

Anuar Zain

Majlis Pelancaran akan berlangsung di sebuah pawagam terkemuka di ibu kota pagi esok di mana Anuar Zain sendiri akan tampil memberikan sesuatu yang dinantikan peminat. Konsert yang berlangsung pada 16 Februari 2013 ini mencipta sejarah tersendiri di mana lebih kurang 20 buah lagu dan tiket paling mahal dalam sejarah telah habis dijual dalam masa yang sangat singkat.

Acara pada esok pagi juga akan memberi peluang kepada media untuk menonton tayangan penuh konsert yang berlangsung lebih 1 jam 45 minit ini di sebuah dewan pawagam dengan mutu bunyi yang cukup dinamik.

Budiey masih ingat antara saat yang menjadi trending adalah di mana kejutan penampilan pelakon jelita Nora Danish semasa Anuar Zain menyanyikan lagu AJARI AKU. Anda boleh tonton di video kat atas ni.

Budiey jangkakan, konsert ini turut ditayangkan di pawagam berkenaan secara eksklusif buat peminat. Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu pengumuman yang sah dari mulut Anuar Zain esok.

Kepada peminat, jangan lupa untuk mendapatkan album CD/DVD/VCD Anuar Zain Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Sebagai teaser, di bawah ini adalah antara visual yang akan menjadi cover album konsert ini.

Anuar zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zamani Slam Tidak Dipaksa Nyanyi Semasa Ditahan Polis

Peraduan Menangi Perfume & Album Taylor Swift