in ,

Layan Filem Animasi RIBBIT Sempena Tahun Baharu Cina

Keceriaan kanak-kanak berterusan sepanjang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan sebuah filem animasi menarik bertajuk “Ribbit” terbitan Kru Studios yang telah mengungguli trofi Filem Animasi Cereka Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 27 tahun 2015.

Filem arahan Chuck Powers yang telah diadaptasikan ke dalam Bahasa Malaysia diarahkan oleh pengarah filem tempatan Mamat Khalid ini menemui penonton cilik seisi keluarga pada 30 Januari ini, pukul 10.00 pagi menerusi saluran TV1.

Ribbit

RTM Siar Filem Animasi “Ribbit”, Khas Tahun Baharu Cina Di TV1

Merupakan filem kedua antarabangsa KRU Studios selepas kejayaan menerbitkan filem antarabangsa pertama terbitannya berjudul “Vikingdom”, filem animasi 3D berjudul “Ribbit” ini diterbitkan menerusi anak syarikatnya Kartun Studios.

Disiarkan dalam versi Bahasa Melayu, ia menampilkan suara-suara artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izzue Islam, AR Badul, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

“Ribbit” mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian halatuju hidupnya yang sebenar. Didalam pengembaraannya dia ditemani rakan karibnya iaitu seekor tupai, bertemu dengan pelbagai binatang yang bercakap dalam dialek-dialek berbeza; sebagai metafora seseorang yang mengelilingi dunia (versi Bahasa Inggeris) dan mengelilingi Malaysia (versi Bahasa Malaysia) untuk mendapatkan jawapan yang dicari.

Meneruskan tradisi KRU Studios dengan lagu-lagu tema filem, Ribbit versi Bahasa Malaysia menampilkan lagu “Dikau Saja”yang dijadikan lagu tema dinyanyikan oleh kumpulan Forteen.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Ribbit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Korang Patut Tahu Tentang Program ROCKANOVA

Premiere Drama Korea SAIMDANG di Oh!K Pada 26 Januari Ini